Sekretariat Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) menggesa Kerajaan untuk mengkaji semula dengan teliti dari segi punca dan kesannya sebelum cadangan menutup atau menjual Syarikat Penerbangan Malaysia (MAB) dilaksanakan.
Presidennya, Ismail Nasaruddin juga menyeru agar Kerajaan mengenal pasti masalah sebenar dan melihat semula keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh pengurusan tertinggi.
Tegas Ismail, penjualan dan penutupan aset negara itu bukanlah langkah penyelesaian terbaik, sebaliknya ia boleh menyebabkan hampir 14,000 kakitangan Malaysia Airlines ketika ini bakal kehilangan kerja.
“Sebelum kerajaan mahu tutup MAS, kaji dari semua segi dan kenal pasti dari mana masalah itu datang.
“Dahulu kata disebabkan pekerja, apabila ramai diberhentikan, MAS tetap mencatat kerugian. NUFAM pernah kata dulu jangan salahkan pekerja kerana ada syarikat penerbangan mempunyai berbelas ribu pekerja namun tetap mencatatkan keuntungan.
“Perkara perlu dilihat adalah pengurusan tertinggi. Adakah mereka betul-betul boleh pegang jawatan itu dan adakah mereka benar-benar menjalankan tugas dengan sebaiknya" katanya dalam satu siding media hari ini.
BACA: Kerajaan tutup atau jual MAS? Ini penjelasan Tun Mahathir
Tambah Ismail, NUFAM pernah berkongsi idea dengan kerajaan sebelum ini berhubung pilihan yang boleh diambil untuk menyelamatkan Malaysia Airlines namun cadangan mereka tidak dipedulikan.
Tegasnya, NUFAM sedia untuk terus berkongsi idea kerana Malaysia Airlines sebenarnya sebuah syarikat yang mampu menjana keuntungan jika diuruskan dengan lebih baik.
Pada Selasa, Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengkaji pelbagai pilihan sebelum membuat keputusan mengenai masa depan syarikat penerbangan negara.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ia susulan kerugian yang dihadapi Malaysia Airlines sejak beberapa tahun lalu sekaligus menjadi penyumbang kepada susut nilai Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).
Azyyati Ahmad
Wed Mar 13 2019
![Kaji pengurusan tertinggi MAB, sebelum buat keputusan - NUFAM Kaji pengurusan tertinggi MAB, sebelum buat keputusan - NUFAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41552478421_Ismail.jpg)
Tambah Ismail, NUFAM pernah berkongsi idea dengan kerajaan sebelum ini berhubung pilihan yang boleh diambil untuk menyelamatkan Malaysia Airlines namun cadangan mereka tidak dipedulikan.
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
Romi, robot khas tangani depresi
Syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nevada by Mixi Incorporation memperkenalkan rekaan robot yang berfungsi untuk menangani masalah kemurungan atau depresi. Robot yang dikenali sebagai Romi Lacatan itu mempunyai multi-fungsi yang dicipta khas dengan menggabungkan elemen dalam rumah memastikan ia berkomunikasi menggunakan empati serta berkomunikasi secara semula jadi.
China berhubung rapat dengan WHO
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Guo Jiakun, berkata, Kerajaan China memandang serius kesihatan rakyat dan warga asing di negara itu.
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah mengeluarkan perintah tangguh sementara, penggantungan prosiding secara peruntukan, yang menjadikan semua langkah berkaitan perjanjian itu jeda sehingga keputusan muktamad dicapai.
Kerajaan sedang teliti RUU digital tangani 'scam'
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda rang undang-undang berkaitan kuasa digital bagi mengawal media sosial dalam menangani scam atau penipuan dalam talian.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lain memasukkan syarikat telekomunikasi sebagai antara pihak yang bertanggunjawab untuk mengekang jenayah berkenaan dengan dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
KPKM nafi dakwaan harga belian diturunkan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah).
Empat PPS dibuka di Kota Tinggi
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Tinggi Johor.
CEO syarikat penyiaran antara 5 ditahan kes ubah wang haram
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
[TERKINI] Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut.
![Kaji pengurusan tertinggi MAB, sebelum buat keputusan - NUFAM Kaji pengurusan tertinggi MAB, sebelum buat keputusan - NUFAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41552478421_Ismail.jpg)
Kaji pengurusan tertinggi MAB, sebelum buat keputusan - NUFAM
NUFAM menggesa Kerajaan untuk mengkaji semula cadangan menutup atau menjual Syarikat Penerbangan Malaysia (MAB).
![Keluarga masih ingin tahu apa berlaku kepada MH370 - Nufam Keluarga masih ingin tahu apa berlaku kepada MH370 - Nufam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41438592171_950x600.jpg)
Keluarga masih ingin tahu apa berlaku kepada MH370 - Nufam
Ahli keluarga kru dan penumpang pesawat malang itu masih inginkan jawapan apa yang berlaku pada tarikh hitam berkenaan.
![NUFAM ancam mogok terhadap MAS jika tidak ambil kakitangan bekerja NUFAM ancam mogok terhadap MAS jika tidak ambil kakitangan bekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/41432786947_295x200.jpg)
NUFAM ancam mogok terhadap MAS jika tidak ambil kakitangan bekerja
Presiden NUFAM memberi amaran bahawa mogok tersebut akan berterusan sehinggalah syarat-syarat yang diminta membuahkan hasil.
![MAS tidak profesional sasarkan Nufam dalam pemberhentian kerja - Nufam MAS tidak profesional sasarkan Nufam dalam pemberhentian kerja - Nufam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/51369062611_295x200.jpg)
MAS tidak profesional sasarkan Nufam dalam pemberhentian kerja - Nufam
Nufam mendakwa ia menjadi sasaran MAS untuk diberhentikan kerja, ekoran lantang bersuara mengenai penstrukturan semula syarikat penerbangan itu.