Perancis tidak mengamalkan sebarang langkah diskriminasi terhadap minyak sawit, malahan, negara Eropah itu bersedia untuk menimbang kemungkinan membangunkan agenda bersama dengan Malaysia mengenai isu berkaitan minyak sawit, kata Duta bagi Alam Sekitar, Jabatan Hal Ehwal Luar Negara Perancis, Xavier Sticker.
"Tiada larangan (terhadap minyak sawit) dikenakan, tidak ada pertimbangan untuk sebarang larangan. Perancis menentang sebarang langkah diskriminiasi terhadap mana-mana pertanian atau komoditi," katanya kepada Bernama dan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris semasa lawatan rasmi beliau ke Malaysia baru-baru ini.
Beliau berkata memandangkan Perancis mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam teknologi hijau, kelestarian dan penebangan hutan dan Malaysia terlibat secara langsung dalam perladangan dan industri sawit, kedua-duanya boleh menggabungkan pengalaman mereka untuk menangani isu itu.
"Kami sedang menimbang prospek kerjasama dengan Malaysia bagi memastikan enapcemar daripada kilang sawit boleh dikitar semula dan digunakan bagi pengeluaran tenaga...Ini boleh meningkatkan penggunaan biojisim sawit untuk menjadi aset tambahan bagi negara dan dalam masa yang sama, memastikan pelepasan gas rumah hijau yang kurang daripada komoditi itu.
"Ini bermakna lebih banyak sumber akan dijana bagi negara, (dan dengan) kurangnya pelepasan (gas rumah hijau), ini akan membantu ke arah pembangunan kelestarian bagi negara, planet bumi dan penduduk," katanya tanpa menyebut sebarang kerangka masa bagi kerjasama itu.
BACA: Kesatuan Eropah perlu haramkan mentega, bukan minyak sawit - Mah
Mengenai keputusan larangan biofuel berasaskan minyak sawit oleh Parlimen Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini, Sticker tidak memberikan jawapan secara langsung tetapi menegaskan Perancis menentang sebarang langkah diskriminasi terhadap mana-mana pertanian atau komoditi.
"Pada peringkat ini, sudah tentunya, EU perlu menyusun semula arahan tenaga boleh diperbaharui (RED), yang komited untuk mengurangkan pelepasan karbon sekurang-kurangnya 40 peratus menjelang 2030," katanya.
Beliau berkata Perancis tidak membantah biofuel generasi pertama yang ketika ini diguna pakai di EU, dan tidak ada masalah untuk mengekalkan maksimum tujuh peratus biofuel berasaskan tanaman dalam pengangkutan jalan raya dan kereta api.
"Apa yang penting sekarang adalah untuk meningkatkan paras (sumber boleh diperbaharui) dalam biofuel generasi kedua," katanya.
Walaupun Perancis menyokong mengguna pakai biofuel generasi kedua, di mana penggubal undang-undang EU mencadangkan sasaran pengangkutan bahan api boleh diperbaharui ditingkatkan kepada 12 peratus bagi 2030 daripada 10 peratus sekarang, Sticker berkata negara itu tidak mengurangkan penggunaan minyak sawit dalam makanan serta penggunaan perindustrian.
"Kami menggunakan secara konsisten komoditi itu dalam sektor perindustrian kami serta barangan pengguna," katanya.
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Perancis di Malaysia, sektor-sektor yang menggunakan minyak sawit adalah agro makanan,kimia, komestik serta tenaga (biofuel) dan dianggarkan 60 peratus import minyak sawit di Perancis adalah bagi tujuan teknikal dan perindustrian (terutamanya biofuel) dan 40 peratus bagi pengeluaran makanan.
Data itu juga menunjukkan eksport minyak sawit Malaysia ke Perancis meningkat dua kali ganda kepada 629 tan metrik pada 2017 daripada 303 tan metrik pada 2016, yang menyumbang enam peratus daripada jumlah import negara-negara Eropah, di mana Eropah, yang merupakan pengimport kedua terbesar Malaysia bagi minyak sawit, mengimport 1.99 bilion tan metrik pada 2017, daripada 2.06 bilion tan metrik pada 2016.
Sticker mengetuai delegasi yang terdiri daripada 30 wakil daripada kementerian Pertanian, Agro Makanan dan Perhutanan Perancis serta penyelidik minyak sawit ke Malaysia, di tengah-tengah kebimbangan dalam kalangan pekebun kecil minyak sawit Malaysia terhadap undian Parlimen EU baru-baru ini untuk menghentikan secara berperingkat penggunaan minyak sawit daripada 2021 dalam RED baharunya.
Keputusan akhir akan dibuat semasa mesyuarat tiga pihak bersama dengan Majlis EU dan Suruhanjaya Eropah.
