LABUAN: Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mempertimbangkan permintaan untuk cadangan (RFP) membabitkan projek Pelabuhan Bersepadu Labuan yang dirancangkan di Rancha-Rancha.
Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong berkata agensi kementeriannya iaitu Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) akan menghasilkan garis panduan lengkap RFP untuk pembida yang berminat.
"Saya perlu menunggu garis panduan RFP daripada LPA dan seterusnya akan meminta RFP untuk menjemput penyokong projek bagi memberi pilihan terbaik serta kemudian, LPA akan mengkaji dan menilainya untuk pengesahan MOT," katanya kepada media selepas menyaksikan upacara menandatangani perjanjian antara Victoria STA Sdn Bhd dan Fendercare Marine Asia Pacific Pte Ltd berkenaan kerjasama dalam pemindahan kargo dari kapal ke kapal.
Pada Mei 2012, Timbalan Menteri Pengangkutan ketika itu iaitu Datuk Abdul Rahman Bakri semasa lawatannya di sini berkata cadangan pelabuhan bersepadu itu dianggarkan akan menelan belanja sebanyak RM1.4 bilion dan dibina di tapak seluas 209 hektar.
Apabila selesai, kemungkinan ia akan dikendalikan oleh syarikat yang mempunyai rangkaian yang luas dan berkedudukan mantap dalam menarik pemilik kapal menggunakan pelabuhan tersebut.
Wee juga berkata isu kekurangan kapal yang mahu berlabuh di pelabuhan Labuan akan dikaji dengan teliti.
"Yang penting, kami perlu mempunyai jumlah kargo yang mencukupi, kemudahan lengkap dan lebih baik di pelabuhan bagi menarik lebih banyak kapal untuk datang ke pelabuhan kami... kami perlu mempunyai perancangan yang komprehensif dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.
Wee juga menekankan keperluan untuk memudahkan protokol kemasukan (prosedur operasi standard) yang lebih munasabah ke atas kapal yang singgah di pelabuhan, jika ia terlalu ketat dan tidak serupa dengan pelabuhan lain, ini akan membantutkan niat pengendali kapal untuk berlabuh.
Sementara itu, Wee berkata kementeriannya prihatin atas ketiadaan tutor bagi pemohon Lesen Pemandu Barang (GDL) di Labuan.
"Saya telah memanggil Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (RTD) Datuk Zailani Hashim untuk mengkaji isu ini dan menghasilkan penyelesaian yang lebih baik.
"Ketiadaan tutor untuk mengajar teori enam jam di Labuan telah memaksa pemohon pergi ke Kota Kinabalu dan ini menyebabkan mereka menanggung perbelanjaan yang lebih tinggi... kami akan berusaha sebaik mungkin bagi memudahkan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Wee bercakap pada sidang media selepas menyaksikan upacara menandatangani perjanjian antara Victoria STA Sdn Bhd dan Fendercare Marine Asia Pacific Pte Ltd di Labuan, semalam. --fotoBERNAMA
Pengarah syarikat bergelar 'Datuk' didakwa pecah amanah wang syarikat
Seorang pengarah syarikat pinjaman wang berlesen didakwa atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM551,130, antara 2020 hingga 2024.
Filipina mungkin guna platform antarabangsa saman Filipina
Filipina merancang memutuskan platform antarabangsa untuk menyaman China atas dakwaan kerosakan kepada persekitaran marin.
AS, Indonesia sepakat utamakan pertumbuhan ekonomi negara
Amerika syarikat dan Indonesia sepakat memperkukuh komitmen bersama bagi mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara dan perdagangan serta pelaburan dalam bidang berkepentingan kepada kedua-dua negara.
Hampir 1 juta pelancong kunjungi Myanmar Jan-Nov 2024
Ketibaan pelancong asing tahun ini menurun berbanding lebih 1.1 juta pelancong asing yang melawat negara ini dalam tempoh yang sama tahun lepas.
650 ribu kanak-kanak di Indonesia terima manfaat setakat ini
Program makanan percuma Indonesia telah memanfaatkan 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah. Memetik laporan Xinhua, Presiden Prabowo Subianto berkata, program ini menyasarkan tiga juta kanak-kanak dalam tempoh Januari hingga April depan.
Pencemaran udara: Thailand perkenal kaedah semburan ais ke udara
Thailand memperkenalkan kaedah baharu dengan menggunakan semburan kabus ais merentasi ruang udara Bangkok sebagai usaha menangani pencemaran udara melampau.
Ibu, anak ditemukan mati dalam kereta
Wanita berusia 42 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya bersama anak perempuan berusia 14 tahun dengan keadaan enjin masih hidup oleh orang awam pada 9.30 malam.
Indonesia gesa graduan sedia depani cabaran kecanggihan teknologi
Indonesia menggesa graduannya bersedia menghadapi lonjakan permintaan terhadap pekerja berkemahiran digital bagi mendepani perubahan landskap pekerjaan global disebabkan kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Jualan, harga beras Vietnam dijangka merosot
Sektor beras Vietnam mungkin menghadapi pelbagai cabaran dalam eksport pada 2025 selepas kejayaan pada tahun lalu, Agensi Berita Vietnam memetik pakar pada hari Khamis.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir tahun
Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) melonggarkan dasar monetarinya pada Jumaat, langkah pertama seumpamanya sejak Mac 2020.
Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.
Pelantikan sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina tidak jejas kedudukan Ka Siong - Zahid
Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan beliau.
Ka Siong persoal cara hendak kenal pasti T15
Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa, usaha ini akan merumitkan ramai pihak termasuk pengendali, pekerja serta pengguna di stesen minyak.
MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun
SJKC Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, dijangka beroperasi pada 23 Jun ini.
Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Ketua Wanita MCA pertama meninggal dunia
Ketua Wanita MCA pertama Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, meninggal dunia hari ini.