Penambahbaikan dalam ketelusan laporan tahunan syarikat tersenarai awam harus dipertingkatkan.
Menurut Ketua Pegawai Tadbir Urus Bursa Malaysia, Selvarany Rasiah, beberapa kriteria utama yang memutuskan ketelusan sesebuah entiti masih lagi boleh diperbaiki.
Antara kriteria tersebut ialah justifikasi bagi pelantikan semula pengarah bebas untuk lebih sembilan tahun, pendedahan polisi pemberi maklumat dan penilaian kesesuaian dan ketelusan juru audit yang lemah.
"Jika anda lihat kesemua syarikat tersenarai awam, kualiti pendedahannya akan berbeza. Syarikat besar sentiasa mempunyai prestasi yang lebih tinggi. Apa yang kami lihat ialah amalan terbaik tadbir urus korporat, bukan kriteria mandatori," kata Selvarany ketika ditemui di Bursa Malaysia di sini, hari ini.
"Syarikat-syarikat boleh memperbaiki pendedahannya kepada amalan terbaik tadbir urus korporat. Sebagai penguatkuasa kami puas dengan prestasi kesemua syarikat tersenarai awam kerana kajian kami menunjukkan bahawa walaupun ia amalan terbaik, pendedahannya tinggi," kata Selvarany.
Beliau berkata, kesemua langkah tersebut memastikan tadbir urus korporat yang cemerlang sekaligus menyumbang kepada amalan dagangan berhemah.
Ini akan membantu Bursa Malaysia meningkatkan tahap ketelusan supaya setanding dengan bursa-bursa terkemuka dunia.
Menurut analisis tadbir urus korporat Bursa Malaysia, skor purata kualiti pendedahan yang dicapai penerbit modal besar adalah 72 peratus.
Sementara itu, penerbit modal sederhana dan kecil masing-masing mencatat 66.18 peratus dan 62.18 peratus.
Selvarany berkata tahun depan, beliau mensasar kualiti pendedahan yang lebih baik dari syarikat tersenarai awam.
Analisis tadbir urus korporat yang dikeluarkan Bursa Malaysia pada Rabu melibatkan 450 syarikat daripada 900 syarikat tersenarai awam.
Tahun lepas 300 syarikat tersenarai awam telah dikaji bagi laporan analisis ini dan baki 150 syarikat akan dikaji tahun depan.
Pritha Manivannan
Wed Dec 16 2015

Penambahbaikan dalam ketelusan laporan tahunan syarikat tersenarai awam harus dipertingkatkan. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Bursa global naik, optimis peningkatan vaksinasi
Peningkatan disokong sikap optimis susulan pelaksanaan lebih banyak program imunisasi COVID-19 dan harapan pelan rangsangan baru di Amerika.

Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri kenaikan selama lima hari
Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikan sepanjang minggu lepas ditutup rendah hari ini susulan prestasi serantau yang bercampur-campur.

Laman web Bursa Malaysia alami masalah teknikal, dagangan tidak terjejas
Laman web rasmi pengendali bursa saham, Bursa Malaysia Bhd sedang mengalami masalah teknikal sejak lewat pagi ini.

Harga minyak sawit dijangka kembali kukuh susulan import semula oleh India
Harga minyak sawit di pasaran dijangka mengukuh semula susulan pengimport India kembali membeli minyak sawit dari Malaysia, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia meneruskan aliran positif pada hari kedua berturut-turut hari ini apabila hampir semua indeksnya meningkat.

Kebimbangan mengenai ekonomi global melonjakkan harga emas
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, David Lee Kuan Yong berkata emas bursa mungkin melonjak dengan rintangan terbalik pada RM220 dan RM225.

SC beri kelonggaran kepada Penerbit Tersenarai untuk AGM, Laporan Berkala
Ini susulan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 hingga 31 Mac 2020.

Pelabur asing jual saham RM1.05b kerana faktor luar - Menteri Kewangan
Selain itu, beliau berkata, berlaku juga tekanan ke atas pasaran minyak mentah susulan kehilangan wartawan Arab Saudi Jamal Khashoggi, selain berlaku trend aliran keluar modal asing di pasaran ekuiti.

Hari pertama pasaran dibuka selepas PRU14 ditutup tinggi
Penanda aras pendasar FBM KLCI ditutup 3.91 mata atau 0.21 peratus lebih baik pada 1,850 pada jam 5 petang Isnin.

KWSP yakin ekonomi Malaysia stabil dengan kerajaan baharu
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal optimistik mengenai ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang susulan penubuhan Kerajaan baharu pasca PRU14.