KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab syarikat pemula dan industri digital serantau dalam usaha melonjakkan lagi aktiviti ekonomi digital negara.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ekonomi digital merupakan satu daripada tiga sektor strategik bernilai tinggi dan mampu merancakkan pelaburan serta menawarkan pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat yang diberi tumpuan oleh kementerian dalam penstrukturan semula ekonomi negara.
"Selain dari melonjakkan industri sedia ada seperti semikonduktor, perkilangan, minyak dan gas, komoditi ke peringkat rantaian nilai yang bernilai tinggi dengan fokus kepada proses penghiliran nilai tinggi, tiga sektor strategik yang diberi tumpuan oleh Kementerian Ekonomi adalah peralihan tenaga ke arah tenaga boleh baharu, ekonomi digital dan keterjaminan makanan," katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Justeru, kementerian kini sedang bekerjasama dengan kementerian lain yang terlibat di dalam ekosistem ekonomi digital iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Komunikasi dan Digital; dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk merancakkan ekonomi digital negara, tambah beliau.
Rafizi menjelaskan kerjasama itu perlu bagi menyelaraskan sistem sokongan awam yang dilaksanakan melalui pelbagai agensi ke arah pendekatan bersepadu untuk menambahbaik ekosistem digital yang lebih berkesan.
"Ini akan meningkatkan jumlah dan prestasi syarikat pemula, serta mempercepatkan peralihan sektor swasta kepada ekonomi digital," katanya.
Selain itu, beliau berkata, kerjasama dengan kementerian terlibat juga bertujuan memulakan pembangunan konsep dan penyelarasan fungsi di antara agensi-agensi kerajaan ke arah pelaksanaan kerajaan digital yang menghasilkan produk-produk perkhidmatan awam berasaskan data dan digital secara bersepadu.
"Satu langkah utama untuk mencapai kedua-dua sasaran ini ialah meningkatkan daya tarikan Kuala Lumpur sebagai pusat syarikat pemula dan industri digital serantau untuk menarik pelaburan dan bakat digital ke negara ini.
"Ia memerlukan perubahan dasar yang agresif yang mencakupi pelbagai bidang, termasuklah penyatuan usaha agensi-agensi kerajaan, proses visa pekerjaan yang lebih cekap dan terbuka, insentif digital yang lebih menarik dan penghasilan tenaga kerja dalam industri digital pada skala nasional," katanya.
Menurut Rafizi, semasa menghadiri Forum Ekonomi Qatar baru-baru ini, beliau turut berpeluang berbincang dengan Jack Selby yang merupakan kakitangan terawal PayPal bersama-sama kumpulan pengasas syarikat seperti Elon Musk, Peter Thiel dan Reid Hoffman.
"Kumpulan pengasas PayPal ini menjadi tenaga utama yang menggerakkan industri digital dari Silicon Valley melalui penglibatan mereka di dalam syarikat-syarikat digital terkenal, antaranya seperti Tesla, SpaceX, Youtube, Facebook, LinkedIn dan OpenAI," jelasnya.
Rafizi berkata Selby yang kini merupakan Pengarah Urusan Thiel Capital dan pencetus Arizona Technology Innovation Summit, turut melahirkan minat membantu Malaysia membangunkan Kuala Lumpur sebagai pusat syarikat pemula dan industri digital serantau.
"Saya berminat menjalin perkongsian dengan beliau dalam bidang digital kerana usahanya membangunkan Arizona sebagai pusat syarikat pemula yang baharu di luar Silicon Valley dan selepas kerjaya di Silicon Valley, beliau kembali ke negeri asalnya Arizona dan membangunkan Arizona sebagai pusat baharu syarikat pemula, yang kini telah berjaya menarik syarikat-syarikat pemula.
"Kepakaran beliau akan membantu negara merangka dasar yang lebih mesra syarikat pemula dan mewujudkan jaringan kerjasama dalam bidang digital yang melonjakkan nama Kuala Lumpur sebagai destinasi utama industri digital di rantau ini," katanya.
Beliau berkata dasar dan inisiatif khusus akan diumum secara berperingkat dalam menzahirkan hasrat menjadikan Kuala Lumpur sebagai daya tarikan syarikat pemula serantau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Dasar dan inisiatif khusus akan diumum secara berperingkat dalam menzahirkan hasrat menjadikan Kuala Lumpur sebagai daya tarikan syarikat pemula serantau. - Fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pasaran getah KL ditutup rendah seiring pasaran serantau
Sentimen pasaran juga kekal berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS yang akan datang.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Beku aset: Mahkamah benar Na'imah wakili Allahyarham Tun Daim dalam semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi membenarkan Na'imah Abdul Khalid mewakili arwah suaminya dalam semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun dan 18 syarikat milik mereka.

Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.

Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

JSPT KL keluarkan 63 saman di sekitar pusat bandar
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 63 saman atas pelbagai kesalahan di sekitar pusat bandar dalam Op Halangan yang bermula 10 malam semalam.

Polis mohon bantuan kesan lelaki warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.

Bekas Pertahanan Kuala Lumpur meninggal dunia
Bekas pemain Kuala Lumpur (KL) Noh Haeng-seok dari Korea Selatan meninggal dunia pada usia 36 tahun hari ini.

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.