KUALA LUMPUR: Sebarang kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) secara berterusan walaupun dapat meredakan inflasi, namun boleh memperlahan perkembangan ekonomi domestik, kata pakar ekonomi.
Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latif berkata ini boleh dilihat apabila penurunan kadar inflasi sebanyak sembilan bulan berturut-turut dikaitkan dengan penetapan kadar OPR tersebut.
"Secara teorinya apabila OPR dinaikkan secara berterusan, ini akan memberi tekanan untuk inflasi turun. Kenaikan OPR ke aras 3.0 peratus itu misalnya terbukti menurunkan kadar inflasi kepada 2.8 peratus.
"(Sebaliknya) OPR yang terlalu rendah akan menyebabkan ekonomi meruap apabila berlakunya banyak aktiviti perbelanjaan dan penjualan yang meningkatkan inflasi secara mendadak," katanya dalam rancangan Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV, pada Jumaat.
Beliau mengulas keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan OPR pada 3.00 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), pada Khamis.
Menjelaskan selanjutnya, Ahmed Razman berkata OPR merupakan sebahagian daripada polisi monetari di bawah tanggungjawab BNM yang menyumbang ke arah kestabilan ekonomi.
Kaedah lain bagi menangani inflasi dan kos sara hidup adalah melalui polisi fiskal di bawah Kementerian Kewangan (MOF) menerusi pemberian bantuan tunai, subsidi dan insentif cukai.
Langkah sedemikian juga sering dipraktikkan oleh negara-negara yang mengalami kadar inflasi terlalu tinggi.
Negara dengan kadar inflasi terlalu tinggi seperti Argentina (114 peratus) dan Turkiye (38 peratus) turut bertindak mengenakan kadar faedah tinggi sebanyak 97 peratus dan 15 peratus, katanya.
"Apabila kerajaan tidak dapat megawal harga barang dan perkhidmatan untuk meredakan kos sara hidup yang teruk, ia terpaksa mengenakan kadar faedah tinggi.
"Bagi Malaysia dengan kadar inflasinya turun kepada 2.8 peratus dan dijangka terus stabil, BNM dilihat tiada keperluan untuk menaikkan lagi kadar faedah lebih tinggi pada tahun ini," katanya.
Namun, beliau turut mengingatkan bahawa kadar OPR yang terlalu rendah boleh menyebabkan keadaan yang mana ramai meminjam dan tidak membuat simpanan kerana kos meminjam yang rendah manakala kegagalan membayar hutang pula akan membebankan ekonomi.
Atas alasan itu, katanya, BNM perlu sentiasa menilai situasi ekonomi dan pasaran domestik semasa dalam membuat pertimbangan yang tepat selain meneliti ketidaktentuan ekonomi global serta impaknya terhadap negara.
Beliau juga melihat BNM sentiasa berbincang dengan pihak kerajaan dan industri bagi membuat keputusan secara berhati hati selain meneliti keadaan semasa dan perkembangan terkini.
Di peringkat global, Ahmed Razman juga menyifatkan negara-negara sudah memaparkan kadar inflasi yang mereda setelah bertindak menaikkan kadar faedah berterusan dengan bank pusat masing masing mulai mengekalkan kadar faedah, sekali gus menunjukkan ekonomi dunia yang semakin perlahan.
Ini memberi impak kepada Malaysia yang juga negara pengeksport apabila permintaan akan turut berkurangan dengan kesannya kepada rakyat dan peniaga.
"Saya melihat apabila ekonomi perlahan walaupun OPR dikekalkan pada kadar 3.0 peratus, namun potensi untuk ekonomi berkembang maju mungkin terhad dan ada kekangan...oleh itu kerajaan perlu terus berhati-hati," katanya.
Bagi rakyat pula, Ahmad Razeman menyarankan dalam senario ekonomi yang tidak menentu, orang ramai perlu meneruskan perbelanjaan secara berhemat, berbelanja mengikut kemampuan serta mengelak daripada melakukan hutang baharu.
"Kita harus mengukuhkan simpanan serta pelaburan serta meningkatkan pendapatan, termasuk dengan menambah pengetahuan dan kemahiran," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
OPR yang terlalu rendah akan menyebabkan ekonomi meruap apabila berlakunya banyak aktiviti perbelanjaan dan penjualan yang meningkatkan inflasi secara mendadak. - Gambar hiasan
#AWANIRingkas 5 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Februari 2025
1️⃣ Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025
2️⃣ Isu perang Gaza antara isu tumpuan
3️⃣ Hamas sahkan rundingan sudah bermula
#awaniringkas
1️⃣ Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025
2️⃣ Isu perang Gaza antara isu tumpuan
3️⃣ Hamas sahkan rundingan sudah bermula
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu perang Gaza antara isu tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Netanyahu yakin Trump akan bantu Israel capai semua matlamat perang
Netanyahu sifatkan Presiden Trump sahabat terbaik Israel yang pernah ada di White House.
Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025, mekanisme SKBBK antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Afnan Hamimi meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sasaran Malaysia dan persediaan untuk temasya dwitahunan itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Farhan Hakimi
- Perkembangan banjir di Sabah & Sarawak
- Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
- Tambang percuma untuk pengguna KTM Komuter 10 & 11 Feb ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah & Sarawak
- Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
- Tambang percuma untuk pengguna KTM Komuter 10 & 11 Feb ini
#AWANIpagi #AWANInews
“Amerika akan ambil alih Semenanjung Gaza dan urus dengan baik,” kata Donald Trump
"Kami akan mencipta pembangunan ekonomi yang akan menyediakan peluang pekerjaan dan perumahan tanpa had kepada penduduk di kawasan itu."
[KOLUMNIS] Malaysia sebagai nakhoda ASEAN: Menangani dan mendepani cabaran global
Misi kepengerusian Malaysia pada tahun ini meletakkan beberapa keutamaan antaranya Visi Komuniti ASEAN 2045.
Pasca Perang Syria: Presiden Syria sasar pulih hubungan dengan A.S
Presiden interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bercadang untuk memulihkan hubungan dengan Amerika Syarikat dalam masa terdekat tetapi belum mengadakan sebarang perhubungan dengan pentadbiran Trump.
Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa bagi membebaskan tahanan dari lokap dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan, awal bulan lepas.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar
Keputusan yang bijak bagi pembeli rumah pertama adalah untuk membeli hartanah apabila tawaran harga yang diterima adalah munasabah dan berbaloi dengan keadaan kewangan.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.
FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata.
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dalam persekitaran jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
OPR diunjur kekal 3% hingga akhir 2024, inflasi, KDNK pertimbangan utama BNM - AmInvestment
AmInvestment Bank Research berkata, Bank Negara Malaysia akan terus bergantung kepada data dalam keputusan dasar monetarinya.