KUALA LUMPUR: Jangkaan peningkatan inflasi pada separuh kedua tahun ini mungkin mendorong Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan kadar faedah, demikian menurut firma penyelidikan.
Dalam nota penyelidikan hari ini, Public Investment Bank Bhd (PIVB) berkata ia mengunjurkan inflasi keseluruhan melebihi 3.0 peratus, manakala inflasi teras pada 2.7 peratus pada tahun ini.
Selain peningkatan faktor kos global terutamanya minyak, bank pelaburan itu berkata inflasi juga akan meningkat berikutan impak susulan daripada lapan program rangsangan fiskal pada 2021 dan tempoh lanjutan bagi persekitaran kadar faedah rendah.
PIVB berkata inisiatif awam-swasta untuk mewujudkan banyak peluang pekerjaan pada tahun ini akan memberi manfaat kepada inflasi.
Ia berkata demikian bagi mengulas laporan tahunan terkini BNM yang mana bank pusat meramalkan inflasi keseluruhan untuk bergerak antara 2.2 peratus dan 3.2 peratus pada 2022 (2021:2.5 peratus) dan inflasi teras pada 2.0-3.0 peratus (2021: 0.7 peratus).
Menurut PIVB, cabaran daripada pandemik COVID-19 global dan pemulihan ekonomi yang baru bermula selepas krisis, mungkin mendorong BNM untuk mengekalkan dasar akomodatifnya pada separuh pertama 2022, selain turut dipengaruhi ketidaktentuan akibat konflik Rusia-Ukraine.
"Bagaimanapun, jangkaan kenaikan inflasi teras membawa kepada persekitaran kadar faedah yang rendah, keadaan yang bleh mencetuskan peningkatan kadar faedah pada separuh kedua 2022.
"Peningkatan yang berlaku juga turut didorong oleh situasi guna tenaga penuh pada 2022 dan langkah terdahulu untuk menghindarkan ketidakseimbangan kewangan," katanya.
PIVB berkata peralihan Malaysia kepada fasa endemik COVID-19 pada April ini akan menyokong pemulihan sepenuhnya sektor kritikal seperti perkhidmatan dan pelaburan swasta, justeru, pemulihan dalam pertumbuhan ekonomi pada 2022.
"Secara kritis, perbelanjaan besar membabitkan COVID-19 akan berakhir tahun ini dan paras siling hutang fiskal akhirnya akan direndahkan kepada paras sebelum krisis, situasi yang menggalakkan untuk penarafan berdaulat kita dan secara lanjutan, kos pembiayaan fiskal kita," katanya.
Meskipun terdapat inisiatif yang meluas untuk meningkatkan output, bank pelaburan itu berkata ia tetap berhati-hati berikutan risiko penularan COVID-19 selain potensi kemunculan varian yang membimbangkan.
"Gangguan bekalan dan ketidakseimbangan komoditi global juga boleh terjejas. Kelembapan ekonomi China kekal membimbangkan berikutan kesan limpahannya kepada perdagangan kita," menurut PIVB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022

Jangkaan peningkatan inflasi pada separuh kedua tahun ini mungkin mendorong Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan kadar faedah. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Inflasi Malaysia pada Julai meningkat 2.0 peratus, kekal sejak Mei 2024
Peningkatan inflasi pada Julai 2024 telah didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama restoran da perkhidmatan penginapan (3.4%); penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan & perkhidmat

Hala tuju polisi negara perlu jelas untuk kukuhkan nilai ringgit - Penganalisis
Firdausi berkata, kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan pelbagai faktor luaran dan situasi itu perlu difahami rakyat.

Amaran kemelesetan ekonomi global tahun 2023 - Bank Dunia
Ia bakal menjadi pertumbuhan tahunan ketiga paling lemah dalam tempoh 30 tahun.

Ringgit menyusut, sektor eksport terima manfaat
Ketua Penyelidikan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Shankaran Nambiar berkata, sektor berorientasi eksport jadi lebih berdaya saing.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.

Kemelesetan ekonomi dijangka lebih teruk dalam tempoh 12 bulan akan datang - IMF
Kenaikan harga komoditi akibat peperangan yang berlaku akan memberi impak kepada ratusan juta penduduk dunia.

Kenaikan kadar faedah: BNM dijangka ikut kuasa ekonomi besar - Penganalisis
Bagaimanapun sebarang dasar perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan tekanan kepada inflasi.

Pengeluaran KWSP RM10,000: Dikhuatiri berlaku inflasi dan kenaikan harga - Yusof Saari
Meskipun tindakan terbabit bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19, namun fasiliti itu tidak memberi manfaat kepada keseluruhan pencarum.

BNM dijangka kekal kadar faedah sehingga Julai
Undian pada 10 hingga 14 Januari oleh Reuters melibatkan 23 pakar ekonomi menunjukkan BNM akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus sehingga akhir Jun