Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama Malaysia dijangka mendapat rangsangan daripada sektor pembuatan, kata Standard Chartered Research.
Firma penyelidikan itu berkata Jabatan Perangkaan akan mengeluarkan data suku pertama KDNK pada 19 Mei.
"Kami mengunjurkan pertumbuhan KDNK pada 4.9 peratus tahun ke tahun, lebih tinggi berbanding 4.5 peratus pada suku keempat 2016," kata firma itu dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Pertumbuhan pengeluaran perindustrian kukuh pada suku pertama dengan sektor pembuatan berkembang 5.6 peratus tahun ke tahun berbanding 5.0 peratus pada suku keempat, atas sokongan permintaan kukuh terhadap elektronik.
"Eksport meningkat pada awal 2017 berikutan permintaan kukuh di rantau ini, dipacu terutamanya daripada penambahan semula inventori China, serta harga komoditi tinggi," kata Standard Chartered Research.
Bagaimanapun, firma penyelidikan itu berkata import negara mencatatkan pertumbuhan kukuh yang agak mengejutkan berikutan peningkatan import barangan modal yang membawa kepada pengecilan sedikit lebihan perdagangan, yang mungkin memberi kesan kepada pertumbuhan KDNK.
Sementara itu, Standard Chartered Research juga menjangkakan inflasi indeks harga pengguna Malaysia (IHP) mungkin susut pada April.
Jabatan Perangkaan akan mengeluarkan data IHP April pada 17 Mei.
"Kami menjangka inflasi berkurangan sedikit kepada 4.2 peratus tahun ke tahun daripada 5.1 peratus pada Mac.
"Kami juga menjangka Bank Negara Malaysia tidak akan mengambil kira peningkatan inflasi baru-baru ini yang didorong oleh langkah-langkah bekalan dan pentadbiran dan mengekalkan kadar dasar tidak berubah pada tiga peratus bagi 2017, di samping mengekalkan tumpuan terhadap inflasi teras dan pertumbuhan," kata firma itu.
--BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2017
Inflasi dijangka berkurangan sedikit kepada 4.2 peratus tahun ke tahun daripada 5.1 peratus pada Mac.- Gambar hiasan
'Permohonan maaf saya tak ada kaitan isu papan tanda, sebaliknya... '
Datuk Seri Tiong King Sing tampil menjelaskan permohonan maaf belieu kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini tiada kaitan dengan isu papan tanda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
KKM akan terus meneliti cadangan kerja syif 45 jam seminggu
Proses libat urus dengan semua pihak berkepentingan perlu diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan berkenaan tempoh bekerja 45 jam bagi jururawat di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berbanding 42 jam dapat dimuktamadkan.
Imigresen Selangor tahan 119 PATI di Pandan Mewah
Seramai 119 warga asing ditahan kerana disyaki tidak mempunyai dokumen sah selain kesalahan imigresen di Pandan Mewah, Ampang pada Selasa.
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Bursa Malaysia melantun semula disokong aktiviti membeli saham berharga rendah
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.60 mata untuk ditutup kepada 1,604.04 daripada paras 1,592.44 pada Jumaat minggu lepas.
Pertumbuhan KDNK negara dijangka melebihi 5% pada 2024 - Maybank IB
Walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan luaran tetapi permintaan dalam negeri yang kukuh akan mengimbangi risiko.
Inflasi Malaysia diunjur cecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025
Inflasi Malaysia diunjurkan mencecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025, dengan mengambil kira langkah dasar domestik yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025.
Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus
Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit berada di bawah paras 1,600
Bursa Malaysia mencatatkan penurunan hari ini dengan indeks utama ditutup pada paras terendah intra hari berikutan ketiadaan pemangkin belian di tengah-tengah kelemahan pasaran serantau ekoran.
Pengukuhan ekonomi Suku-3 letak Malaysia di landasan pertumbuhan 4.8-5.3 peratus pada 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia.
MIDF Amanah unjur pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia pada 5.3 peratus
KDNK Malaysia bagi suku ketiga 2024 dijangka berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun dipacu oleh pertumbuhan berterusan penggunaan domestik.
Tema APEC 2024 selaras dengan tema 'Keterangkuman dan Kelestarian' ASEAN 2025
Tema AELW 2024, "Empower, Include, Grow", selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.
Bursa Malaysia ditutup rendah, cerminkan sentimen serantau lemah
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal.