KUALA LUMPUR: Kenaikan harga roti Massimo akan membantu memperbaiki margin keuntungan operasi bahagian produk pengguna PPB Group Berhad.
AmInvestment Bank Berhad berkata, kenaikan antara 10 hingga 60 sen bermula Sabtu lalu adalah kesan daripada kenaikan kos logistik dan bahan mentah selain kos pembungkusan.
Firma itu berkata, kali terakhir roti Massimo mencatatkan kenaikan harga adalah pada Januari 2022 manakala pesaing mereka, Gardenia telah menaikkan harga roti mereka pada awal September 2022.
"Bagaimanapun, pendapatan daripada segmen itu tidak banyak memberi kesan kepada kumpulan keranan lebih 80% hasil pendapatan mereka adalah daripada Wilmar International," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, bahagian produk pengguna mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14 juta pada 1HFY22, hanya 1.4% daripada keuntungan bersih PPB sebanyak RM997 juta.
Massimo diklasifikasikan di bawah bahagian produk pengguna kumpulan itu.
Katanya, walaupun harga gandum mula mencatatkan penurunan namun dolar Amerika Syarikat telah meningkat sebanyak 13% sejak dari awal tahun ini.
Peningkatan dolar berbanding Ringgit Malaysia menyebabkan kos import yang lebih tinggi kerana gandum diimport dalam mata wang dolar.
"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga wajar (FV) RM19.30 sesaham," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Oct 17 2022
![Kenaikan harga roti Massimo tingkatkan margin keuntungan operasi produk pengguna PPB Group Kenaikan harga roti Massimo tingkatkan margin keuntungan operasi produk pengguna PPB Group](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665974388_TBMassimo.jpg)
Kali terakhir roti Massimo mencatatkan kenaikan harga adalah pada Januari 2022 manakala pesaing mereka, Gardenia telah menaikkan harga roti mereka pada awal September 2022. - Foto Facebook Massimo Bread
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Pelajar OKU mengaku bersalah cabul rakan OKU
Seorang pelajar bisu dan pekak mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap rakan sekelas yang juga OKU.
Polis sahkan rangka milik Hafiz Fauzan
Rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, Batu Pahat pada 24 Jun lalu, disahkan milik Hafiz Fauzan Abdul Halid, remaja 16 tahun yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.
Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di terminal kargo KLIA
Kebocoran satu daripada injap tangki skid yang terbiar sembilan tahun menjadi punca kepada insiden kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sepang pada khamis.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Julai 2024.
![Kenaikan harga roti Massimo tingkatkan margin keuntungan operasi produk pengguna PPB Group Kenaikan harga roti Massimo tingkatkan margin keuntungan operasi produk pengguna PPB Group](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665974388_TBMassimo.jpg)
Kenaikan harga roti Massimo tingkatkan margin keuntungan operasi produk pengguna PPB Group
Kenaikan antara 10 hingga 60 sen mulai Sabtu lalu adalah kesan daripada kenaikan kos logistik, bahan mentah serta pembungkusan.