KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi bulan Februari 2023 kekal pada 129.8 atau 3.7 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata kenaikan inflasi di Malaysia pada Februari 2023 kekal didorong oleh restoran dan hotel (7.4 peratus) dan makanan dan minuman bukan alkohol (7.0 peratus).
Namun begitu, peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan pengangkutan iaitu 3.7 peratus berbanding Januari 2023 (4.0 peratus) sedikit sebanyak telah mengimbangi inflasi daripada terus meningkat.
"Selain itu, kenaikan inflasi di Malaysia turut didorong oleh kenaikan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.4 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.5 peratus) dan kesihatan (1.8 peratus)," katanya.
Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan masing-masing merekodkan peningkatan 1.7 peratus, manakala pendidikan mengembang 1.6 peratus, kedua-dua minuman alkohol dan tembakau serta pakaian dan kasut, masing-masing meningkat sebanyak 0.8 peratus dan 0.4 peratus berbanding Februari 2022.
Mohd Uzir Mahidin turut menambah kumpulan makanan dan minuman bukan alkhohol yang menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan Indeks Harga Pengguna (IHP) merekodkan peningkatan 7.0 peratus (Januari 2023: 6.7 peratus).
Daripada 230 item makanan, sebanyak 203 item atau 88.3 peratus telah merekodkan kenaikan harga, katanya.
Beliau berkata komponen makanan di rumah yang menyumbang hampir 58 peratus daripada keseluruhan kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol mencatatkan peningkatan lebih tinggi kepada 5.8 peratus berbanding 5.1 peratus pada Januari 2023.
Namun begitu, komponen makanan di luar rumah telah mencatatkan kenaikan yang lebih rendah 8.9 peratus berbanding Januari 2023 (9.3 peratus), tambahnya.
"Antara makanan di luar rumah yang mencatatkan peningkatan lebih perlahan adalah sate iaitu 9.9 peratus, nasi campur, 9.1 peratus; nasi ayam, 7.8 peratus dan masakan berasaskan daging, 7.3 peratus.
Beliau seterusnya berkata untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan meredakan inflasi makanan di luar rumah, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Menu Rahmah pada 31 Jan 2023.
"Bagaimanapun, hujan lebat berterusan sejak akhir Disember 2022 hingga Februari 2023 di beberapa negeri telah mendorong kepada kenaikan harga makanan, terutamanya sayur-sayuran.
"Kesan daripada perubahan monsun ini, inflasi bagi subkumpulan sayur-sayuran telah mencatatkan peningkatan ketara kepada 5.8 peratus berbanding 1.0 peratus pada Januari 2023," katanya.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata inflasi teras yang mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan, tanpa mengambil kira harga makanan segar yang tidak menentu serta harga barangan kawalan oleh kerajaan mencatatkan peningkatan lebih perlahan 3.9 peratus tahun ke tahun pada Februari 2023.
Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu 7.6 peratus, jelas beliau.
Selain itu, kumpulan restoran dan hotel turut mencatatkan kenaikan 7.4 peratus, diikuti oleh pengangkutan (6.2 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.4 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.9 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023

Mohd Uzir berkata, kenaikan inflasi di Malaysia pada Februari 2023 kekal didorong oleh restoran dan hotel (7.4 peratus) dan makanan dan minuman bukan alkohol (7.0 peratus). - Fail/BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

5 risiko inflasi Malaysia 2025 yang anda perlu tahu
Beberapa faktor utama boleh mempengaruhi pergerakan inflasi, terutamanya dalam konteks rasionalisasi subsidi dan tekanan permintaan.

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.75 mata kepada 1,594.34 daripada 1,585.59 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.50 mata kepada 1,630.96 daripada 1,629.46 pada Jumaat lepas.

Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)

Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4250/4315 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4300 semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.