KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan merancang untuk membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) kepada Parlimen menjelang akhir tahun ini yang akan turut merangkumi strategi hasil jangka sederhana dan prinsip panduan mengenai aspek seperti asas hasil lebih luas serta had hutang statutori.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sesebuah negara mesti diselia dan dikawal dengan ketat dari segi kewangan supaya ia mempunyai sumber mencukupi untuk melaksanakan program reformasi yang sesuai dan memenuhi agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) negara.
"Semua ini, dan banyak lagi, juga dikongsikan dalam Kenyataan Pra-Bajet yang diterbitkan baru-baru ini, yang menetapkan keutamaan Kementerian Kewangan untuk Bajet 2023," katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat ke-99 yang dikeluarkan hari ini.
Tengku Zafrul berkata sejak 2020, Kementerian Kewangan memberi fokus kepada pembinaan daya tahan sosioekonomi supaya rakyat dan perniagaan boleh bangkit semula dengan lebih kukuh berbanding sebelum ini, sekiranya krisis seperti COVID-19, atau lebih serius, datang melanda pada masa hadapan.
Menurutnya, kementerian itu dipandu oleh tiga prinsip utama iaitu responsif, bertanggungjawab dan reformis untuk membina asas bagi pembaharuan jangka panjang.
"Seboleh-bolehnya, pelbagai dasar adalah berasaskan kepada prinsip (ESG) serta pertimbangan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)," katanya.
Beliau berkata berkata reformasi berlandaskan ESG mampu membina daya tahan sosioekonomi jangka panjang dan boleh menjadi pertahanan terbaik terhadap kejutan dan pandemik pada masa depan.
"Malah, usaha negara ke arah kelestarian sudahpun bermula dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan seperti Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Bhd telahpun melancarkan rangka kerja dan sasaran kemampanan masing-masing," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Kementerian Kewangan merancang untuk membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) kepada Parlimen menjelang akhir tahun ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Gaji minimum dinaikkan ke RM1,700 bermula Februari 2025
Penguatkuasaan gaji minimum itu ditangguhkan bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, penyasaran subsidi seumpama itu akan turut melibatkan kesihatan awam.
Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
Kerajaan mengumumkan akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), dengan hampir 500 juta ringgit diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
PM Anwar tinjau persiapan Belanjawan 2025
Anwar yang tiba kira-kira 9.40 pagi disambut oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan dijangka turun kepada 7.5 peratus pada 2024
Sehingga akhir Jun 2024, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.22 trillion.
KPM tubuh jawatankuasa khas kurangkan ketidakhadiran calon SPM
Jawatankuasa Khas Tindakan Gempur Kehadiran Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024/2025, ditubuh dalam usaha mengurangkan jumlah ketidakhadiran calon.
Belanjawan 2025 ambil kira cadangan pelbagai industri, rakyat akar umbi
Johan berkata pihaknya kini dalam proses memuktamadkan ucapan dan langkah belanjawan yang akan diumum Perdana Menteri kelak.
GLIC tegaskan komitmen sokong kerangka Ekonomi MADANI, pacu pertumbuhan
GLIC komited menyokong kerangka Ekonomi MADANI dengan memanfaatkan penyasaran modal dalam sektor pertumbuhan dan bernilai tinggi.
Belanjawan 2025 lebih gah, saksama - PM Anwar
Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan pada 18 Oktober ini disifatkan sebagai lebih gah dan saksama.
Belanjawan 2025: MoF sedia peruntukan mencukupi untuk sektor pelancongan
Kementerian Kewangan akan menyediakan peruntukan mencukupi untuk sektor pelancongan negara sebagai persediaan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun sebanyak 15 sen
Harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun sebanyak 15 sen dengan masing-masing ditetapkan pada RM3.25 seliter dan RM3.01 seliter.
Kerajaan ikrar tingkat ekosistem PMKS - Kementerian Kewangan
Kerajaan komited tingkatkan persekitaran yang mampu mengembangkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk menyumbang sepenuhnya kepada kemakmuran Malaysia.
Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun 5 sen lagi
MoF berkata penetapan harga tersebut seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.