KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah iaitu susut sebanyak 97 peratus kepada RM87.55 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 28 Februari 2022 daripada RM2.87 bilion pada setahun sebelumnya.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, peneraju pengeluar sarung tangan global itu berkata perolehan hasil turut merosot 73 peratus kepada RM1.45 bilion berbanding RM5.37 bilion sebelum ini.
Bagi tempoh separuh pertama tahun kewangan 2022, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM273.27 juta berbanding RM5.23 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya manakala hasil berkurangan kepada RM3.03 bilion daripada RM10.12 bilion.
"Prestasi kewangan lebih rendah itu disebabkan oleh normalisasi purata harga jualan (ASP) yang menghampiri paras sebelum pandemik. Harga bahan mentah secara amnya menyaksikan aliran penurunan pada kadar lebih perlahan berbanding ASP yang menyebabkan berlakunya mampatan margin," katanya.
Menurut Top Glove, kumpulan itu juga perlu berdepan kenaikan kos operasi lain termasuk utiliti, pekerja dan bahan kimia selain persaingan sengit dengan bekalan sarung tangan baharu menyebabkan tekanan harga susulan kejayaan pelaksanaan usaha pemberian vaksin COVID-19 di peringkat global.
Bagaimanapun, jumlah jualan mencatat peningkatan ketara dalam suku di bawah kajian itu berbanding suku pertama 2022 susulan tindakan pelanggan meneruskan aktiviti peningkatan semula stok sarung tangan ketika ASP menghampiri paras sebelum pandemik.
Setakat 28 Februari lepas, kumpulan itu mengekalkan kedudukan tunai bersih sebanyak RM656 juta manakala aset bersih bernilai RM6.95 bilion.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Pengarah Urusannya Datuk Lee Kim Meow berkata Top Glove telah memberi prestasi kewangan yang luar biasa sejak dua tahun lepas.
"Walaupun prestasi suku kedua tahun kewangan 2022 ini tidak seperti yang kami harapkan, ia sememangnya dijangkakan apabila pandemik semakin reda dan keadaan ini menjadi sebahagian daripada kitaran perniagaan.
"Selepas menceburi perniagaan sarung tangan selama 31 tahun, kami telah menyaksikan banyak kitaran seumpamanya dan pengalaman ini membantu kami untuk mengharungi kitaran kali ini," katanya.
Menurut Lee, kumpulan itu kini perlu mengutamakan tumpuan ke atas aspek kualiti dan kecekapan, mempertingkat, menginovasi, melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, memanfaatkan teknologi maju/pendigitalan serta mengambil lebih banyak pekerja berwibawa selain memperkukuh komitmennya terhadap kemampanan.
"Apabila semua ini dapat dilaksanakan dan mencapai kedudukan lembaran imbangan yang baik, saya yakin kami mampu menempuh tempoh mencabar ini dan menjadi lebih kukuh," katanya.
Lee juga menjangkakan permintaan di peringkat global akan terus meningkat dengan stabil biarpun tidak mencecah tahap ketara sebagaimana ketika pandemik.
"Tempoh mencabar ini hanya sementara dan kami akan terus memberi tumpuan untuk mengekalkan asas-asas kukuh sedia ada dengan kekal sihat dari segi mental, fizikal dan kewangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
Menurut Top Glove, kumpulan itu juga perlu berdepan kenaikan kos operasi lain termasuk utiliti, pekerja dan bahan kimia selain persaingan sengit dengan bekalan sarung tangan baharu. - Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Belian lewat bantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi
Belian lewat telah membantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi selepas jatuh pada tengah hari di tengah-tengah sentimen lembap dalam pasaran serantau.
Bursa Malaysia ditutup rendah seiring prestasi pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 13.20 mata atau 0.81 peratus kepada 1,611.05 daripada 1,624.25 semasa ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah, FBM KLCI turun 12.62 mata
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 12.62 mata atau 0.78 peratus kepada 1,611.94 daripada 1,624.56 ketika ditutup pada Isnin.
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Kerugian teras Top Glove diunjur susut kepada RM83 juta pada 4QFY23 - RHB Investment
Pelanggan kumpulan itu akan kehabisan inventori menjelang separuh kedua 2024 dan ia akan mendorong kepada pesanan yang lebih konsisten.
Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran
Ketiga-tiga pembuat sarung tangan di bawah liputan mereka telah melaksanakan langkah rasionalisasi kapasiti seperti penutupan kilang dalam usaha untuk mengurangkan bekalan pasaran.
Bursa Malaysia terus ditutup rendah susulan jualan berterusan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.66 mata atau 0.32 peratus kepada 1,424.89 daripada 1,429.55 ketika ditutup semalam.
Top Glove jangka harga jualan purata sarung tangan terus susut
Lim menyatakan bahawa penurunan dalam ASP sarung tangan semakin perlahan, menunjukkan bahawa aliran menurun tidak akan berterusan selama-lamanya.
Top Glove catat kerugian bersih RM168.24 juta pada suku pertama
Hasil Top Glove juga merosot kepada RM632.53 juta daripada RM1.61 bilion sebelumnya.
Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI
Isu lebihan bekalan dalam industri sarung tangan getah telah mempengaruhi harga saham kedua-dua syarikat berkenaan.