BANGKOK: Jumlah perdagangan Malaysia dengan Thailand terus mencatatkan prestasi cemerlang dan mencecah RM112.42 bilion dari Januari hingga November tahun lepas, meningkat sebanyak 27.4 peratus dalam tempoh sama pada 2021.
Pesuruhjaya Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Bangkok, Mohamed Hafiz Md Shariff berkata dalam tempoh 11 bulan pertama 2022, lebihan dagangan antara Malaysia dan Thailand mengekalkan trajektori meningkat berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
"Eksport ke Thailand naik 28.4 peratus kepada RM60.77 bilion. Import dari Thailand turut meningkat sebanyak 26.2 peratus kepada RM51.64 bilion daripada RM40.92 bilion berbanding tempoh sama pada tahun lepas," katanya pada pelancaran Pavilion Halal Malaysia di Shopee Thailand melalui kerjasama dengan HYT Cross Border di Bangkok pada Rabu.
Dari Januari hingga November tahun lepas, Thailand disenaraikan sebagai rakan dagang ketiga utama Malaysia dalam kalangan negara-negara ASEAN, destinasi eksport keenam terbesar dan sumber import kelapan terbesar.
Sementara itu, Mohamed Hafiz mempelawa pengimport dan pengedar dari Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-19 yang akan diadakan dari 12-15 Sept ini.
Beliau berkata industri halal dilihat sebagai sektor pertumbuhan baharu berdasarkan potensi besar dalam pasaran ini berikutan peningkatan kemajuan umat Islam di seluruh dunia dan kesedaran yang meningkat telah mewujudkan permintaan yang tinggi untuk produk dan perkhidmatan halal.
Katanya peluang perniagaan bukan sahaja terhad kepada sektor makanan dan bukan makanan tetapi juga meliputi sektor perkhidmatan seperti kewangan dan perbankan, insurans, pendidikan dan latihan, penyelidikan, pensijilan, perundingan, logistik, penjagaan kesihatan dan pelancongan.
"Melihat kepada peluang yang luas dalam produk dan perkhidmatan halal, MATRADE berbesar hati untuk menjemput pengimport dan pengedar dari Thailand untuk menjadi sebahagian daripada MIHAS ke-19.
"MIHAS ke-19 akan memberi penekanan yang khusus kepada agenda membantu pemain tempatan dan antarabangsa melihat kepada inovasi dan inisiatif mampan untuk menerajui pertumbuhan kukuh bagi ekonomi halal.
"MIHAS tidak terhad kepada rantau ASEAN sahaja tetapi turut disokong di peringkat antarabangsa dengan penyertaan pavilion antarabangsa dari negara-negara di seluruh dunia, daripada suruhanjaya perdagangan hingga pelbagai agensi kerajaan serta daripada pemain industri hingga peneraju pasaran," katanya.
Beliau berkata pengedar dan pengimport juga boleh mengambil bahagian dalam Program Penyumberan Antarabangsa (INSP), sesi padanan perniagaan dan MIHAS connect, suite padanan perniagaan dibantu AI untuk pengunjung maya, memadankan peserta pameran yang berkaitan dengan pengunjung perdagangan.
"INSP akan menjadi saluran yang ideal untuk anda bertemu dengan pemain industri halal Malaysia selain mendapat maklumat mengenai perkembangan terkini dalam produk dan perkhidmatan halal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023

Menurut MATRADE, dalam tempoh 11 bulan pertama 2022, lebihan dagangan antara Malaysia dan Thailand mengekalkan trajektori meningkat berbanding tempoh sama pada tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA

1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.

Jumlah perdagangan Malaysia dengan Thailand cecah RM112.42 bilion pada Jan-Nov 2022
Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 27.4 peratus dalam tempoh sama pada 2021.