KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu perniagaan tempatan menjadi peneraju dalam membangunkan penyelesaian 5G perusahaan untuk memastikan ekosistem digital negara berada pada standard tertinggi antarabangsa sambil meningkatkan ekonomi negara.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, 5G memerlukan ekosistem yang betul untuk berkembang maju dan dalam membangunkan ekosistem yang teguh, perlu ada usaha bersepadu daripada pihak korporat, sektor awam, pemboleh teknologi dan penyedia ketersambungan dengan bekerjasama rapat bagi mempercepatkan penggunaan 5G.
"Saya amat menggalakkan semua perusahaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang merupakan nadi ekonomi negara kita, untuk mencari penyelesaian baharu secara aktif, memanfaatkan teknologi termaju yang akan memacu fasa pembangunan seterusnya untuk perniagaan anda, untuk industri, untuk negara," katanya yang berucap dalam rakaman video pada Persidangan dan Pameran Teknologi MY5G CelcomDigi di sini semalam.
Beliau berkata persidangan itu berfungsi sebagai platform penting yang membolehkan pelbagai industri dan pihak berkepentingan berkumpul dan meneroka peluang dalam memacu penggunaan 5G untuk transformasi dan pertumbuhan yang berkesan, merealisasikan potensi sebenar 5G.
Tambahan pula, beliau berkata ketersambungan internet dan kebolehcapaian digital dan baru-baru ini teknologi 5G, adalah komponen penting bagi mana-mana negara dan pembangunan ekonomi mereka.
Fahmi berkata baru-baru ini, GSMA Intelligence mengenal pasti lima komponen utama yang diperlukan untuk sesebuah negara digital iaitu infrastruktur, inovasi, manusia, tadbir urus data dan keselamatan.
Beliau berkata komponen utama ini saling berkait dan mesti dibangunkan bersama untuk mengelakkan jurang dan kelewatan yang berpotensi menaikkan kos dalam melaksanakan inisiatif digital.
"Dengan infrastruktur 5G yang kukuh, lebih ramai rakyat Malaysia, PKS atau perusahaan merentasi industri boleh mendapat manfaat besar daripada asas yang cekap untuk perkhidmatan dan aplikasi digital bagi dibangunkan, disimpan, diedarkan dan digunakan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Bhd, Datuk Idham Nawawi berkata syarikat itu telah bekerjasama dengan pelanggan perusahaan yang besar untuk melancarkan penyelesaian dan perkhidmatan 5G.
Beliau berkata pihaknya telah menyaksikan melalui perkhidmatan itu bagaimana penyelesaian yang berkuasa 5G dan pendigitalan boleh memanfaatkan setiap sektor ekonomi dengan mentransformasikan operasi dan cara kerja secara asas untuk mencapai produktiviti yang lebih baik dan meningkatkan kecekapan.
"Selain menerima pakai, penyertaan sektor pemboleh seperti perbankan juga akan menjadi penting dalam merintis jalan membuka kunci manfaat untuk semua pengguna dan perniagaan," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga menyokong pembiayaan bagi pendigitalan perusahaan, dengan mempercayai bahawa PKS akan terus menjadi nadi kepada ekonomi Malaysia.
Mengenai Persidangan MY5G CelcomDigi, Idham berkata acara itu menyaksikan penyertaan 400 pemimpin dan pembuat keputusan daripada 220 syarikat merentasi 30 industri yang menunjukkan tahap minat dalam kalangan perniagaan Malaysia untuk mempelajari mengenai 5G dan potensinya.
"Kami telah bekerjasama dengan 18 syarikat terkemuka, mempamerkan pelbagai kes-kes penggunaan 5G, yang memberi anda gambaran tentang perkara yang boleh dilakukan oleh 5G untuk sektor anda di Pameran Teknologi ini," katanya.
Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif, termasuk geran pendigitalan berjumlah RM100 juta yang akan memanfaatkan lebih 20,000 PKS dan usahawan mikro.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
![Kerajaan mahu syarikat tempatan menerajui pembangunan penyelesaian 5G perusahaan Kerajaan mahu syarikat tempatan menerajui pembangunan penyelesaian 5G perusahaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695729675_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi berkata ketersambungan internet dan kebolehcapaian digital serta teknologi 5G, adalah komponen penting bagi mana-mana negara dan pembangunan ekonomi mereka. - Gambar fail/BERNAMA
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341803_FahmiFadzil.jpg)
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
![Buli siber: Fahmi akan jumpa semua penyedia platform media sosial bulan ini Buli siber: Fahmi akan jumpa semua penyedia platform media sosial bulan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720266841_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Fahmi akan jumpa semua penyedia platform media sosial bulan ini
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan bertemu dengan semua penyedia platform media sosial di Malaysia pada akhir bulan ini bagi memperincikan pengurusan isu buli siber.
![Persiapan Istiadat Pertabalan Agong berjalan lancar - Fahmi Persiapan Istiadat Pertabalan Agong berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720153038_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Persiapan Istiadat Pertabalan Agong berjalan lancar - Fahmi
Persiapan menjelang Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada 20 Julai depan berjalan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan.
![Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720176227_TBFahmiFadzilsida.jpg)
Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM
Jabatan Audit Negara bebas membawa kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LAN) 2/2024 untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
![PRK Sg Bakap: Kempen secara sihat, jangan guna dakyah, fitnah dan unsur provokatif - Fahmi PRK Sg Bakap: Kempen secara sihat, jangan guna dakyah, fitnah dan unsur provokatif - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716980050_FahmiFadzil.jpg)
PRK Sg Bakap: Kempen secara sihat, jangan guna dakyah, fitnah dan unsur provokatif - Fahmi
Ia susulan aduan diterima pihak Kementerian Komunikasi serta MCMC tentang aktiviti berkempen secara tidak sihat dan menggunakan dakyah, fitnah serta unsur provokatif.
![Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718875254_tbFahmiFadzil.jpg)
Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memastikan model dwirangkaian itu menggalakkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi.
![Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719922608_TBFahmiFadzil.jpg)
Fahmi persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong kepada Raja Bahrain
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim kepada Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.
![Syed Husin Ali meninggal dunia Syed Husin Ali meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719615992_Belasungkawa.jpg)
Syed Husin Ali meninggal dunia
Fahmi turut memaklumkan, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang sejak Hari Raya Haji kedua lalu.
![Sultan Selangor berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi Sultan Selangor berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719553325_SelangorRoyalOffic.jpg)
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi
Ia bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung pada 20 Julai.