KOTA BHARU: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencapai kemajuan sebanyak 62.40 peratus bagi keseluruhan jajaran ECRL yang merangkumi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata kemajuan berkenaan setakat Februari lepas dan pembinaan projek ini berjalan lancar.
Beliau berkata untuk kerja-kerja pembinaan ECRL di Kelantan telah mencapai kemajuan sebanyak 75.8 peratus setakat ini.
"Jajaran ECRL sepanjang 43 kilometer (km) di Kelantan melibatkan pembinaan dua buah stesen iaitu Stesen Kota Bharu yang ditetapkan sebagai stesen penumpang manakala Stesen Pasir Puteh pula untuk penumpang dan kargo.
"Bagi jajaran dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor ia dijangka siap mengikut jadual iaitu pada Dis 2026 dan akan mula beroperasi pada Jan 2027 manakala jajaran ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang pula dijadual siap pada Dis 2027," katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa ECRL di sini, malam tadi.
Turut hadir pada majlis itu ialah Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Izani Husin.
Darwis berkata jajaran ECRL di Kelantan yang mencapai 43 km menunjukkan kemajuan memberangsangkan termasuk daripada segi proses pengambilan tanah yang telah pun selesai sepenuhnya.
Beliau berkata pembinaan elevated structure bridge berjalan lancar dengan menyaksikan kemajuan sebanyak 35 peratus daripada jumlah keseluruhan jajaran ECRL.
"Baru-baru ini, kita telah berjaya menembusi tiga terowong, menjadikan jumlah terowong yang ditembusi sebanyak 30 terowong daripada jumlah keseluruhan sebanyak 41.
"Saya percaya pembinaan ECRL untuk jajaran Kota Bharu ke Gombak berada di landasan yang tepat untuk siap sepenuhnya pada Dis 2026," katanya.
Darwis berkata pembinaan track laying daripada Kuantan, Pahang ke Dungun, Terengganu sepanjang 92.2 km telah siap sepenuhnya.
Mengulas mengenai caj perkhidmatan yang bakal dikenakan kepada penumpang apabila ECRL siap kelak, Darwis berkata perkara berkenaan belum dibincangkan.
Beliau berkata pengumuman caj perkhidmatan ECRL akan diputuskan oleh kerajaan.
Projek ECRL sepanjang 665 km yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion itu akan menghubungkan Kota Bharu dengan Terminal Bersepadu Gombak yang hanya mengambil masa empat jam berbanding tujuh jam dengan menggunakan jalan raya atau lebih 12 jam semasa musim perayaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024

Projek ECRL sepanjang 665km menghubungkan Kota Bharu dengan Terminal Bersepadu Gombak yang hanya mengambil masa empat jam berbanding tujuh jam dengan menggunakan jalan raya atau lebih 12 jam semasa musim perayaan. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

MOT perkenal dasar galak industri kargo, pengangkutan guna ECRL
Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan dasar baharu bagi menggalakkan syarikat kargo dan pengangkutan menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.

Malaysia-China kongsi risiko kerugian kos operasi ECRL sama rata, kalau untung kita ambil 80 peratus - Loke
Syarikat pengendali Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Constructions ECRL Sdn Bhd (CCCECRL) akan menanggung kerugian secara bersama iaitu 50-50.

Malaysia bakal laksana rangkaian komunikasi LTE-R 4G sepanjang jajaran ECRL - Loke
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G di sepanjang jajaran East Coast Rail Link (ECRL).