KUALA LUMPUR: Kerangka Ekonomi MADANI menjadi asas bagi penyusunan semula ekonomi Malaysia secara menyeluruh, disokong oleh beberapa transformasi penting seperti mempunyai sektor perindustrian yang digiatkan semula, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Gabenor, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata berdasarkan kerangka itu, sektor perindustrian akan disokong oleh pelaburan berkualiti.
"Visi ekonomi Malaysia juga termasuk mewujudkan pekerjaan berkualiti dan bergaji tinggi, meletakkan negara kita sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing di peringkat global, di samping menjadi ekonomi yang berdaya tahan iklim dan lebih lestari.
"Selain itu, berlandaskan kerangka itu juga tadbir urus fiskal dan ketelusan akan dipertingkatkan, yang akan melonjakkan keyakinan pelabur dan juga agensi penarafan kredit," katanya semasa sidang media bersama BNM dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengenai prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2023 Malaysia di sini, pada Jumaat.
Ekonomi Malaysia berkembang 2.9 peratus pada suku kedua 2023, disokong oleh pasaran buruh yang semakin baik dan peningkatan berterusan permintaan domestik dan kegiataan pelancongan.
Abdul Rasheed berkata antara inisiatif utama yang akan menjadi penting dalam memacu visi ekonomi Malaysia adalah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan pembentangan Akta Tanggungjawab Fiskal.
Dalam jangka masa pendek, Malaysia boleh menjangkakan untuk menyaksikan sokongan positif terhadap pertumbuhan daripada pelaksanaan beberapa projek pemangkin penting di bawah NETR, katanya.
"Pelaksanaan projek pemangkin seperti yang diumumkan di bawah NETR Fasa Satu yang diumumkan baru-baru ini juga akan memberikan sokongan kepada pertumbuhan dalam jangka masa sederhana.
"Malah, beberapa projek ini sudahpun dilaksanakan, dan lebih banyak akan mula dijalankan tahun depan," katanya.
Abdul Rasheed berkata pertumbuhan juga akan terus disokong oleh aktiviti pelaburan.
Pembiayaan untuk perbelanjaan modal masih tersedia, begitu juga dengan hasrat pelaburan manakala pelaburan yang baharu diluluskan berjumlah RM71.4 bilion pada suku pertama 2023, katanya.
"Melangkah maju, ekonomi ini akan mendapat manfaat daripada realisasi pelaburan baharu dan projek sedia ada, terutama projek infrastruktur besar seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek pendigitalan.
"Kemajuan pelaburan ini penting bukan sahaja untuk menyokong pertumbuhan segera malah juga meningkatkan potensi pertumbuhan masa depan Malaysia," katanya.
Gabenor BNM berkata perbelanjaan isi rumah akan kekal sebagai tunjang pertumbuhan disokong oleh pertumbuhan pekerjaan yang berterusan, penampan kewangan isi rumah yang positif, langkah-langkah dasar kerajaan dan keredaan tekanan harga.
"Perbelanjaan isi rumah terus meningkat, disokong oleh pertumbuhan gaji dan penampan kewangan yang mencukupi. Data frekuensi tinggi seperti perbelanjaan kad kredit dan jualan kenderaan penumpang terus mencatatkan rekod melebihi angka sebelum pandemik.
"Pada separuh kedua 2023, isi rumah akan kekal disokong oleh langkah yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, iaitu e-Tunai RM100 untuk kalangan individu B40 dan M40 serta bantuan khas RM300 dan RM200 untuk penjawat awam dan pesara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
Gabenor, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata berdasarkan kerangka itu, sektor perindustrian akan disokong oleh pelaburan berkualiti. - Foto Bank Negara Malaysia
Polis Singapura bimbang peningkatan kes pemandu mabuk
Polis Singapura bimbang berikutan peningkatan kes memandu dalam keadaan mabuk, dengan 180 kes direkodkan pada tahun 2023 iaitu angka tahunan tertinggi sejak 2014.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
Agenda AWANI: Keselamatan Jalan Raya | Jaga Nyawa
Apa sebab utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya khususnya semasa musim perayaan, dan bagaimana penguatkuasaan undang-undang boleh diperketatkan bagi menangani isu ini? Diskusi 8.30 malam
Dua lelaki ditangkap bantu siasatan pergaduhan bola sepak
Polis tahan dua lelaki disyaki terbabit pergaduhan antara kumpulan penyokong skuad Harimau Malaya dan Singapura di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, hari ini.
Nahas Ayer Keroh: Perkembangan dua mangsa di Hospital Melaka
Dua kanak-kanak yang merupakan anak sulung dan kedua kepada pasangan suami isteri yang maut dalam nahas ngeri di kilometer 204 lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, malam tadi masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Difahamkan anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat beberapa kecederaan parah manakala adik perempuannya berusia empat tahun berada di wad biasa hospital sama.
Bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] 10 Nahas Ngeri Di Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan sepuluh nahas ngeri di Malaysia.
Nahas Ayer Keroh: Ratusan menanti ketibaan jenazah
Bersama Khalish Kadir, Wartawan Astro AWANI di lokasi ketibaan jenazah lima sekeluarga.
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.
Ekonomi Madani: Perkasa sektor ekonomi digital, wujud pasaran lebih luas
Ekonomi digital memainkan peranan penting dalam konteks kerangka Ekonomi Madani dan hala tuju masa depan ekonomi negara yang boleh mewujudkan pasaran lebih luas kepada rakyat Malaysia.
Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.
KPKT garis langkah jamin kesejahteraan rakyat, peniaga selaras Ekonomi Madani
KPKT menyediakan jaminan kerajaan hingga RM5 bilion menerusi penambahbaikan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga 120 peratus.
Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.
Kebebasan media harus diangkat, diperkasa - PM Anwar
Bagi memberikan rakyat berita dan maklumat yang adil dan benar, kebebasan media harus diangkat dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani lonjak ekonomi Malaysia, tingkat kualiti hidup rakyat - PM Anwar
Ekonomi Madani, kerangka ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia.
RM10 juta untuk mudah cara proses pendaftaran taska, galak ibu kembali bekerja - PM Anwar
Usaha tuntas daripada aspek perundangan dan kawal selia serta program sokongan diperlukan bagi menggalakkan para ibu untuk kembali bekerja seterusnya merapatkan jurang jantina dalam pasaran buruh.
Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani: Kerajaan tumpu usaha tambah baik SSL, tingkat keterjaminan makanan - PM Anwar
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan.