KUALA LUMPUR: Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) tanpa dan termasuk bar keluli bagi semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Julai 2022 telah meningkat antara 0.3-24.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bagi tempoh tersebut, indeks kos binaan di Semenanjung Malaysia meningkat 5.5-18.8 peratus, Sabah (0.3-15.5 peratus) manakala Sarawak (5.6-24.4 peratus).
Perbandingan bagi tempoh Julai 2021 dan Julai 2022 menunjukkan IKB dengan bar keluli meningkat bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
"Kategori bangunan yang merekodkan peningkatan tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah bangunan (konkrit bertetulang) lima tingkat dan lebih (untuk pejabat) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan.
"Selain itu, kategori bangunan yang merekodkan peningkatan tertinggi di Sabah dan Sarawak ialah cerucuk (konkrit bertetulang) di Sandakan dan Miri," katanya dalam Penerbitan Indeks Kerja-kerja Pembinaan Bangunan dan Struktur Julai 2022 yang dikeluarkan hari ini.
Menurut DOSM, IKB tanpa bar keluli meningkat di antara 5.5 peratus dan 14.1 peratus untuk semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia.
Kategori bangunan yang merekodkan peningkatan tertinggi di Semenanjung Malaysia adalah bangunan (konkrit bertetulang) lima tingkat dan lebih (untuk pejabat) di Pahang, diikuti oleh cerucuk konkrit bertetulang di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Selain itu, kategori bangunan dengan peningkatan tertinggi di Sabah ialah kerangka besi 1 Tingkat (menara sahaja) di Sandakan manakala di Sarawak adalah kerangka besi satu tingkat (bangunan) di Miri, katanya.
Dalam pada itu, indeks harga seunit bahan binaan turut meningkat 5.3 peratus hingga 15.5 peratus bagi Julai 2022 berbanding setahun lepas.
"Indeks harga bagi seunit besi dan keratan keluli serta logam telah meningkat masing-masing 15.8 peratus dan 13.5 peratus bagi tempoh tersebut," katanya.
Menurut DOSM, perbandingan bulanan mengikut bahan binaan dan kawasan terpilih menunjukkan penurunan indeks harga seunit bagi besi untuk semua kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak kecuali di Miri (1.3 peratus) dan Sibu (1.4 peratus).
Penurunan indeks harga seunit bagi keratan keluli dan logam antara 0.2 peratus hingga 3.4 peratus bagi semua kawasan kecuali bagi Pahang, Kota Kinabalu dan Sibu.
"Purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan bar jenis mycon 60 'high tensile deformed' meningkat 12.9 peratus dengan harga purata RM3,879.48 bagi setiap tan berbanding tahun sebelumnya (Julai 2021: RM3,435.24 satu tan).
"Simen pula mencatatkan peningkatan sebanyak 11.7 peratus pada Julai 2022 pada RM20.99 bagi setiap 50 kilogram berbanding RM18.89 bagi setiap 50 kilogram pada Julai 2021. Namun begitu, peningkatan harga bagi kedua-dua bahan ini adalah lebih perlahan berbanding pada Jun 2022," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
Indeks kos binaan di Semenanjung Malaysia meningkat 5.5-18.8 peratus, Sabah (0.3-15.5 peratus) manakala Sarawak (5.6-24.4 peratus). - Gambar hiasan
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Imigresen Johor tahan 120 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 120 lelaki warga asing selepas disyaki gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa
Ecuador guna dadah kokain sebagai bahan binaan
Setakat ini kira-kira 350 tan kokain hancur dan pes koka yang dirampas antara 2021 dan 2022 telah digunakan.
Kos bahan binaan bangunan tanpa dan termasuk bar keluli naik 0.3-24.2 peratus
Indeks kos binaan di Semenanjung Malaysia meningkat 5.5-18.8 peratus, Sabah (0.3-15.5 peratus) manakala Sarawak (5.6-24.4 peratus).
Kerajaan umum tambah 11 lagi bahan binaan dalam senarai VOP - PM
Kerajaan menambah 11 lagi bahan binaan dalam pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan.
Kilang tanpa lesen ditutup, 10 pekerja asing ditahan
Sepanjang pemantauan tersebut, sebanyak 536 premis dan tiga penjaja dilawat dan 132 premis diperiksa.
Tanah terhad punca rumah mahal di Perlis
Kemelut harga rumah terlalu tinggi disifatkan tidak seiring dengan jumlah pendapatan yang diraih kebanyakan penduduknya.
Rehda jangka penjimatan kos dengan pengecualian SST
Ia hanya akan terpakai kepada projek-projek baharu sahaja kerana harga bagi projek semasa era GST telah dipersetujui kontraktor dan sedang berada di beberapa peringkat untuk disiapkan.
Tarik balik pengecualian SST kalau harga rumah tak turun - Guan Eng
Kerajaan akan menarik balik langkah pengecualian SST sebanyak enam peratus yang dikenakan terhadap perkhidmatan dan bahan binaan jika semua pemaju perumahan tidak menurunkan harga rumah.
Kontraktor kecil bumiputera digesa menubuhkan consortium
Kontraktor kecil bumiputera digesa menubuhkan konsortium bagi mengatasi masalah mendapatkan bekalan bahan binaan.