Langkah penggubal undang-undang EU itu mencetuskan rasa tidak puas hati di Malaysia kerana cadangan larangan itu dianggap sebagai satu keputusan "tidak adil dan diskriminasi" yang boleh menjejaskan 650,000 pekebun kecil sawit dan masa depan berjuta-juta rakyat Malaysia yang bergantung kepada industri itu sebagai mata pencarian mereka.
Selain itu, di bawah langkah-langkah yang dirangka tersebut, hanya biofuel berasaskan sawit yang akan dihentikan secara berperingkat daripada campuran tenaga EU bermula 2021, manakala bahan api berasaskan tanaman lain akan dilarang pada 2030.
"Kami bersedia untuk mendengar dan memahami realiti, cabaran, serta pencapaian dalam bidang-bidang ini," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Jan 29 2018
Xavier Sticker (gambar) menegaskan Perancis menentang sebarang langkah diskriminasi terhadap mana-mana pertanian atau komoditi. - Twitter/@XavierSticker
AWANI Borneo [4/01/2025] – Perpaduan Di Sabah | Hujan Lebat & Angin Kencang | Rumah Runtuh
Tumpuan AWANI Borneo 4 Jan 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
- Pertahan semangat setia kawan, harmoni pelbagai kaum - Hajiji
- Amaran ribut petir di 9 negeri termasuk Sabah dan Sarawak
- Rumah runtuh, bedah siasat mangsa maut dilakukan Isnin depan
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Pertahan semangat setia kawan, harmoni pelbagai kaum - Hajiji
- Amaran ribut petir di 9 negeri termasuk Sabah dan Sarawak
- Rumah runtuh, bedah siasat mangsa maut dilakukan Isnin depan
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Individu tertua dunia, Itooka dari Jepun meninggal dunia pada usia 116 tahun
Seorang wanita Jepun yang dipercayai individu tertua di dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 116 tahun.
Semua mangsa nahas pesawat Jeju Air berjaya dikenal pasti
Daripada jumlah mangsa yang ditemukan, 103 diserahkan kepada keluarga masing-masing, manakala selebihnya ditempatkan di bilik mayat sebelum dihantar kepada waris.
SynBorneo Sustainable Farm cipta persekitaran biodiversiti lestari
SynBorneo Sustainable Farm di Lahad Datu telah menghasilkan transformasi amalan pertanian di Sabah dengan pendekatan pertanian sintropik sejak tahun 2023.
Kedudukan Sarawak di garis khatulistiwa jadi lokasi strategik
Kedudukan Sarawak yang terletak di garis khatulistiwa menjadikannya lokasi strategik untuk projek Aeroangkasa.
Solidariti Najib: 'Pusingan U' UMNO kecewakan akar umbi - Syed Ali
UMNO tiada alasan relevan untuk membatalkan perhimpunan solidariti tersebut kerana ia tidak terkait secara langsung dengan titah Istana Negara.
Bedah siasat mangsa maut dilakukan Isnin depan
Pihak Polis masih menjalankan siasatan berhubung insiden rumah runtuh Jalan Stampin Baru, di Kuching yang menyebabkan kematian seorang lelaki awal pagi Sabtu.
Zaidatul optimis KOM mampu selesaikan isu rekod kebangsaan tidak diiktiraf
Ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli optimis Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mampu menyelesaikan isu rekod kebangsaan diciptanya yang masih belum mendapat pengiktirafan Olahraga Dunia (WA).
Operasi mangsa jatuh tongkang ditangguh ekoran cuaca buruk
Operasi carilamat seorang warga emas yang terjatuh ke laut dari sebuah tongkang, Linau 27 di Perairan Muara Rejang memasuki hari ke-empat.
Amaran ribut petir di 9 negeri termasuk Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
Malaysia ketuai bantahan sekatan import minyak sawit
ANGKASA sudah mendapat kelulusan daripada Pakatan Koperasi Antarabangsa (ICA) berhubung permohonan mereka sebelum ini yang meminta supaya menjadi suara membantah sekatan import oleh EU itu.
Larangan EU ke atas minyak sawit tidak jejaskan FGV
Parlimen EU mengundi pada 17 Jan 2018 untuk melarang biofuel berasaskan minyak kelapa sawit menjelang 2021.
Kami tidak diskriminasi minyak sawit, sedia bekerjasama - Duta alam sekitar Perancis
Perancis tidak mengamalkan sebarang langkah diskriminasi terhadap minyak sawit, malahan, ia bersedia untuk menimbang kemungkinan membangunkan agenda bersama dengan Malaysia.
Biofutures International beli firma Biofuel Malaysia
Biofutures International Plc telah berjaya mengumpul 32.5 juta pound sterling melalui tawaran saham sempena cadangannya mengambil alih Platinum NanoChem Sdn Bhd.