SINGAPURA: Jumlah perdagangan Malaysia dan Singapura bagi 2022 dijangka mencecah S$150 bilion (S$1=RM3.21), kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Azfar Mohamad Mustafar.
Bercakap pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 dan Hari Malaysia ke-59 yang diadakan di sini pada Jumaat (9 Sept), beliau berkata bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan yang direkodkan adalah sebanyak S$90 bilion.
"Hubungan ekonomi kita adalah kukuh. Malaysia merupakan rakan dagang kedua terbesar Singapura, begitu juga Singapura adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia.
"Pada 2021, meskipun gangguan yang disebabkan pandemik COVID-19, jumlah perdagangan yang direkodkan adalah sebanyak S$128 bilion," katanya.
Azfar berkata Singapura juga merupakan pelabur asing kedua terbesar di Malaysia dengan pelaburan diluluskan bernilai US$12 bilion (US$1=RM4.49) tahun lepas.
Selain itu, katanya, hubungan antara rakyat kedua-dua negara ini juga terjalin kukuh sejak sekian lama.
"Ramai warga Malaysia dan Singapura mempunyai sanak saudara dan rakan-rakan yang bekerja, tinggal atau belajar di seberang tambak.
"Ikatan persahabatan dan persaudaraan yang erat dalam kalangan rakyat kita akan terus menjadi faktor penting membentuk teras hubungan dua hala kita," katanya.
Malaysia dan Singapura, katanya, juga bekerjasama dan berkongsi pandangan yang sama mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa.
"Malaysia komited bekerjasama dengan Singapura bagi memastikan perpaduan ASEAN.
"Malaysia juga komited untuk bekerjasama dengan Singapura, serta negara-negara lain, untuk mengekalkan keamanan serantau dan antarabangsa, keselamatan dan kestabilan, bagi memastikan keluhuran kedaulatan undang-undang, kebebasan perdagangan dan multilaterisme," katanya.
Azfar percaya hubungan Malaysia dengan Singapura akan terus bertambah erat dan berkembang kukuh.
Menurutnya, para pemimpin kedua-dua negara juga sentiasa mengadakan kunjungan rasmi antara satu sama lain.
"Para pemimpin kita akan terus mengukuhkan hubungan dua hala kita dan bagi tempoh berbaki 2022, banyak lawatan peringkat tinggi telah dirancang," katanya.
Majlis sambutan itu disokong oleh firma dan agensi Malaysia di sini termasuk MISC Bhd, Maybank, CIMB, dan EcoWorld, serta Causeway Links, Handal Indah, KTMB, Malaysia Airlines, Teleport, Sarawak Trade and Tourism Office Singapore dan Johor Economic Tourism and Cultural Office Singapore.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2022

Hubungan antara rakyat kedua-dua negara ini juga terjalin kukuh sejak sekian lama.

Apple labur US$500 bilion di AS dalam tempoh empat tahun di sebalik ancaman tarif Trump
Rancangan ini merangkumi pembinaan kilang di Texas, menggandakan Dana Pembuatan Termaju AS, penubuhan akademi pembuatan, mempercepatkan pelaburan AI dan kejuruteraan silikon.

1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.

Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.

Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.

EU digesa larang semua urus niaga dengan penempatan haram Israel
Lebih 150 organisasi hak asasi manusia, kesatuan pekerja dan kumpulan masyarakat sivil menggesa EU untuk mengharamkan perdagangan dengan penempatan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki.

Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.