KUALA SELANGOR: Kerajaan optimis keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara bagi suku ketiga tahun ini akan menunjukkan pertumbuhan yang kukuh berdasarkan beberapa petunjuk ekonomi semasa yang positif setakat ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata keyakinan itu selari dengan kadar pengangguran yang mencatatkan penurunan kepada 3.7 peratus pada Julai, berbanding 3.8 peratus sebelumnya.
Beliau berkata kadar itu juga adalah lebih baik berbanding semasa tempoh pandemik iaitu dalam lingkungan 5.3 peratus pada Mei 2020.
"Ini menunjukkan trend yang bagus, selari dengan pertumbuhan ekonomi yang masih lagi menunjukkan pertumbuhan positif," katanya.
"Seperti yang kita sedia maklum, pertumbuhan KDNK pada suku kedua 2022 menunjukkan pertumbuhan cemerlang berbanding unjuran sebelum ini iaitu 8.9 peratus," katanya kepada media selepas melancarkan Majlis Perasmian Program Karnival Gegar Kerjaya 2022, di sini, hari ini.
Tengku Zafrul berkata bagi pembentangan Belanjawan 2023 pada 7 Okt nanti, kerajaan akan menumpukan kepada empat isu utama iaitu rakyat, perniagaan, ekonomi dan kerajaan.
"Kita mahu 2023 menjadi tahun kita nak buat a lot of reform (banyak pembaharuan).
"Bagi ekonomi global pada 2023 yang dijangka lebih mencabar, negara kita harus lebih bersedia untuk melakukan langkah yang betul dan unjuran ekonomi pada tahun hadapan adalah bergantung kepada keadaan ekonomi global," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2022
Tengku Zafrul berkata, keyakinan itu selari dengan kadar pengangguran yang mencatatkan penurunan kepada 3.7 peratus pada Julai, berbanding 3.8 peratus sebelumnya. - Gambar fail/Astro AWANI
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Bursa Malaysia melantun semula disokong aktiviti membeli saham berharga rendah
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.60 mata untuk ditutup kepada 1,604.04 daripada paras 1,592.44 pada Jumaat minggu lepas.
Pertumbuhan KDNK negara dijangka melebihi 5% pada 2024 - Maybank IB
Walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan luaran tetapi permintaan dalam negeri yang kukuh akan mengimbangi risiko.
Inflasi Malaysia diunjur cecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025
Inflasi Malaysia diunjurkan mencecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025, dengan mengambil kira langkah dasar domestik yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025.
Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus
Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit berada di bawah paras 1,600
Bursa Malaysia mencatatkan penurunan hari ini dengan indeks utama ditutup pada paras terendah intra hari berikutan ketiadaan pemangkin belian di tengah-tengah kelemahan pasaran serantau ekoran.
Pengukuhan ekonomi Suku-3 letak Malaysia di landasan pertumbuhan 4.8-5.3 peratus pada 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia.
MIDF Amanah unjur pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia pada 5.3 peratus
KDNK Malaysia bagi suku ketiga 2024 dijangka berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun dipacu oleh pertumbuhan berterusan penggunaan domestik.
Tema APEC 2024 selaras dengan tema 'Keterangkuman dan Kelestarian' ASEAN 2025
Tema AELW 2024, "Empower, Include, Grow", selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.
Bursa Malaysia ditutup rendah, cerminkan sentimen serantau lemah
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal.