KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memudah cara penglibatan syarikat tempatan dalam pembangunan ibu negara Indonesia, Nusantara, yang dilihat mampu menawarkan potensi pelaburan, perdagangan dan kolaborasi ekonomi yang lebih luas dalam pelbagai bidang untuk peserta industri dari Malaysia.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan, kerajaan akan terus berusaha untuk mengetengahkan kepakaran syarikat Malaysia di persada antarabangsa dan mencari peluang untuk lebih banyak syarikat Malaysia terlibat sepanjang tempoh pembangunan Nusantara.
"Kerajaan Indonesia, secara dasarnya, menyambut baik hasrat Malaysia dan mengalu-alukan minat syarikat-syarikat dari Malaysia untuk menyertai pembangunan Nusantara.
"Oleh yang demikian, pihak kerajaan akan terus memudah cara penglibatan syarikat-syarikat tempatan yang mana usaha itu juga akan dapat menyumbang ke arah peningkatan prestasi pelaburan dan perdagangan antara Malaysia dan Indonesia, demi merealisasikan kesejahteraan rakyat di Sabah dan Sarawak dan negara amnya," jelasnya.
Demikian menurut MITI dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis bagi menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) mengenai perincian penglibatan syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan dalam pembangunan Nusantara, Indonesia.
Beliau juga ingin mengetahui cadangan kerajaan membina lebuh raya atas landasan kereta api menghubungkan Nusantara dengan Sabah dan Sarawak.
MITI menambah sebagai negara jiran yang terdekat dari segi geografi, Malaysia dijangka turut merasai impak limpahan ekonomi daripada pembangunan Nusantara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, terutama bagi Sabah dan Sarawak.
Sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia pada 8 Januari lepas, sebanyak 10 syarikat Malaysia telah menzahirkan kesungguhan untuk melibatkan diri dalam pembangunan Nusantara dengan penyerahan 11 Surat Niat untuk mengambil bahagian dalam pelbagai sektor, menurut MITI.
Ini termasuk sektor perkhidmatan; pembangunan bandar dan hartanah; infrastruktur dan utiliti; perkhidmatan kesihatan; ekonomi digital; pembekalan bahan binaan; perkhidmatan kejuruteraan; dan perkhidmatan sokongan, katanya.
MITI menjelaskan terkini, terdapat tambahan empat syarikat Malaysia yang menyatakan hasrat menerusi Surat Niat untuk terlibat dalam pembangunan itu.
"Kerajaan sentiasa mengikuti perkembangan pembangunan Nusantara di Kalimantan Timur dan ketika ini, pihak Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk membina rangkaian rel kereta api bagi menghubungkan Sarawak dan Sabah dengan Brunei atau Nusantara.
"Buat masa ini, tumpuan sedang diberikan kepada penyediaan rangkaian rel bandar di bawah Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang diterajui Sarawak Metro di Sarawak manakala di Sabah, tumpuan diberikan kepada penambahbaikan infrastruktur kereta api serta mutu perkhidmatan kereta api Sabah yang diterajui oleh Jabatan Kereta api Negeri Sabah (JKNS)," menurut MITI.
Kementerian itu menekankan walau bagaiamanpun, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan bersedia untuk membantu mana-mana pihak yang berminat untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan berkaitan pembinaan lebuh raya atau landasan kereta api yang menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Nusantara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023

MITI menambah sebagai negara jiran yang terdekat dari segi geografi, Malaysia dijangka turut merasai impak limpahan ekonomi daripada pembangunan Nusantara. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi
Kerajaan akan memajak lebih banyak gerabak bagi perkhidmatan kereta api dari Padang Besar, Perlis, ke Johor Bahru untuk meningkatkan kapasiti kepada 50 peratus menjelang 2030.

Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.

Sektor pembinaan kekal pertumbuhan positif, naik 22.9 peratus kepada RM41.1 bilion pada suku ketiga - DOSM
Sektor pembinaan terus mengekalkan momentum dengan pertumbuhan positif pada 22.9 peratus, mencapai RM41.1 bilion pada suku ketiga 2024.

Aktiviti potong pokok punca operasi tren KTM, ETS terjejas pada Jumaat
Berikutan gangguan itu, sebanyak 13 tren ETS mengalami kelewatan pada hari berkenaan dengan jumlah penumpang seramai 3,480 orang.

Sektor pembinaan Malaysia melonjak lebih 20 peratus pada suku kedua 2024
Sektor pembinaan melonjak 20.2 peratus dengan nilai kerja berjumlah RM38.9 bilion pada suku kedua 2024, dipacu oleh prestasi yang memberangsangkan subsektor kejuruteraan awam dan bangunan kediaman.

Individu ceroboh landasan kereta api di Tanah Merah, KTMB tidak kompromi
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak akan berkompromi terhadap individu yang menceroboh landasan kereta api dan tindakan itu boleh dikenakan denda RM500.

Olimpik Paris: Kerja pembaikan rel Perancis selesai selepas sabotaj, keselamatan diperketat
SNCF, pengendali kereta api nasional mengumumkan bahawa kerja pembaikan dilakukan sepanjang dua hari lalu,

Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.