Kadar inflasi dijangka kekal terurus pada paras antara 2.0 dan 2.5 peratus bagi tahun ini berbanding 2.1 peratus pada 2015 dengan tekanan lemah terhadap inflasi.
Menurut RHB Research Institute, tekanan berkemungkinan berkurangan dengan harga tenaga dan komoditi yang terus rendah, serta kelembapan permintaan dalam negeri.
"Perbelanjaan pengguna perlahan, kelembapan dalam sektor hartanah dan peningkatan hutang isi rumah, mungkin akan memberi kesan terhadap tekanan inflasi pada masa hadapan," menurut firma penyelidikan itu dalam nota hari ini.
RHB Research menjangkakan pelarasan harga dan kelemahan kadar pertukaran ringgit mungkin menaikkan harga barangan yang diimport dan memberikan tekanan ke atas inflasi tahun ini.
Akhir moratorium ke atas margin keuntungan berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan juga dijangka memberi tekanan harga ke atas barangan dan perkhidmatan pada separuh kedua tahun 2016.
Sejak akhir 2015, harga runcit bahan api dalam negeri menyaksikan penurunan ketara, kira-kira 18 hingga 29 peratus pada suku pertama tahun ini.
Tetapi, pemulihan harga minyak global kepada lebih US$40 setong telah menyebabkan kenaikan 5.1 hingga 14.8 peratus harga bahan api dalam negeri pada April.
Jumaat lepas, kata Jabatan Perangkaan mengumumkan Indeks Harga Pengguna (IHP), yang digunakan untuk mengukur inflasi, meningkat daripada 2.6 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun pada Mac kepada 2.1 peratus pada April, peningkatan tahunan yang paling perlahan sejak Mei tahun lepas.
Ini disebabkan oleh penurunan meluas dalam inflasi harga barangan utama disebabkan oleh kesan asas kecuali pengangkutan, yang menyaksikan kenaikan 10-20 sen dalam harga runcit bahan api runcit.
Sementara itu, Kenanga Research mengekalkan unjuran purata inflasi 2016 pada 2.6 peratus, tetapi mengakui risiko kepada jangkaan disebabkan pengaruh permintaan yang lemah.
"Unjuran itu mengandaikan harga Brent Crude mengakhiri tahun ini pada US$47 setong. Oleh itu, risiko akan condong ke bawah jika harga minyak jatuh daripada sasaran.
"Walaupun Brent Crude kini kurang sedikit daripada US$50 setong, risiko menurun kekal setelah pasaran dan sentimen akan berkemungkinan mempengaruhi arah harga," katanya.
Bernama
Mon May 23 2016
Sejak akhir 2015, harga runcit bahan api dalam negeri menyaksikan penurunan ketara, kira-kira 18 hingga 29 peratus pada suku pertama tahun ini. - Gambar fail
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit berkurangan kepada 4.7870/7930 berbanding dolar AS daripada 4.7850/7890 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks Harga Pengguna rekod peningkatan perlahan 1.5 peratus
Indeks Harga Pengguna (IHP) terus merekod peningkatan pada kadar perlahan 1.5 peratus pada November 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.9 berbanding 129.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Inflasi April perlahan pada 3.3 peratus
Kenaikan inflasi di Malaysia kekal didorong Restoran dan Hotel (6.6 peratus) dan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (6.3 peratus).
Harga makanan siap dimasak catat penurunan pada Feb, harga sayur meningkat - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan harga makanan siap dimasak di kedai atau restoran telah mencatatkan penurunan bagi bulan Februari tahun ini.
Inflasi Malaysia kekal 3.7 peratus pada Feb 2023 - Perangkaan
Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi bulan Februari 2023 kekal pada 129.8 atau 3.7 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS meskipun data IHP AS lemah
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.3570/3620 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.3455/3495.
IHP: Inflasi makanan meningkat 4.0 peratus - Ketua Perangkawan
Kenaikan inflasi makanan, yang merupakan komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.
Pelbagai faktor pengaruhi kadar inflasi 2022, diunjur menyederhana sekitar 2.1-2.5%
IHP yang mengukur inflasi utama, mencatat peningkatan 3.3% kepada 124.0 pada November 2021, daripada 120.0 setahun lalu.
Indeks Harga Pengguna meningkat 2.9 peratus - Mohd Uzir
Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, peningkatan itu dipacu sektor pengangkutan yang tumbuh 11.3 peratus.
Inflasi kekal positif lima bulan berturut-turut, meningkat 3.4% pada Jun
Indeks Harga Pengguna (IHP) yang merupakan penanda aras kepada inflasi negara menunjukkan peningkatan 3.4% pada bulan Jun 2021