KUALA LUMPUR: Kerajaan menawarkan insentif dalam bentuk pengecualian cukai langsung dan tidak langsung bagi aktiviti pemasangan atau pengilangan kenderaan elektrik (EV), pembuatan komponen serta pembangunan ekosistem seperti fasiliti pengecasan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, antara insentif yang dinikmati oleh pengeluar produk tulen adalah taraf perintis, elaun cukai pelaburan serta pengecualian duti import dan eksais.
"Malaysia mengambil pendekatan banding dan tawar dengan melaksanakan dasar yang komprehensif, jelas dan konsisten merangkumi keseluruhan rantaian bekalan industri EV serta memberi galakan dalam meningkatkan penggunaan EV.
"Manakala pesaing serantau memberi tumpuan insentif hanya kepada pengilang peralatan asal (OEM)," katanya pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed Azmin berkata, Dasar Automotif Nasional telah menggariskan inisiatif khusus bagi memperkukuh ekosistem EV seperti pembuatan komponen kritikal, penetapan standard dan menggalakkan aktiviti pembangunan dan penyelidikan, pengkomersialan dan inovasi untuk membangunkan teknologi tempatan.
"Kementerian sedang memperhalusi cadangan pakej insentif untuk menggalakkan penggunaan EV yang antara lain pengecualian cukai jalan, pengecualian cukai pendapatan kepada individu yang memasang stesen pengecas EV dan juga insentif kepada pembeli EV melalui pelepasan cukai pendapatan," katanya.
Sementara itu, Mohamed Azmin berkata salah satu fokus kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara adalah pelaksanaan dasar-dasar perdagangan dan pelaburan yang terbuka dan mesra perniagaan.
Beliau berkata pelaksanaan dasar perdagangan dan pelaburan tersebut adalah termasuk meratifikasi Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
"Perjanjian perdagangan bebas ini akan berupaya mempertingkat pasaran eksport bagi produk tempatan melalui pengurangan atau penghapusan duti import di pasaran rakan dagang serta pengurangan halangan bukan tarif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 05 2021

Dasar Automotif Nasional telah menggariskan inisiatif khusus bagi memperkukuh ekosistem EV seperti pembuatan komponen kritikal, penetapan standard dan menggalakkan aktiviti R&D. - Gambar hiasan/Unsplash

ACLE: JDT tidak bernasib baik - TMJ
Usai tamat cabaran JDT, Tunku Ismail, meluahkan pencapaian yang cukup membangga ini menerusi laman X.

Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R).

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.
![[KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan [KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-03/41741733462_KakitanganPlazaTol.jpg)
[KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan
Setakat Mei tahun lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan SPT.
Serangan Pemisah: Militan serang kereta api di Pakistan, tawan 35 penumpang
Militan pemisah menyerang sebuah kereta api di barat daya Pakistan dan menawan 35 penumpang sebagai tebusan.

Kumpulan militan serang kereta api di Pakistan, tawan 35 penumpang
104 penumpang telah diselamatkan, 17 yang cedera dibawa ke hospital, manakala 16 militan berjaya dibunuh.
Konflik di Gaza: Israel bunuh 4 rakyat Palestin di Gaza
Empat rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Selasa. Serangan ini berlaku ketika para perantara Arab dan Amerika Syarikat berusaha menyelesaikan perbezaan antara Hamas dan Israel mengenai perjanjian gencatan senjata yang dimeterai sejak 19 Januari lalu. Tentera Israel menyatakan bahawa serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.
Rusia-Ukraine: Trump sedia bincang dengan Putin, mahu gencatan senjata dimuktamad
Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa pasukannya dan pegawai Ukraine telah mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata selama 30 hari antara Moscow dan Kyiv. Trump berharap Presiden Rusia, Vladimir Putin, akan bersetuju dengan cadangan ini.
Rusia-Ukraine: AS sambung bantuan ketenteraan Ukraine, cadang gencatan senjata
Amerika Syarikat bersetuju untuk menyambung bantuan ketenteraan dan perkongsian risikan dengan Ukraine selepas perbincangan di mana Kyiv bersetuju dengan cadangan gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik dengan Rusia. Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berkata AS akan membawa tawaran ini kepada Rusia dan berharap ia akan diterima secepat mungkin untuk memulakan rundingan sebenar.

Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.

Pengeluaran Proton e.MAS 7 ditambah sehingga 6,000 unit, permintaan meningkat
Proton sebelum ini menyasarkan 3,000 unit pengeluaran dalam tempoh enam bulan, namun ia telah melepasi sasaran itu dalam masa kurang sebulan.

Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.

163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil
Para pekerja tersebut telah diupah oleh sebuah syarikat lain di China sebelum dibawa ke Brazil secara tidak sah.

Chery yang pertama terima pengesahan SIRIM untuk bateri kereta elektrik
Dengan persijilan SIRIM, kenderaan elektrik Chery disahkan hadir dengan bateri yang diyakini selamat serta melepasi kualiti tinggi.

Peralihan kenderan rasmi kerajaan kepada EV dilaksana berperingkat - Nik Nazmi
Peralihan kenderaan rasmi kerajaan kepada kenderaan elektrik (EV) akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun hadapan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.

Zeekr, jenama EV premium dilancar secara rasmi, harga RM155k - RM360K
MPV mewah 009 dan kenderaan utiliti sukan X memulakan perjalanan Zeekr di negara ini bersama pemegang francaisnya Sentinel Automotive Sdn Bhd.

Negeri Sembilan komited bangunkan petak pengecasan EV
Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk membangunkan petak pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negeri ini.

1500 unit pengecas EV jenis DC menjelang 2025
Liew berkata, langkah itu dilakukan memandangkan pengecas DC mampu mengecas kenderaan EV dengan pantas.