KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran dijangka turun antara 3.5 peratus dan 4.0 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus pada Disember 2020, didorong terutamanya oleh inisiatif kerajaan di bawah inisiatif Belanjawan 2021, demikian menurut Public Investment Bank.
Ini akan didorong lagi oleh peningkatan jumlah tenaga kerja yang lebih tinggi daripada jangkaan, katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
"Kadar pengangguran yang berakhir pada 4.8 peratus pada Disember 2020, mungkin lebih rendah sekiranya bukan kerana peningkatan jumlah tenaga kerja yang lebih perlahan daripada jangkaan yang mencapai 15.9 juta, penambahan hanya 101,000 untuk tahun berkenaan dibandingkan dengan 338,000 secara purata sejak tiga tahun lepas (2017-2019).
"Tahun 2021 mungkin menyaksikan peningkatan jumlah tenaga kerja yang lebih besar daripada biasa sebanyak 575,000 hingga 16.5 juta, salah satu faktor penggerak yang akan mendorong kadar pengangguran menjadi lebih rendah pada 2021," katanya.
Menurut Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran Malaysia meningkat kepada 4.5 peratus tahun lepas, kadar tertinggi dicatatkan sejak tahun 1993.
Bank pelaburan itu berkata pemacu penting yang lain akan datang daripada inisiatif awam-swasta untuk mewujudkan 160,000 pekerjaan baharu tahun ini yang akan dicapai, antaranya, menerusi peningkatan kemahiran.
Ia menambah ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2021 untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan baharu termasuk 50,000 peluang pekerjaan kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan.
"Kerajaan komited untuk membelanjakan RM7 bilion melalui inisiatif seperti pengembangan kemahiran, pengambilan dan latihan semula program yang akan menjadi kunci untuk mencapai matlamat pewujudan pekerjaan untuk tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 24 2021
Menurut Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran Malaysia meningkat kepada 4.5 peratus tahun lepas, kadar tertinggi dicatatkan sejak tahun 1993. - Gambar hiasan
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.