KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menambah portfolio kediaman mampu miliknya dengan melancarkan projek Intana Ria 3 di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
Ia dibina dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM78 juta di atas kawasan seluas 2.82 ekar dan harga bermula dari RM399,000 hingga RM423,000.
Projek kediaman 13 tingkat berkenaan mempunyai 200 unit dan berdekatan dengan rangkaian kejiranan dan kemudahan seperti sekolah, masjid, restoran, pusat perubatan dan pejabat kerajaan, malah tidak jauh dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penduduk juga mempunyai banyak pilihan hab pengangkutan seperti stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Kajang serta perkhidmatan bas RapidKL.
Jaringan akses ke Kuala Lumpur juga mudah melalui beberapa lebuh raya antaranya Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya MEX dan Lebuhraya Kajang-Seremban.
PKNS dalam satu kenyataan berkata, projek berkenaan merupakan fasa akhir kediaman Intana Ria yang dibina PKNS sejak 1998 di Bandar Baru Bangi.
Menurutnya, projek itu telah mula dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun membabitkan saiz binaan unit seluas 906.86 kaki persegi untuk Jenis A1 dan A2.
“Setiap unit mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik mandi dan peruntukan dua tempat letak kereta setiap satu.
“Direka bentuk dengan konsep ruang terbuka, setiap unit menawarkan fleksibiliti yang lebih luas kepada satu keluarga dari segi penggunaan ruang yang ditunjukkan menerusi susun atur ruang tau, ruang makan dan dapur yang luas,” kata kenyataan itu, baru-baru ini.
Dalam pada itu, kenyataan itu menambah, pintu masuk bilik dibina untuk menampakkan lebih privasi, selain pencahayaan semuala jadi dengan pengudaraan baik disepadukan melalui penempatan strategik tingkap di sekeliling unit, dengan siling yang tinggi.
“Antara lain, kediaman ini turut dilengkapi dengan kemudahan kolam renang, gimnasium luar, ruang solat, bilik bacaan.
“Ini termasuk dewan serbaguna dan taman permainan kanak-kanak yang boleh digunakan oleh semua penduduk bagi mengeratkan hubungan masyarakat setempat,” jelasnya.
Mereka yang ingin memiliki unit Intana Ria 3, boleh layari https://bit.ly/PKNSIntanaRia3 atau hubungi 03-5022 0189 atau WhatsApp 010-9280187.
Ehsan A Marisah
Wed Jan 18 2023
Upacara pelancaran projek Intana Ria 3 di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini. - Foto PKNS
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
Fenomena air pasang di Pelabuhan Klang terkawal
Sebanyak enam balai terlibat bagi pemantauan ini dan tumpuan adalah untuk melihat jika fenomena itu memberikan kesan signifikan kepada masyarakat setempat.
Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan fitnah
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Januari lepas.
Na'imah gagal tangguh sementara bayar RM313.82 juta kepada LHDN
Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid gagal menangguhkan sementara perintah supaya membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta kepada LHDN.
Tiga termasuk dua pegawai penguat kuasa, Pulau Pinang ditahan
Dua pegawai agensi penguat kuasa dan seorang warga Bangladesh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Terus perangi Rasuah, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta
Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.
Belanjawan 2025: RM150 juta kepada PBT dan JPS, RM600 juta kepada NADMA
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Sektor pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion peruntukan tertinggi dalam sejarah.
Kerajaan meluluskan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai - PM
Skim Pejabat Keluarga Tunggal telah diluncurkan untuk Zon Kewangan Khas Forest City bagi menggalakkan pengurusan dana Keluarga, kata PM Anwar Ibrahim
Belanjawan 2025: Ada ibu bapa warga emas? Ini manfaat membabitkan mereka
Belanjawan 2025 menaikkan bantuan bulanan untuk warga emas serta memperluaskan pelepasan cukai berkaitan penjagaan kesihatan dan sukan.
Kediaman mampu milik Intana Ria 3 di Bangi dilancar - PKNS
Ia dibina dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM78 juta di atas kawasan seluas 2.82 ekar dan harga bermula dari RM399,000 hingga RM423,000.