KUALA LUMPUR: Kebangkitan semula gelombang jangkitan COVID-19 boleh melemahkan prospek ekonomi meskipun impaknya tidak seteruk yang dialami negara pada tahun lalu.
Ini mendorong Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 berkembang pada paras rendah dalam julat yang diunjurkan Kementerian Kewangan pada 5.5%.
Jumaat lalu, kerajaan mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara antara 5.5 hingga 6.5% tahun ini setelah negara menunjukkan tanda-tanda pemulihan melalui prestasi KDNK 2021 yang mencatat pertumbuhan 3.1%.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, unjuran tersebut juga adalah selari dengan unjuran oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, masing-masing pada 5.7% dan 5.8%.
Menurut firma itu, kes harian COVID-19 di Malaysia semakin meningkat sejak awal tahun ini, melonjak enam kali ganda berbanding akhir 2021.
Katanya, kes harian baru-baru ini mencecah sekitar 20,000 hingga 23,000 kes (11 hingga 14 Februari) menghampiri paras tertinggi tahun lalu sebanyak 24,600 kes yang direkodkan pada 26 Ogos 2021.
"Kebangkitan semula ini tidak dapat dielakkan disebabkan serangan Omicron (OWID menganggarkan kira-kira 80% daripada kes di Malaysia adalah daripada varian tersebut) di samping pembukaan semula ekonomi, yang juga mungkin diburukkan lagi oleh perayaan Tahun Baharu Cina.
"Dengan mengambil iktibar daripada pengalaman Omicron di peringkat global yang menyaksikan kes harian melonjak lebih 4 kali ganda daripada kemuncak 2021, tidaklah terlalu jauh untuk memberi amaran bahawa Malaysia boleh mencerminkan trajektori ini," jelasnya dalam laporan strategi dan ekonomi pada Rabu.
Bagaimanapun, HLIB mendapati, di sebalik lonjakan kes COVID-19, terdapat beberapa 'petunjuk keterukan' masih di dalam kawalan.
Kadar vaksinasi juga agak tinggi di Malaysia pada 98% orang dewasa (meningkat 57.1%) manakala 88.8% remaja dan vaksinasi kanak-kanak bermula awal bulan ini.
"Kes ICU baru-baru ini menyaksikan sedikit peningkatan - meningkat daripada paras terendah 81 kepada 94 antara 8 hingga 14 Februari, tetapi ini masih jauh lebih baik daripada 1,000 kes semasa gelombang antara Julai hingga September lalu.
"Paling penting, kadar kematian tidak mengalami peningkatan kerana kematian harian pada Februari kebanyakannya merekodkan digit tunggal walaupun kes harian hampir mencecah paras semasa gelombang maut Julai-September 2021 (purata kematian 230 sehari pada masa itu)," katanya.
Namun, menurutnya, meskipun terdapat peluang yang munasabah bahawa sekatan pergerakan boleh dielakkan, tetapi kemerosotan ekonomi masih boleh berlaku disebabkan sekatan kendiri orang ramai.
"Sekiranya gelombang Omicron di Malaysia berlalu dengan kesan ekonomi yang terhad (iaitu tiada sekatan pergerakan dilaksanakan), kami melihat kemungkinan peningkatan 2 kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) tahun ini.
"Tetapi, kami mengekalkan jangkaan akan berlaku 1 kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas pada suku keempat 2022," katanya.
Bagi pasaran ekuiti, HLIB berkata, indeks utama FBM KLCI telah mencapai sasaran 1,600 mata, sekali gus menjadikan profil risiko kepada ganjaran kurang menarik.
Indeks penanda aras telah melantun semula sebanyak 6% daripada paras terendah setakat tahun ini pada 1,509 mata pada 25 Januari lalu apabila Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini, tanpa perlu melakukan kuarantin wajib.
Selain itu, pengukuhan penanda aras ini juga mendapat sokongan daripada aliran masuk asing dalam pasaran tempatan.
"Kami terus menyokong pendekatan berorientasikan dagangan untuk 2022 - 'jual mengikut kekuatan' apabila melebihi 1,600 mata dan 'beli semasa lemah' apabila kurang daripada 1,500 mata," jelas firma itu.
Susulan cadangan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lalu mengesahkan cadangan pembukaan sempadan negara seawal 1 Mac depan tidak dapat dilaksanakan kerana belum ada perbincangan antara Kementerian Kesihatan dan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 untuk memutuskan perkara berkenaan. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Feb 17 2022
![Kebangkitan Omicron lemahkan prospek ekonomi, HLIB unjur KDNK 2022 pada 5.5% Kebangkitan Omicron lemahkan prospek ekonomi, HLIB unjur KDNK 2022 pada 5.5%](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644564212_MALAYSIA.jpg)
Kebangkitan semula gelombang jangkitan COVID-19 boleh melemahkan prospek ekonomi meskipun impaknya tidak seteruk yang dialami negara pada tahun lalu. -Gambar hiasan/Reuters
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732178919_JemaahHaji.jpg)
Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19 Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738568909_JapanChinaOutbreak.jpg)
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
![50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam 50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737971305_tbFlorentinoBatista.jpg)
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
![Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000 Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737631215_IswardiMorni.jpg)
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024 Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736938209_tbKiyomizuderatemp.jpg)
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
![Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71696078328_facemasks.jpg)
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
![Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736766153_TBTUNOPENG.jpg)
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
![Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736510687_ECRLtajakepukbat.jpg)
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
![hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736126144_TBHMPV.jpg)
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.