Kabinet dijangka membincangkan hubungan perdagangan Malaysia dengan Korea Utara pada mesyuarat Jumaat ini berikutan peningkatan ketegangan antara kedua-dua negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Menteri Datuk Seri Ong Ka Chuan.
Ong, ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Inovasi T-Hub T-Sytems Malaysia di sini hari ini, berkata: "Saya fikir (Kabinet) akan membuat keputusan mengenai perkara ini (perdagangan)."
Agensi media melaporkan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu, yang menyebabkan Malaysia mengambil tindakan yang sama.
Ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tercetus susulan pembunuhan warga Korea Utara yang dilapor secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi negara itu Kim Jong-un pada 13 Feb lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa klia2.
Minggu lepas, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata tiada sekatan perdagangan telah dikenakan ke atas syarikat-syarikat Malaysia yang berminat menjalankan perniagaan dengan syarikat-syarikat Korea Utara atau di negara itu.
Ong berkata pada masa ini, perdagangan Malaysia dengan Korea Utara 'masih seperti sedia ada'.
"Pada masa ini masih seperti biasa atau perdagangan tetap seperti biasa melainkan Kabinet membuat keputusan baru," katanya.
Ketika ditanya sama ada terdapat banyak pelaburan oleh syarikat-syarikat Malaysia di Korea Utara, Ong menjawab: "Tidak juga"
"Korea Utara, kita (Malaysia) hanya mempunyai beberapa hubungan perdagangan. Mereka membeli minyak sawit dan bahan-bahan mentah kita. Itu sahaja. Kita tidak mempunyai kilang di sana," katanya.
Mengenai pelaburan Korea Utara di Malaysia, beliau berkata: "Tidak banyak. Mereka(warga Korea Utara) hanya peniaga, mereka hanya datang untuk membeli bahan mentah kita."
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2017

KA CHUAN: Kabinet dijangka membincangkan hubungan perdagangan Malaysia dengan Korea Utara pada mesyuarat Jumaat ini. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kabinet dijangka bincang hubungan dagangan dengan Korea Utara Jumaat ini
Kabinet dijangka membincangkan hubungan perdagangan Malaysia dengan Korea Utara pada mesyuarat Jumaat ini berikutan peningkatan ketegangan antara kedua-dua negara.

Bajet 2017: PKS Bumiputera masih jadi keutamaan - Ahmad Maslan
Kerajaan terus memberi komitmen kepada PKS bumiputera, yang menerima RM1.12 bilion atau 16.8 peratus daripada peruntukan RM6.65 bilion untuk pembangunan PKS.

5 fakta prestasi dagangan Malaysia 2015
Malaysia mencatatkan peningkatan positif dalam perdagangan luar bagi tahun 2015. Berikut adalah lima perkara mengenai prestasi positif yang direkodkan.

MCA alu-alukan Feng Yi dan Fu Wa
Malaysia telah mengekalkan hubungan yang baik dengan China untuk mengatasi lebih banyak cabaran dan halangan