KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Bhd susut lapan peratus kepada RM491.67 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 berikutan perbelanjaan cukai yang lebih tinggi iaitu sebanyak 53.2 peratus kepada RM241.51 juta disebabkan Cukai Makmur yang bersifat sekali sahaja.
Keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) meningkat 6.1 peratus kepada RM746.87 juta, disumbangkan oleh pendapatan bersih yang lebih tinggi termasuk elaun bersih yang lebih rendah bagi rosot nilai pembiayaan dan pendahuluan, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam.
Perolehan turut melonjak 12.9 peratus kepada RM3.58 bilion bagi tahun ini, manakala pendapatan bersih meningkat 5.5 peratus kepada RM2.31 bilion.
Bank tersebut dalam satu kenyataan semalam menyifatkan lonjakan dalam pendapatan bersih kumpulan kepada pendapatan berasaskan dana bersih yang lebih tinggi, yang meningkat sebanyak RM247.2 juta atau 13.5 peratus telah didorong oleh pertumbuhan pembiayaan dari tahun ke tahun.
Prestasi keseluruhan kumpulan diterjemahkan kepada pendapatan sebanyak 22.86 sen sesaham dan pulangan bersih ekuiti sebanyak 7.5 peratus.
Lembaga pengarahnya telah mencadangkan dividen interim kedua berjumlah 3.4 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen tahunan yang dicadangkan kepada 13.8 sen sesaham bagi nisbah pembayaran sebanyak 60 peratus daripada keuntungan bersih, sejajar dengan dasar dividen kumpulan.
Untuk asas suku tahunan, Bank Islam mencatatkan PBZT sebanyak RM187.31 juta bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2022 disebabkan oleh pendapatan bersih yang lebih baik selepas didorong oleh pertumbuhan pembiayaan.
Pada akhir Disember 2022, jumlah aset kumpulan mencecah paras RM89.9 bilion, dengan pertumbuhan dari tahun ke tahun sebanyak 12.1 peratus.
"Dengan aktiviti ekonomi yang lebih memberangsangkan, pembiayaan kasar berkembang 11.4 peratus dari tahun ke tahun kepada RM65.9 bilion.
"Jumlah akaun pelaburan semasa, simpanan dan transaksi (CASATIA) menokok 3.2 peratus dari tahun ke tahun kepada RM27.7 bilion manakala nisbah modal keseluruhan kumpulan kekal kukuh pada 19.4 peratus," katanya.
Setakat 31 Dis 2022, nisbah pembiayaan terjejas kasar adalah 1.27 peratus, kekal lebih baik daripada purata industri sebanyak 1.7 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mohd Muazzam Mohamed berkata memandangkan ekonomi semakin pulih, Bank Islam akan terus membina kekuatan terasnya.
"Antara langkah yang diambil ialah menambah baik aplikasi perbankan mudah alih dan membina perkongsian strategik yang memberi manfaat kepada semua pihak terlibat.
"Bank Islam menyediakan penyelesaian kewangan merentasi segmen melalui pengedaran perbankan runcit dan perbankan mewah utama," katanya.
Beliau berkata kumpulan itu menyasarkan untuk menggandakan aset alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) syariahnya kepada RM4 bilion menjelang akhir 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Dengan aktiviti ekonomi yang lebih memberangsangkan, pembiayaan kasar Bank Islam berkembang 11.4 peratus dari tahun ke tahun kepada RM65.9 bilion. - Gambar fail
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.