KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa berusaha untuk menambah baik strategi dan pendekatan bagi memperkukuh ekosistem dan fasilitasi pelaburan negara.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia bagi memastikan pelaburan negara lebih berdaya saing dan kondusif dalam meningkatkan pelaburan langsung domestik (DDI) dan pelaburan langsung asing (FDI) yang berkualiti dan berimpak tinggi.
"Sehubungan itu, MITI menerusi MIDA telah melaksanakan pendekatan berfokus bagi memastikan penggalakan pelaburan asing dan domestik meliputi projek yang berkualiti, bernilai ditambah dan berteknologi tinggi bagi melengkapkan ekosistem serta rantaian bekalan industri yang disasarkan negara," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.
Tengku Zafrul berkata bagi tahun 2022, sejumlah RM267.8 bilion pelaburan daripada 4,517 projek yang diluluskan daripada pelbagai sektor ekonomi (sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan) di Malaysia dijangka menjana 140,440 peluang pekerjaan dengan pelaburan domestik menyumbang sebanyak RM104.4 bilion (38.9 peratus) kepada jumlah tersebut.
"Bagi suku pertama 2023, Malaysia telah menarik komitmen pelaburan berjumlah RM74.1 bilion, iaitu peningkatan 60 peratus tahun-ke-tahun.
"Paling ketara, nisbah FDI kepada DDI adalah hampir 50:50, iaitu 52.5 peratus bagi FDI dan 47.5 peratus bagi DDI. Ini jelas mencerminkan keyakinan syarikat dan perniagaan tempatan terhadap dasar kerajaan semasa," katanya.
Setakat 31 Mei, 2023, terdapat 743 projek dalam peringkat rundingan, atau penilaian dengan jumlah cadangan pelaburan sebanyak RM50.6 bilion dengan DDI sebanyak RM8 bilion atau 15.7 peratus manakala FDI sebanyak RM42.7 bilion atau 84.3 peratus.
Jumlah pelaburan tersebut merangkumi projek daripada sektor perkilangan dengan cadangan pelaburan sebanyak RM37.5 bilion yang melibatkan 61 cadangan projek.
Setakat 2 Jun, 2023, MITI melalui MIDA telah berjaya mendapatkan komitmen pelaburan FDI berjumlah RM23.07 bilion melalui misi pelaburan ke Jepun, RM170 bilion melalui misi pelaburan ke China, RM24 bilion melalui misi pelaburan ke Korea Selatan dan RM13 bilion melalui misi pelaburan ke Singapura.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, bagi merangsang pelaburan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), MIDA sebagai agensi penggalak pelaburan utama negara telah menyediakan beberapa program termasuk insentif berbentuk galakan cukai dan geran kepada syarikat domestik.
Insentif tersebut termasuk menyediakan galakan cukai kepada syarikat domestik yang melaksanakan projek yang digalakkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan (PIA) 1986; meningkatkan keupayaan pelabur tempatan melalui Dana Intervensi Industry4WRD bagi PKS; menggalakkan penggunaan automasi dalam kalangan syarikat di sektor perkilangan dan perkhidmatan melalui Elaun Modal Automasi; dan menganjurkan MIDA Invest Series Conference bagi mengenal pasti potensi pelaburan setiap negeri.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Tan Sri Low Kian Chuan berhubung sasaran DDI bagi tahun 2023 berbanding FDI serta langkah-langkah kerajaan untuk merangsang pelaburan perusahaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Selain itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan menyambut baik cadangan untuk menetapkan DDI sebagai salah satu petunjuk prestasi utama atau KPI bagi pencapaian pelaburan negara.
"Adalah menjadi dasar kerajaan pada masa ini untuk mengimbangi kedua-dua pelaburan asing dan domestik ini untuk merangsangkan pertumbuhan dan meningkatkan pembangunan kita yang seimbang di seluruh negara.
"MITI melalui MIDA akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan agensi diperingkat persekutuan dan negeri dalam usaha untuk menarik pelaburan domestik khususnya dalam industri yang disasarkan," katanya menjawab soalan tambahan Low yang ingin mengetahui adakah kerajaan akan menjadikan DDI sebagai KPI.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Tengku Zafrul berkata ia bagi memastikan pelaburan negara lebih berdaya saing dan kondusif dalam meningkatkan DDI dan FDI yang berkualiti dan berimpak tinggi. - Gambar fail
Hasil sektor perkhidmatan melonjak 6.8 peratus pada suku kedua 2024
Hasil bagi sektor perkhidmatan melonjak kepada 6.8 peratus tahun ke tahun, dengan mencatatkan RM607.1 bilion bagi suku kedua 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Malaysia masih pilihan barat walau tidak sehaluan isu Gaza
Perdana Menteri berkata, perbezaan pendirian dengan negara-negara barat dalam isu Palestin tidak memberikan impak negatif kepada pertumbuhan ekonomi serta pelaburan ke dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia.
