Kecanggihan teknologi seperti data raya dan kepintaran buatan akan mengubah ekonomi global melalui keupayaannya mempercepatkan inovasi, meningkatkan semula pertumbuhan produktiviti dan mewujudkan lebih banyak permintaan sofistikated.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim berkata kemunculan teknologi berkenaan akan mempercepatkan peningkatan industri bernilai tinggi, daripada kecanggihan pembuatan hingga perkhidmatan berteknologi tinggi, yang secara tradisinya menjadi kelebihan negara maju.
"Penyepaduan kecanggihan pembuatan dan perkhidmatan melalui Internet Kebendaan (Internet of Things) ketika ini adalah penguasaan negara maju, yang menyumbang kepada 20 syarikat paling terkemuka dalam bidang teknologi.
"Memandangkan kecanggihan teknologi terus meningkatkan kemampuan produk akhir, perluasan pasaran pengguna di negara pesat membangun dilonjakkan lagi oleh peningkatan pendapatan serta dinamisme negara maju dan pesat membangun.
"Inilah prospek positif bagi negara-negara ini," katanya dalam ucapan di Seminar Perbankan Antarabangsa G30 Tahunan kali ke-31 pada Ahad.
Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini hari ini.
Seminar itu berlangsung di luar Mesyuarat-mesyuarat Tahunan Dana Kewangan Antarabangsa-Bank Dunia di Washington DC, Amerika Syarikat.
Muhammad berkata pembuat dasar mungkin perlu membangunkan sistem pengawalseliaan baharu yang fleksibel untuk menyesuai, selain kukuh dalam menguruskan kecanggihan teknologi yang pesat.
Kewujudan persekitaran yang boleh mempercepatkan kebangkitan 'ekonomi sebenar baharu' merupakan cabaran segera kepada pembuat dasar, katanya.
"Daripada perspektif pasaran pesat membangun, aspek penting di sini adalah ketersediaan infrastruktur, yang cenderung ke arah ekonomi baharu.
"Mengikut senario baharu tersebut, kesalinghubungan maya bukan lagi satu aspirasi, tetapi sesuatu yang amat penting," kata Muhammad.
Gabenor berkata pengantaraan kewangan merupakan contoh yang baik bagaimana teknologi disruptif semakin mengubah landskap kewangan.
"Ketika ini, syarikat teknologi kewangan (fintech) adalah pesaing utama kepada bank-bank dan mencetuskan penilaian semula kepada sistem kewangan kita. 'Selfie pay' atau Pemeriksaan Identiti Secara Mudah Alih telah dilaksanakan secara langsung di negara-negara Eropah," katanya.
Berkaitan itu, beliau berkata, fintech dibangunkan seiring dengan perubahan tingkah laku dan keperluan pengguna, iaitu keutamaan bagi kepantasan, keselesaan, keselamatan serta kesepakatan.
"Oleh itu, pembuat dasar perlu memastikan pengawalseliaan adalah fleksibel, dan sepadan dengan risiko kecanggihan teknologi. Dasar-dasar juga tidak boleh mengekang pertumbuhan, dan masa yang sama, tidak menjejaskan ekonomi berdaya tahan," kata Muhammad. -Bernama
Bernama
Mon Oct 10 2016

Datuk Muhammad Ibrahim berkata kemunculan teknologi berkenaan akan mempercepatkan peningkatan industri bernilai tinggi. -Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

MUO lonjak bidang perancangan bandar - Nga
Kementerian komited untuk menambah nilai perancangan dan tadbir urus pembangunan dan operasi bandar melalui data raya yang lebih menyeluruh.

Manfaatkan teknologi terbaharu dalam penyampaian perkhidmatan - KSN
Penjawat awam perlu memanfaatkan teknologi seperti Internet Benda (IoT), data raya dan kecerdasan buatan (AI) yang akan secara langsung mengubah norma kerja mereka.

Kerajaan fokus tarik pelaburan bernilai tinggi bidang digital AI, data raya
Kementerian Komunikasi dan Digital memfokuskan usaha menarik pelaburan langsung asing dan domestik bernilai tinggi dalam bidang digital tertentu seperti kecerdasan buatan (AI) dan analitis data raya.

MAFS cuba wujudkan sistem data raya bekalan sayur tahun ini - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa pihaknya sedang berusaha gigih, cuba membangunkannya dalam tahun ini.

MAMPU komited usaha digitalisasi sektor awam melalui data raya
Projek itu melibatkan 22 produk data raya daripada 17 agensi dan kesemua produk data berkenaan telah pun siap dibangunkan.

Belanjawan 2021: Tun Mahathir, Tengku Razaleigh individu paling berpengaruh
Dr Mahathir dan Ku Li menguasai naratif Belanjawan 2021 dengan fokus kepada sidang media khas oleh keduanya pada 14 Disember lalu.

COVID-19: PKP itu maksudnya 'virus ikut kita' - Dr Dzulkefly
Semua pihak perlu berwaspada dengan penularan tinggi dalam komoniti dan tidak boleh mengambil mudah kebenaran merentas negeri yang diumum baru-baru ini.

Data raya bantu rancang operasi haji masa hadapan
Dengan perkembangan pesat data raya dalam ICT, Lembaga Tabung Haji (TH) tidak ketinggalan mengambil peluang untuk membuat penambahbaikan operasi hajinya setiap tahun.

Bidang keselamatan siber janji gaji lumayan
Pembangunan pesat teknologi di Malaysia tidak selari dengan jumlah pakar yang kita ada dalam bidang keselamatan siber di negara ini.

Profesional data diperlukan untuk data raya, pacu kemajuan ekonomi - MDEC
Ledakan maklumat ini memberi impak yang cukup drastik, perlu diuruskan dengan baik dan ianya kini komoditi baru yang memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.