KUALA LUMPUR: Kenanga Research menyemak turun penarafan sektor penerbangan kepada 'neutral' daripada 'overweight' sebelum ini berikutan cadangan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) untuk mengekalkan kadar tarif lapangan terbang seperti pada 2021.
Dalam Kertas Rundingan Pertama berkenaan Rangka Kerja Jangka Panjang Untuk Penyeliaan Caj Perkhidmatan Penerbangan yang dikeluarkan 10 Ogos lalu, ia mahu mengekalkan status quo kadar tarif, kekal pada terma sebenar dengan menaikkan caj setiap tahun menggunakan CPI.
Ia mencadangkan untuk digunakan semasa Tempoh Kawal Selia 1 (RP1) (2023-2025), yang nampaknya kurang menggalakkan berbanding cadangan pada 2019 berdasarkan kos purata wajaran modal (WACC) sebanyak 10.88%.
Sehubungan itu, Kenanga Research bimbang kerana ini boleh bertentangan dengan keupayaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk menjana aliran tunai yang mencukupi untuk tujuan perbelanjaan modal, terutamanya untuk pengembangan dan penyelenggaraan lapangan terbang.
Bagaimanapun, katanya, ia hanyalah satu rangka kerja perundingan pertama dan tidak begitu penting kerana suruhanjaya juga sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan.
"Mavcom juga mencadangkan mekanisme untuk MAHB untuk mendapatkan balik kerugian yang ditanggung semasa RP1 dalam RP2, tetapi kami turut berhati-hati mengenai aliran tunai MAHB ketika RP1.
"Walaupun cadangan dalam kertas perundingan Mavcom ini tidak begitu penting, ia meningkatkan risiko pendapatan MAHB dengan ketara dalam jangka pendek hingga sederhana, justeru, mendorong kami menurunkan penarafan kami pada MAHB dan sektor penerbangan," katanya dalam nota kajian hari ini.
Firma itu menurunkan penarafan MAHB kepada 'market perform' daripada 'outperform' dengan harga sasaran juga dikurangkan kepada RM6.05 daripada RM7.65 sebelum ini.
Ia turut menyemak turun unjuran untung bersih MAHB bagi tahun kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FY23) sebanyak 10% kerana jumlah penumpang diunjur lebih rendah keapda 100 juta daripada 108 juta.
Namun, Kenanga Research percaya, kerangka kerja itu bagi memastikan pengendali lapangan terbang tidak mengambil kesempatan daripada kedudukan pasaran dominannya untuk sama ada menawarkan kualiti perkhidmatan yang tidak berkualiti atau mengenakan tarif yang terlalu tinggi.
"Pada pandangan kami, Mavcom perlu menetapkan kadar tarif yang munasabah memandangkan terdapat keperluan mendesak untuk melaksanakan perluasan lapangan terbang dan perbelanjaan penyelenggaraan di Malaysia untuk membolehkan MAHB mengumpul tunai yang diperlukan untuk tujuan perbelanjaan modal (capex)," jelasnya.
Setakat 10.13 pagi, harga saham MAHB menokok 1 sen atau 0.16% kepada RM6.26 dengan 92,800 saham diniagakan. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Aug 15 2022
![Kenanga Research turunkan penarafan sektor penerbangan kepada 'neutral' ekoran cadangan Mavcom kekalkan kadar tarif Kenanga Research turunkan penarafan sektor penerbangan kepada 'neutral' ekoran cadangan Mavcom kekalkan kadar tarif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51659080965_KLIAGeneric.jpg)
Mavcom juga mencadangkan mekanisme untuk MAHB mendapatkan balik kerugian yang ditanggung semasa RP1 dalam RP2, tetapi Kenanga Research turut berhati-hati mengenai aliran tunai MAHB ketika RP1. - Gambar hiasan
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Pameran Penerbangan Selangor 2024 tarik 110 pempamer Pameran Penerbangan Selangor 2024 tarik 110 pempamer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713524872_NgSzeHan.jpg)
Pameran Penerbangan Selangor 2024 tarik 110 pempamer
Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2024 edisi keempat akan diadakan dari 12 hingga 14 September ini di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Subang.