Peruntukan RM303 juta untuk kukuh fasiliti TDM di Sarawak
Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM303 juta untuk memperkukuhkan fasiliti Tentera Darat Malaysia (TDM) di Sarawak.
[TERKINI] Dhabitah ke final, misi buru pingat 3m papan anjal
Penerjun berpengalaman negara, Nur Dhabitah Sabri meneruskan aksi cemerlang pada separuh akhir hari ini selepas berjaya mengesahkan tiket ke peringkat akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita Sukan Olimpik Paris 2024.
Olimpik Paris 2024: Dhabitah ke final, misi buru pingat acara 3m papan anjal
Keputusan itu menyaksikan Nur Dhabitah menyertai 11 penerjun lain mara ke peringkat perebutan pingat yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.
Tak perlu kaitkan kaum lain jika ambil rasuah
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengecam pihak-pihak yang mengaitkan amalan rasuah dengan isu perkauman.
Bapa tiri, rakan didakwa amang seksual, rogol remaja OKU bawah umur
Seorang buruh dan rakannya mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal dan rogol terhadap seorang remaja perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengandung.
Konsert Taylor Swift: Bahan kimia, peranti teknikal ditemui di rumah suspek
Seorang suspek berusia 19 tahun didakwa merancang dengan teliti serangan terhadap konsert Taylor Swift dengan penemuan bahan kimia dan peranti teknikal semasa pihak berkuasa menggeledah kediamannya.
Surirumah dituduh tipu individu dapatkan emas lelong
Seorang surirumah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu seorang individu untuk mendapatkan emas yang kononnya dilelong oleh IPK Pulau Pinang.
Perbincangan buka fakulti kejuruteraan di UUM akan dilakukan - PM Anwar
Ia bagi menampung keperluan mendesak dalam sektor teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) serta industri elektrik dan elektronik (E&E).
Laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara mungkin keputusan komersial - MITI
Laporan mengenai hasrat Tesla membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan komersial operasinya.
UMNO tidak perlu pemimpin muflis idea - Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan, masih ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang berbicara perkara remeh.
Selangor perlu manfaatkan pemboleh daya dasar kerajaan untuk capai RM500 bilion KDNK
Dengan itu Selangor dapat mengangkat kedudukan ASEAN sebagai destinasi kegemaran untuk pelaburan terutamanya dalam bidang pembuatan.
Ranking Daya Saing: MOF, MITI tubuh jawatankuasa, baiki ranking negara
Gerak kerja jawatankuasa itu telah bermula dengan perbincangan bersama semua kementerian dan agensi relevan dengan ranking tersebut.
MITI lulus 2,700 projek pembuatan, hanya 2 peratus dibatalkan
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lebih 80 peratus daripada projek itu sudah bermula dan telah dilaksanakan.
TVET Jerman, peruntukan RM1.2 bilion NSS bagi tangani kekurangan bakat - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga bersetuju beri sokongan fiskal RM25 bilion dalam merealisasikan Strategi Semikonduktor Kebangsaan.
Gugur pelaburan BlackRock beri kesan negatif pada agenda pelaburan negara - Tengku Zafrul
BlackRock pegang saham dalam hampir semua syarikat tersenarai awam di dunia dan dana-dana berdaulat seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Indonesia.
Kedudukan Malaysia dalam ranking Daya Saing Dunia IMD 2025 akan bertambah baik - Tengku Zafrul
Kerajaan yakin kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia IMD 2025 akan bertambah baik berbanding 2024, dipacu oleh antaranya peningkatan eksport produk berteknologi tinggi.
Malaysia catat peningkatan, luluskan pelaburan RM83.7 bilion suku pertama 2024
Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM83.7 bilion merentasi pelbagai sektor bagi tempoh Januari hingga Mac 2024.
Kelemahan ringgit beri impak besar kedudukan Malaysia dalam Daya Saing Dunia IMD 2024 - Tengku Zafrul
Penurunan kedudukan Malaysia dalam senarai Ranking Daya Saing Dunia IMD 2024 adalah disebabkan faktor kelemahan mata wang ringgit.