Kadar dividen 5.70 peratus bagi 2016 yang diisytiharkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah cukup baik meskipun berdepan keadaan ekonomi global yang amat mencabar pada tahun lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kebanyakan negara berdepan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, ketidaktentuan dan perubahan dasar serta kepimpinan di Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara lain pada 2016 yang membawa kesan kepada pelaburan global.
"Alhamdulillah, KWSP telah umumkan dividen sebanyak 5.7 peratus yang berjumlah RM37.08 bilion kepada pencarum bagi tahun 2016. Syabas kepada warga KWSP yang terus memastikan pulangan baik daripada pelaburan untuk manfaat hari tua pencarum," katanya dalam catatan terkini blog rasminya, hari ini.
Semalam, KWSP mengisytiharkan kadar dividen 5.70 peratus bagi 2016, dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM37.08 bilion.
Bagi 2016, amaun pendapatan yang diagihkan sebagai dividen adalah lebih tinggi daripada amaun yang diagihkan pada 2014 walaupun kadar dividen pada 2014 lebih tinggi pada 6.75 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2017

Semalam, KWSP mengisytiharkan kadar dividen 5.70 peratus bagi 2016, dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM37.08 bilion. - Gambar fail

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Suasana sambutan, kemeriahan di perantauan
Suasana sambutan Ramadhan bersama Aisyah Azra , Rakyat Malaysia di Doha.
Yakin Medic sedia tembusi pasaran Singapura, sasar IPO suku keempat 2025
Yakin Medic Sdn Bhd, penyedia terapi sel stem terkemuka negara, merancang penyeneraian tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Singapura pada suku keempat 2025 atau awal 2026.

Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.

Dividen yang kukuh bukti daya tahan KWSP - Amir Hamzah
Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh KWSP pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin.

Dividen KWSP: Berdosa jika degil
Pencarum KWSP beragama Islam digalakkan menukar daripada simpanan konvensional kepada syariah supaya 'simpanan' lebih bersih dan halal.

KWSP catat prestasi kukuh semasa pemulihan ekonomi, fokus terhadap bina semula simpanan ahli
KWSP isytihar dividen 6.10% untuk Simpanan Konvensional dan 5.65% Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM56.72 bilion.

Pelaksanaan i-Sinar, i-Citra tidak jejas prestasi KWSP
KWSP telah mempunyai perancangan dalam menguruskan kecairan aset serta aliran tunai organisasi itu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

Dividen KWSP: Kenapa dividen Syariah lebih rendah?
Buat pertama kali dalam sejarah, KWSP mengumumkan dua dividen berbeza. Tetapi mengapa dividen Simpanan Konvensional melebihi Simpanan Syariah?

Kadar dividen 5.70 peratus oleh KWSP cukup baik - PM Najib
Kadar dividen 5.70 peratus bagi 2016 yang diisytiharkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah cukup baik meskipun berdepan keadaan ekonomi global yang amat mencabar pada tahun lepas.

Bayaran Dividen KWSP 2000 - 2015
Berikut merupakan bayaran dividen KWSP sejak tahun 2000 hingga 2015.