Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan satu pelan ekonomi baharu bagi menggantikan dasar ekonomi yang berteraskan kepada semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) demi masa depan negara ini.
Beliau menamakan pelan ekonomi baharu itu sebagai Pelan Tindakan Ekonomi Amanah Negara atau Pelan Amanah.
"Ia akan jadi rangka tindakan muktamad dalam usaha nasional bagi menyatukan semua kaum, memastikan kemakmuran untuk semua dan mencapai hala tuju bersama demi negara tercinta ini," katanya.
Tengku Razaleigh membentangkan pelan itu dalam ucaptamanya semasa merasmikan sidang meja bulat ekonomi anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa di sini, hari ini.
Katanya, pelan baru itu adalah sesuatu yang sangat diperlukan oleh negara sekarang setelah mengambil kira perubahan landskap politik sejak pilihan raya umum pada 2008.
Menurut beliau, Pelan Amanah itu akan melibatkan semua pihak tanpa mengecualikan sesiapa dengan matlamat akhir ke arah pengagihan yang lebih adil berasaskan merit dan keperluan masyarakat.
Ini termasuk usaha mengutamakan urus tadbir yang baik, ketelusan dasar dan pelaksanaan yang cekap, menghapuskan rasuah dan menangani ketirisan dalam kerajaan dan sektor swasta.
Jelas Tengku Razaleigh, Pelan Amanah itu juga melibatkan pengukuhan sistem kehakiman dan kembali kepada nilai demokrasi yang sebenar.
Pelan itu mahu mencapai semula pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 7 hingga 8 peratus setahun seperti yang dikecapi pada 1990-an dalam masa 10 tahun akan datang.
Ia juga mahu menstruktur semula masyarakat bagi mencapai cita-cita negara berpendapatan tinggi berasaskan kepada produktiviti, meritokrasi dan keperluan. Ia juga mahu melahirkan kumpulan kelas menengah melalui reformasi sistem pendidikan dan pemilikan hartanah termasuk rumah mampu milik.
Menurut Tengku Razaleigh, Pelan Amanah itu akan dilaksanakan melalui empat strategi yang meliputi soal pembangunan infrastruktur, pembangunan modal insan, pembangunan pertanian dan industri serta kewangan Islam.
Jelas beliau, pelan ekonomi itu akan dibangunkan dengan dana antaranya daripada penyelarasan subsidi makanan dan tenaga yang akan membolehkan kerajaan menyalurkan penjimatan untuk melaksanakan pelan tersebut.
Beliau memberikan contoh bagaimana subsidi gas oleh Petronas disalurkan kepada pengeluar tenaga bebas yang menikmati keuntungan yang dibebani oleh rakyat.
Tengku Razaleigh juga mencadangkan pelaksanaan projek infrastruktur melalui kerjasama sektor awam dan swasta serta inisiatif pembiayaan swasta namun dengan pendekatan baru yang menangani masalah ketelusan dalam pemberian kontrak yang menjadi masalah selama ini.
Jelas beliau, semua usaha itu akan diselaraskan oleh sebuah suruhanjaya yang akan menggantikan majlis ekonomi sedia ada dan bertanggungjawab kepada Parlimen.
"Kita … tidak mempunyai banyak masa untuk bertangguh-tangguh dalam isu-isu yang menjadi kepentingan negara sekarang," katanya menutup ucaptama itu.
Tegas beliau, pemimpin akan mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat sekiranya mereka sibuk dengan slogan politik dan mencipta mitos tentang pembangunan yang dicapai sejak DEB.
"Kita — anda dan saya dan semua rakyat Malaysia — harus memperbaharui azam untuk membina sebuah negara yang bersatu dan makmur atas asas yang telah dibina oleh pemimpin sebelum ini," katanya.
Tegas beliau lagi, hanya dengan komitmen ke arah perubahan dasar dan institusi itu sajalah kerajaan boleh meraih semula kepercayaan rakyat.
Astro Awani
Thu Sep 26 2013


Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja
Operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.
Thailand, China, Myanmar kerjaasma tangani jenayah rentas sempadan
Thailand akan mengadakan perbincangan tiga pihak bersama China dan Myanmar untuk menangani jenayah rentas sempadan.
Pemukiman Menteri Ekonomi fokus pengukuhan integrasi dagangan
Pengukuhan integrasi ekonomi serantau menjadi agenda utama Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN tahun ini.
Meta Platforms dilapor bangunkan projek bernilai 200 bilion dolar
Meta Platforms dalam perbincangan membangunkan pusat data baharu bagi projek kecerdasan buatannya bernilai lebih 200 bilion Dolar.
Japan Post rancang jual pegangan dalam Japan Post Bank
Japan Post Holdings merancang menjual sahamnya dalam Japan Post Bank dianggarkan berjumlah kira-kira 600 bilion Yen bersamaan 4.02 bilion dolar Amerika.

Kes bunuh penyanyi: Bedah siasat temui 14 kesan tikaman, termasuk 5 di dada
Polis mengesahkan terdapat 14 kesan tikaman, termasuk satu yang menembusi pembuluh darah utama, pada mayat penyanyi sambilan yang dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di Melaka.
Pasaran harta tanah 2024 rekod prestasi luar biasa
Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad.
Maybank yakin pertumbuhan malaysia signifikan
Dalam sidang media berkaitan, presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata Malaysia bakal merekodkan pertumbuhan signifikan bagi tahun 2025.

Kedudukan unik Malaysia bantu rangka dasar ekonomi komprehensif, mampan
Malaysia beruntung kerana stabil dari segi politik walaupun mempunyai rakyat yang berbilang budaya, agama dan bangsa.

Perang dagang di bawah Trump mungkin sebabkan kerugian besar sektor pertanian California
Analisis terkini oleh Yayasan Ekonomi Pertanian Giannini Universiti California, meneliti senario berpotensi melibatkan tarif dan tindakan balas.

Cadangan dasar ekonomi penjagaan negara, kuota guru KAFA antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Cadangan Dasar Ekonomi Penjagaan Negara dan kuota guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.

Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.

Kepelbagaian diplomatik Malaysia bentuk semula hala tuju strategik ASEAN - Penganalisis
Usaha kepelbagaian Malaysia seperti hubungannya dengan BRICS, menawarkan perspektif baharu untuk perancangan strategik ASEAN.

Malaysia akan pantau dasar ekonomi baharu AS
Malaysia akan memantau dasar ekonomi baharu yang akan dikeluarkan oleh Kabinet yang bakal terbentuk di Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden negara itu.

Ujian sebenar pemimpin adalah menerusi tindakannya - PM Anwar
Oleh itu, kata Anwar, kepercayaan orang ramai sememangnya semakin terhakis apabila pemimpin tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya.

Anwar saran syarikat perladangan tanam sayur, buah-buahan bagi tampung keperluan negara
Anwar berkata beliau sudah memberi arahan kepada syarikat seperti Sime Darby Bhd, FGV Holdings Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd untuk melaksanakan penanaman tanaman makanan seperti itu.

Rakyat Turki bantah dasar ekonomi kerajaan
Mereka yang berdemonstrasi melaungkan slogan dan menggesa Presiden Recep Tayyip Erdogan supaya meletak jawatan.