KUCHING: Jumlah dagangan Sarawak melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sedekad tahun lepas dengan mencatatkan prestasi luar biasa sebanyak RM217.2 bilion, menandakan pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 44 peratus.
Menurut laporan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Sarawak 2022 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), prestasi perdagangan negeri mengekalkan momentum pertumbuhannya pada 2022 dengan eksport, import dan lebihan perdagangan mencapai nilai tertinggi baharu.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin mengaitkan prestasi signifikan itu disebabkan oleh permintaan luar yang lebih tinggi dan harga komoditi yang kukuh.
"Eksport melonjak 50.3 peratus tahun ke tahun (y-o-y) kepada RM153.0 bilion, didorong oleh peningkatan eksport domestik yang meningkat sebanyak 51.6 peratus tahun ke tahun kepada RM151.7 bilion," katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa yang sama, eksport negeri itu juga dirangsang oleh eksport yang lebih tinggi ke Jepun yang meningkat sebanyak 71.3 peratus atau RM14.4 bilion.
China, Semenanjung Malaysia, Republik Korea dan India merupakan lima destinasi utama eksport Sarawak pada 2022.
"Eksport ke China meningkat RM5.8 bilion hasil eksport kukuh gas asli cecair (LNG), manakala eksport ke Semenanjung Malaysia meningkat RM5.7 bilion berikutan eksport petroleum mentah dan pembuatan produk logam yang lebih tinggi," katanya.
Begitu juga dengan eksport ke Korea yang berkembang sebanyak RM6.7 bilion disebabkan eksport LNG yang lebih tinggi, manakala eksport ke India juga mencatatkan peningkatan sebanyak RM4.7 bilion, disokong oleh permintaan kukuh untuk minyak sawit dan produk berasaskan sawit.
Tiga sektor yang mencatatkan pertumbuhan eksport dua angka ialah hasil galian (+71 peratus), barangan perkilangan (+32.5 peratus) dan produk pertanian (+24.9 peratus).
Pada tahun tersebut, eksport beberapa produk turut mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan, iaitu LNG (RM26.7 bilion); petroleum mentah (RM6.5 bilion); keluaran logam (RM5.3 bilion); minyak sawit dan produk berasaskan sawit (RM4.7 bilion); serta kondensat dan minyak petroleum lain (RM3.0 bilion).
Selari dengan prestasi eksport, import juga mencatatkan satu lagi pencapaian dengan pertumbuhan dua angka sebanyak 30.8 peratus tahun ke tahun kepada RM64.2 bilion.
Jumlah import Sarawak adalah terutamanya dari Semenanjung Malaysia (43.4 peratus, RM4.7 bilion), diikuti oleh China (19 peratus, RM3.8 bilion), Indonesia (5.5 peratus, RM1.6 bilion) dan Singapura (5.3 peratus, RM1.6 bilion).
Lebih separuh atau 54.3 peratus daripada jumlah import Sarawak adalah untuk barangan perantaraan (RM34.9 bilion), barangan penggunaan (18.5 peratus, RM11.9 bilion) dan barangan modal (13.1 peratus, RM8.4 bilion).
Peningkatan ketara dicatatkan dalam import produk kimia dan kimia yang meningkat sebanyak RM4.3 bilion, diikuti oleh produk petroleum (RM2.8 bilion); jentera, peralatan dan alat ganti (RM1.8 bilion); peralatan pengangkutan (RM1.3 bilion) serta bijih logam dan sekerap logam (RM1.1 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Mohd Uzir mengaitkan prestasi signifikan itu disebabkan oleh permintaan luar yang lebih tinggi dan harga komoditi yang kukuh. - Foto fail/Astro AWANI
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Damansara
Hasil siasatan awal mendapati identiti mangsa tidak diketahui identiti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.
“Tidak boleh bawa hal remeh yang boleh mengancam negara” - PM
Perdana Menteri bertegas mengambil peluang mengangkat martabat ekonomi negara dengan pengurusan ekonomi yang baik, meningkatkan usaha dan menjalinkan kerjasama.
“Mengaku kelemahan termasuk dalam kerajaan untuk membawa perubahan dan kebaikan untuk semua”katanya #AWANInews
“Mengaku kelemahan termasuk dalam kerajaan untuk membawa perubahan dan kebaikan untuk semua”katanya #AWANInews
Kes Puspakom: SPRM tahan 13 lagi pemeriksa kenderaan
Menurut sumber, semua suspek berusia antara 20 dan 40-an ditahan antara jam 1 dan 2 petang Selasa dan 10 pagi hingga 3 petang pada Rabu.
Kekuatan ekonomi bergantung pada kestabilan politik dan dasar yang jelas
Perdana Menteri berkata prasyarat utama untuk mengangkat kekuatan ekonomi juga keamanan, kestabilan politik, dasar yang jelas, dasar ekonomi yang dapat kekuatan melalui penglibatan sektor swasta dan kecekapan sektor awam.
#AWANInews
#AWANInews
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal dalam persekitaran peningkatan permintaan terhadap mata wang AS.
AWANI Pagi: Mahasiswa: Antara sibuk & produktif
Diskusi Awani Pagi 8.30 bersama Mahasiswa tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, Syed Mohamad Rafid Syed Ahmad Shafir mengenai nilai produktiviti golongan mahasiswa dan bagaimana aktiviti kokurikulum dapat menjadi kunci kepada pembinaan diri mahasiswa.
Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia
Lawatan ini juga diharap dapat memperkukuh lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara.
FEM2025: Charting Malaysia’s Path to Regional Leadership
Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) is the premier platform to chart Malaysia’s priorities and policies for 2025. Organised by the Government of Malaysia, this annual event will track the medium-term progress of the government’s initiatives and set the narrative for the coming year. With Malaysia assuming the chairmanship of ASEAN in 2025, "Seizing Malaysia’s Moment" recognises the country’s inherent strengths to seize the opportunities that lie ahead.
Piala EFL: Liverpool dimalukan Tottenham
Gol pertama Bergvall hadir ketika perlawanan berbaki empat minit, dengan mereka bakal buat perhitungan sekali lagi pada aksi separuh akhir kedua.
Israel terus bantai Gaza, puluhan lagi nyawa syahid
Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di sebuah rumah bertingkat di kawasan Sheikh Radwan di Gaza City.
Jumlah dagangan Sarawak 2022 catat nilai tertinggi baharu - Jabatan Perangkaan
Jumlah dagangan Sarawak melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sedekad tahun lepas dengan mencatatkan prestasi luar biasa sebanyak RM217.2 bilion.