KUALA LUMPUR: Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal mantap dan berdaya tahan, dengan nisbah pinjaman terjejas kasar (GIL) sebanyak 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023, tidak berubah daripada akhir Disember 2022, kata RAM Ratings pada Khamis.
Menurut Banking Quarterly Roundup, bagi suku ketiga 2023, ia berkata perbelanjaan peruntukan yang lebih rendah diimbangi oleh perbendahaan yang lebih lemah dalam tempoh suku itu dan pendapatan berkaitan pasaran manakala margin faedah bersih kekal stabil berbanding suku sebelum itu.
RAM berkata, pengumuman keputusan suku yang terbaharu itu menunjukkan keuntungan bank masih kukuh secara keseluruhannya, dengan purata pulangan sebelum cukai aset lapan bank tempatan terpilih berada pada 1.37 peratus berbanding 1.39 peratus pada suku kedua 2023 dan 1.42 peratus pada 2022.
"Pada suku ketiga 2023, purata nisbah kos kredit lapan bank itu meningkat kepada 19 mata asas (bps) suku ke suku (suku kedua 2023: 25 bps; 2022: 29 bps). Walaupun kami terus menyaksikan pelepasan tindanan pengurusan di beberapa buah bank, sebahagian besar peruntukan yang dibina ketika pandemik sama ada dikekalkan atau diserahkan semula kepada pelbagai portfolio pinjaman.
"Bank menilai dengan berhemat landskap makroekonomi sebelum menentukan jumlah jika terdapat kemasukan pengiraan semula," kata Ketua Bersama Penarafan Institusi Kewangan RAM, Wong Yin Ching.
Agensi penarafan itu berkata, ansuran pinjaman yang lebih tinggi dan tekanan kos yang meningkat mungkin menyebabkan peningkatan dalam tunggakan pada suku tahun akan datang, berpunca daripada akaun bank peminjam, terutamanya daripada mereka yang mempunyai kadar hutang tinggi atau perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor perniagaan yang terdedah.
"Bagaimanapun, kami menjangkakan kemerosotan itu boleh diurus, menjangkakan nisbah GIL industri di bawah 2.0 peratus pada 2023. Keupayaan membayar hutang peminjam individu terus disokong oleh keadaan pasaran buruh yang kukuh; kadar pengangguran pada 3.4 peratus, yang hampir dengan tahap sebelum pandemik," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023

RAM berkata pengumuman keputusan suku yang terbaharu itu menunjukkan keuntungan bank masih kukuh secara keseluruhannya. - Gambar fail
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

Momentum pasaran bon ringgit dijangka berterusan tahun ini - RAM Ratings
Pengumuman serta tempoh pelaksanaan kadar faedah utama oleh Fed AS bagaimanapun akan terus menjadi pemacu dalam menggerakkan aliran dana.

Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

RAM Ratings jangka ekonomi Malaysia berkembang pada 4.5-5.5 peratus pada 2024
Bagi separuh kedua 2023, RAM Ratings menjangka momentum ekonomi akan terus dicabar oleh permintaan global yang rendah dan cabaran lain.

Pelabur asing menumpu ke Malaysia ketika kebimbangan mengenai kenaikan kadar AS menurun: RAM Ratings
Pelabur asing menumpu ke Malaysia pada Julai selepas didorong oleh tanda-tanda yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) menghampiri penghujung kitaran pengetatan kadarnya.

RAM Ratings mengesahkan penarafan AA/Stabil untuk sukuk RM4.5 bilion Tanjung Bin Power
RAM Ratings berkata, PPA Tanjung Bin dengan TNB menyokong profil perniagaannya yang kukuh.

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Penarafan bank Malaysia kekal kukuh meskipun krisis perbankan di AS - RAM Ratings
Di Malaysia, asas kredit bank kekal teguh dan berdaya tahan untuk berdepan peningkatan ketidaktentuan dalam pasaran global.

Asas kukuh bantu Malaysia tidak terjejas teruk disebabkan kelembapan ekonomi global - RAM Ratings
RAM Ratings mengunjurkan KDNK Malaysia pada 2023 berada pada empat dan lima peratus, yang didorong oleh permintaan domestik di tengah-tengah prospek ekonomi global yang suram.

Mengekalkan disiplin fiskal mampu bantu Malaysia capai pertumbuhan tinggi - RAM Ratings
Agensi penarafan kredit itu berkata adalah satu kelegaan yang konsolidasi fiskal kekal sebagai keutamaan tinggi bagi kerajaan sekarang.