Malaysia mampu mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar melebihi lima peratus tahun ini meskipun unjuran semasa adalah antara 4.8 dan 4.9 peratus, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata walaupun perubahan kerajaan di negara lain mencetuskan rusuhan dan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan, ini tidak berlaku di Malaysia.
"Di Malaysia, peralihan berjalan lancar, dan kami dapat meneruskan projek-projek dan mengendalikan projek-projek yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu, dan kami boleh merumus strategi baharu atau menggunakan strategi lama yang digunakan sebelum ini," katanya pada sesi 'Masa Depan Malaysia dan ASEAN' yang berlangsung sempena Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN di Bangkok, Thailand.
Wartawan antarabangsa Bloomberg bagi Asia Tenggara, Haslinda Amin, menjadi moderator sesi berkenaan.
Mahathir berkata strategi lama yang digunakan sebelum ini, termasuklah dasar Pandang ke Timur, yang praktikal dan mesra kepada semua negara di dunia tanpa mengira ideologi politik mereka, dan tidak mengganggu hal ehwal dalaman negara lain kecuali mereka melakukan sesuatu yang salah .
Mengenai penyatuan fiskal, beliau berkata ia berjalan baik walaupun kerajaan dipertanggungjawabkan dengan hutang RM1 trilion.
"Kami masih dapat menjalankan urusan kerajaan dan membayar gaji seperti yang biasa lakukan," katanya.
Mengenai reformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), beliau berkata perubahan dalam sesetengah syarikat tidak dapat dielakkan dan perlu dibuat kerana mereka mengalami kerugian kerana diketuai individu yang ada kaitan dengan politik.
Berikutan kerajaan baharu sekarang, kebanyakan GLC diketuai oleh profesional dengan hanya satu atau dua ahli politik yang layak dilantik sebagai ahli lembaga, tetapi bukan sebagai ketua.
Mengenai sama ada kerajaan akan menggandakan pembayaran dividen daripada Petronas tahun depan, Mahathir berkata ia bergantung kepada berapa banyak keuntungan yang diperoleh.
Beliau berkata kerajaan juga sedang mengkaji untuk menambah baik prestasi GLC dengan mengubah struktur dan arah tuju mereka, menutup syarikat yang tidak diperlukan dan menjual sebahagiannya kepada sektor swasta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2019
![KDNK Malaysia boleh berkembang melepasi 5 peratus tahun ini - Tun Mahathir KDNK Malaysia boleh berkembang melepasi 5 peratus tahun ini - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561108086_TBtunM.jpg)
Kerajaan sedang kaji untuk menambah baik prestasi GLC dengan mengubah struktur dan arah tuju mereka. - foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720051183_tbNgaKorMing.jpg)
Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL
Mesyuarat Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) 2024 sebulat suara meluluskan Konsensus Kuala Lumpur pagi ini.
!['Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM 'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719994055_TBAnwarIbrahim.jpg)
'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM
Selain aspek kecanggihan teknologi, pembangunan tidak boleh menyisihkan keperluan masyarakat dan ia perlu mempunyai rangka serta dasar yang jelas.
![Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719887508_MohamadHasan.jpg)
Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan lawatan tersebut juga tersebut juga adalah bersempena ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Republik Filipina.
![Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646604760_PheeJinqEn.jpg)
Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang
Phee Jinq mengambil keputusan untuk melupakan seketika kolam renang selepas kejayaan menyumbang pingat emas dan perak kepada kem negara di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
![Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719578796_MalaysiaKorea.jpg)
Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala
Malaysia dan Korea Selatan mengadakan Mesyuarat Rundingan Dua Hala ke-9 Korea-Malaysia di Putrajaya pada Rabu (26 Jun), menurut Kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Trafik penumpang udara lonjak 12.2 peratus pada Mei - MAVCOM Trafik penumpang udara lonjak 12.2 peratus pada Mei - MAVCOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719313303_KLIA.jpg)
Trafik penumpang udara lonjak 12.2 peratus pada Mei - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia mencatatkan peningkatan ketara 12.2 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.0 juta menjelang Mei 2024.
![WEF #AMNC24: Malaysia-Indonesia wajar teroka peluang, perkukuh ekosistem syarikat pemula - Sandiaga WEF #AMNC24: Malaysia-Indonesia wajar teroka peluang, perkukuh ekosistem syarikat pemula - Sandiaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719383526_tbWEFDalian.jpg)
WEF #AMNC24: Malaysia-Indonesia wajar teroka peluang, perkukuh ekosistem syarikat pemula - Sandiaga
Malaysia dan Indonesia wajar meneroka peluang yang lebih besar dalam ekosistem pembangunan syarikat pemula (startup) di kedua-dua negara.
![Kerajaan perlu tingkatkan dasar, infrastruktur bagi integrasi TBB di ASEAN - Rafizi Kerajaan perlu tingkatkan dasar, infrastruktur bagi integrasi TBB di ASEAN - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716190780_RafiziRamli.jpg)
Kerajaan perlu tingkatkan dasar, infrastruktur bagi integrasi TBB di ASEAN - Rafizi
Kerajaan perlu mengamalkan pendekatan yang holistik terhadap dasar dan infrastruktur bagi meningkatkan bekalan tenaga boleh baharu (TBB) dan memastikan pembangunan mampan.