KUALA LUMPUR: Kegiatan memburu saham murah membabitkan saham wajaran tinggi perkhidmatan kewangan mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada sesi dagangan Khamis walaupun Wall Street mempamerkan prestasi lemah semalaman, kata seorang penganalisis.
Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.17 mata kepada 1,415.42 daripada 1,414.25 penutup Rabu.
Indeks barometer dibuka 2.19 mata lebih baik pada paras 1,416.44.
Pergerakan harga di pasaran bagaimanapun menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 150 berbanding 129, manakala 203 kaunter tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan dan 65 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 181.42 juta unit bernilai RM66.72 juta.
Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street ditutup lemah kerana pelabur bimbang akan situasi First Republic Bank selain kesihatan keseluruhan sektor perbankan membayangi pendapatan kukuh daripada syarikat teknologi besar.
"Oleh itu, walaupun Nasdaq ditutup 55 mata lebih tinggi, Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) susut 229 mata dengan hasil 10 tahun AS meningkat lebih tinggi pada 3.445 peratus.
"Di pasaran tempatan pula, keseluruhan dagangan kekal hambar, disebabkan ketiadaan pemangkin baharu daripada jualan jelas bagi saham berkaitan kewangan dan tenaga," katanya kepada Bernama.
Justeru, beliau berkata Rakuten Trade berpendapat sentimen akan kekal berhati-hati walaupun terdapat beberapa aktiviti memburu saham murah akan muncul tidak lama lagi dan indeks dijangka berada dalam julat antara 1,410 dan 1,420 hari ini.
"Sementara itu, kebimbangan terhadap sektor perbankan AS terus menjejaskan harga minyak mentah dengan minyak mentah Brent susut ke bawah US$78 setong," tambahnya.
Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia - Maybank naik tiga sen kepada RM8.64 dan CIMB meningkat satu sen kepada RM5.06, manakala Public Bank dan CelcomDigi tidak berubah masing-masing pada RM3.89 dan RM4.40 dan Petronas Chemicals turun tiga sen menjadi RM7.12.
Bagi saham aktif, Classita dan Kronologi Asia masing-masing menambah 2.5 sen kepada 18.5 sen dan 61 sen, Vinvest naik setengah sen menjadi 20.5 sen dan Yong Tai meningkat 1.5 sen kepada 34 sen, manakala Star Media kerugian 1.5 sen kepada 60 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas memperoleh 2.17 mata kepada 10,394.25, Indeks FBMT 100 naik 2.91 mata menjadi 10,080.59, tetapi Indeks FBM Emas Syariah kehilangan 2.21 mata kepada 10,748.56.
Indeks FBM ACE pula meraih 17.20 mata pada 5,367.86, manakala indeks FBM 70 turun 18.47 mata kepada 13,540.25.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.07 mata kepada 171.55, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 32.71 mata kepada 15,524.75 dan Indeks Perladangan menokok 5.90 mata kepada 6,890.36.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023
Pergerakan harga di pasaran bagaimanapun menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 150 berbanding 129, manakala 203 kaunter tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan dan 65 yang lain digantung. - Gambar hiasan
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.