Khazanah Nasional Bhd menjual 100 peratus kepentingannya dalam Prince Court Medical Centre Sdn Bhd (PCMC), yang mengendalikan kemudahan penjagaan kesihatan di Segitiga Emas Kuala Lumpur, kepada IHH Healthcare Bhd dengan harga RM1.02 bilion secara tunai.
Anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, Pulau Memutik Venture Sdn Bhd, hari ini menandatangani perjanjian bersyarat untuk menjual PCMC kepada unit tidak langsung IHH, Pantai Holdings Sdn Bhd.
"Memandangkan perubahan terkini dalam mandat Khazanah baru-baru ini, keputusan dibuat untuk menjual PCMC kepada IHH, platform penjagaan kesihatan Khazanah," kata dana pelaburan negara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Dana tersebut membuat pengambilalihan strategik PCMC pada 2018, dengan sasaran untuk meningkatkan sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia dan mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan bagi penjagaan kesihatan berkualiti di rantau ini.
Cadangan penjualan itu, kata Khazanah, akan membolehkan PCMC mendapat manfaat sepenuhnya daripada penyepaduan ke dalam operasi IHH Malaysia dan rangkaian globalnya yang meluas.
Pengarah Urusan Khazanah Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata perjanjian itu juga akan menyediakan mudah tunai kepada dana tersebut bagi keperluan modal pelaburan pada masa depan.
"Selain itu, Khazanah yakin bahawa PCMC akan mendapat lebih banyak manfaat daripada pengalaman luas IHH dalam menyediakan penjagaan kesihatan premium, di samping mengukuhkan kedudukan IHH sebagai pengendali penjagaan kesihatan utama Malaysia, di mana kami kekal sebagai pemegang saham utama dengan 26.04 peratus kepentingan," katanya.
Shahril Ridza berkata cadangan penjualan itu akan mengukuhkan kedudukan keseluruhan IHH dalam pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan tempatan, dengan sumbangan berterusan Khazanah melalui penglibatannya dalam IHH.
Cadangan penjualan itu tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan dan Unit Perancang Ekonomi serta pemegang saham bukan kawalan IHH, antara lainnya.
Khazanah berkata urus niaga itu dijangka selesai pada suku pertama 2020.
PCMC memiliki dan mengendalikan kemudahan penjagaan kesihatan swasta berlesen dengan 277 katil, Prince Court Medical Centre, di persimpangan Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, IHH berkata PCMC mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM51.0 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018, manakala aset bersihnya berjumlah RM486.1 juta setakat 31 Dis, 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 17 2019
![Khazanah jual pegangan Prince Court kepada IHH dengan harga RM1.02 bilion Khazanah jual pegangan Prince Court kepada IHH dengan harga RM1.02 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81523885348_PCMC.jpg)
Khazanah Nasional Bhd menjual 100 peratus kepentingannya dalam PCMC kepada IHH Healthcare Bhd dengan harga RM1.02 bilion secara tunai. - Gambar fail
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![CFO Kumpulan IHH Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023 CFO Kumpulan IHH Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695983337_TBJoergAyrle.jpg)
CFO Kumpulan IHH Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO) IHH Healthcare Bhd Joerg Ayrle diarahkan bercuti mulai 30 Sept 2023 sehingga tamat kontrak pekerjaannya di Malaysia menjelang 31 Jan 2024.
![IHH sasar capai sifar bersih karbon menjelang 2050 dalam semua operasinya IHH sasar capai sifar bersih karbon menjelang 2050 dalam semua operasinya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663714897_OHHSifatBersihKa.jpg)
IHH sasar capai sifar bersih karbon menjelang 2050 dalam semua operasinya
Adalah tepat pada masanya sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-10 penyenaraian IHH.
![Tiada risiko besar IHH Healthcare lupus IMU Health - MIDF Research Tiada risiko besar IHH Healthcare lupus IMU Health - MIDF Research](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654662019_TBmidfresearch.jpg)
Tiada risiko besar IHH Healthcare lupus IMU Health - MIDF Research
Kumpulan itu bagaimanapun tetap berwaspada dengan beberapa kemungkinan, termasuk kegagalan melengkapkan urus niaga berkenaan.
![IHH cadang ambil alih syarikat usaha sama Ramsay-Sime Darby IHH cadang ambil alih syarikat usaha sama Ramsay-Sime Darby](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645651335_IHHHealthcareBerha.jpg)
IHH cadang ambil alih syarikat usaha sama Ramsay-Sime Darby
Sime Darby Bhd berkata di bawah cadangan indikatif itu, nilai perusahaan indikatif bersyarat untuk Ramsay SDH ialah RM5.67 bilion atas asas tanpa tunai, tanpa hutang.
![IHH Healthcare jangka terus kembali kepada perniagaan teras bukan COVID-19 tahun ini IHH Healthcare jangka terus kembali kepada perniagaan teras bukan COVID-19 tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645651335_IHHHealthcareBerha.jpg)
IHH Healthcare jangka terus kembali kepada perniagaan teras bukan COVID-19 tahun ini
Pembukaan semula sempadan serta kadar vaksinasi yang tinggi memberi kesan kepada perkhidmatan berkaitan COVID-19.
![Bursa Malaysia dibuka rendah sebelum dipacu saham wajaran tinggi terpilih Bursa Malaysia dibuka rendah sebelum dipacu saham wajaran tinggi terpilih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643279670_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah sebelum dipacu saham wajaran tinggi terpilih
Pada 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.16 mata kepada 1,521.18 daripada 1,520.02 pada penutup Jumaat selepas dibuka 0.3 mata lebih rendah pada 1,519.72.
![Khazanah jual pegangan Prince Court kepada IHH dengan harga RM1.02 bilion Khazanah jual pegangan Prince Court kepada IHH dengan harga RM1.02 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81523885348_PCMC.jpg)
Khazanah jual pegangan Prince Court kepada IHH dengan harga RM1.02 bilion
Khazanah Nasional Bhd menjual 100 peratus kepentingannya dalam Prince Court Medical Centre Sdn Bhd kepada IHH Healthcare Bhd dengan harga RM1.02 bilion secara tunai.
![Khazanah Nasional Berhad rugi RM6.3 bilion Khazanah Nasional Berhad rugi RM6.3 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71551761288_KHAZANAHNASIONAL.jpg)
Khazanah Nasional Berhad rugi RM6.3 bilion
Khazanah Nasional Berhad merekodkan kerugian sebelum cukai RM6.3 bilion pada 2018 berbanding untung sebelum cukai RM2.896 bilion tahun sebelumnya.
![Kerajaan PH hanya tahu jual aset - Najib Razak Kerajaan PH hanya tahu jual aset - Najib Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51546675995_DSNajibRazak.jpg)
Kerajaan PH hanya tahu jual aset - Najib Razak
Beliau mengambil contoh penjualan kepentingan oleh Khazanah Nasional Berhad sebanyak 16 peratus dalam penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan IHH Healthcare Berhad.