![Kerajaan benarkan syarikat penerbangan kenakan caj pelepasan karbon - Loke Kerajaan benarkan syarikat penerbangan kenakan caj pelepasan karbon - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708146115_AnthonyLoke.jpg)
Kerajaan benarkan syarikat penerbangan kenakan caj pelepasan karbon - Loke
Syarikat penerbangan akan menggunakan bayaran tambahan itu bagi membeli bahan api penerbangan mampan (SAF), manakala yang lain akan membayar kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan karbon.
![Mavcom unjur trafik penumpang melangkaui 84.5 juta pada 2023, 93.9 juta untuk 2024 Mavcom unjur trafik penumpang melangkaui 84.5 juta pada 2023, 93.9 juta untuk 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/51556358296_penumpang.jpg)
Mavcom unjur trafik penumpang melangkaui 84.5 juta pada 2023, 93.9 juta untuk 2024
Saripuddin berkata pertumbuhan dalam trafik penumpang telah menyerlahkan pemulihan berterusan sektor penerbangan di Malaysia.
![Syarikat penerbangan perlu dinilai, diaudit sebelum ASL diberikan - Anthony Loke Syarikat penerbangan perlu dinilai, diaudit sebelum ASL diberikan - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701766311_TBAnthonyLoke.jpg)
Syarikat penerbangan perlu dinilai, diaudit sebelum ASL diberikan - Anthony Loke
Beliau berkata antara aspek utama yang perlu dilihat ialah kemampuan kewangan syarikat terbabit.
![AirAsia X lebar sayap ke Kazakhstan, tawar tambang serendah RM99 AirAsia X lebar sayap ke Kazakhstan, tawar tambang serendah RM99](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700798289_TBAirAsiajpg.jpg)
AirAsia X lebar sayap ke Kazakhstan, tawar tambang serendah RM99
Benyamin Ismail berkata, ia adalah pasaran baru sepenuhnya bagi AAX dan merupakan laluan strategik untuk diteroka secara lebih luas.
![Kerajaan rancang ambil tindakan syarikat penerbangan tidak tepati waktu Kerajaan rancang ambil tindakan syarikat penerbangan tidak tepati waktu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700109097_tbAnthonyLokeParl.jpg)
Kerajaan rancang ambil tindakan syarikat penerbangan tidak tepati waktu
SKS Airways merekodkan ketepatan waktu tertinggi dengan 95 peratus manakala Malaysia Airlines dan AirAsia terendah, pada kadar 74 peratus.
![MYAirline mohon maaf, sedia laksana proses pemulangan wang tiket MYAirline mohon maaf, sedia laksana proses pemulangan wang tiket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697102048_MYAirline.jpg)
MYAirline mohon maaf, sedia laksana proses pemulangan wang tiket
Kerana masalah kewangan mendalam, MYAirline tidak mampu tawar sebarang pilihan pemulihan segera kepada penumpang yang terkandas
![Batik Air, AirAsia tawar bantuan kepada penumpang MYAirlines Batik Air, AirAsia tawar bantuan kepada penumpang MYAirlines](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697084271_TBAirAsiaBatikAir.jpg)
Batik Air, AirAsia tawar bantuan kepada penumpang MYAirlines
Batik Air tawar harga penerbangan serendah RM199 ke destinasi tertentu, manakala AirAsia tawar diskaun 50 peratus.
![Mavcom lulus 57 permohonan ATR pada suku kedua 2023 Mavcom lulus 57 permohonan ATR pada suku kedua 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/81560750480_SEPANG.jpg)
Mavcom lulus 57 permohonan ATR pada suku kedua 2023
Mavcom meluluskan 57 permohonan Hak Trafik Udara (ATR) pada suku kedua 2023, yang terdiri daripada 45 laluan udara antarabangsa dan 12 laluan domestik.
![Isu penerbangan: Adu terus kepada Mavcom Isu penerbangan: Adu terus kepada Mavcom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652192895_mavcom.jpg)
Isu penerbangan: Adu terus kepada Mavcom
Apa-apa isu pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan syarikat penerbangan adalah di luar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna, KPDN.