KUALA LUMPUR: Jumlah dagangan Malaysia melepasi paras RM2 trilion buat pertama kalinya pada 2021 dengan peningkatan 24.9% tahun ke tahun berbanding penurunan 3.3% pada 2020.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, eksport naik 26.1% kepada RM1.2 trilion disumbangkan prestasi memberangsangkan bagi kedua-dua eksport domestik dan eksport semula.
“Eksport domestik melepasi paras satu trilion buat pertama kalinya, menokok 26.6% tahun ke tahun, manakala eksport semula meningkat 24.0% kepada RM229.0 bilion,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Uzir berkata, import pada 2021 turut mencatatkan pertumbuhan sebanyak 23.3% untuk mencapai nilai tertinggi RM987.3 bilion.
“Sementara itu, imbangan dagangan kekal dengan lebihan bagi tahun ke-24 berturut-turut sejak 1998 kepada RM253.7 bilion dengan kenaikan 38.4%," katanya.
Beliau berkata, kenaikan eksport didorong terutamanya oleh eksport yang lebih tinggi ke China dengan pertumbuhan 20.9% atau RM33.3 bilion berikutan eksport kukuh gas asli cecair, barangan perkilangan logam dan barangan elektrik dan elektronik (E&E).
Ia diikuti Amerika Syarikat (RM33.2 bilion), Singapura (RM31.8 bilion), Kesatuan Eropah (RM19.4 bilion), Vietnam (RM14.7 bilion), Jepun (RM13.3 bilion) dan Australia (RM10.1 bilion) berikutan peningkatan eksport barangan E&E.
Eksport ke India tumbuh 48.7% atau RM14.8 bilion susulan eksport yang kukuh bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.
Peningkatan import pula dipacu oleh import yang lebih tinggi dari China dengan nilai peningkatan RM56.8 bilion, yang didorong import yang lebih tinggi bagi barangan E&E serta kimia dan bahan kimia.
Ini diikuti Singapura (RM20.0 bilion, keluaran petroleum), Indonesia (RM19.4 bilion, arang batu), Kesatuan Eropah (RM17.7 bilion), Taiwan (RM17.2 bilion) dan Jepun (RM12.4 bilion) dengan masing-masing disokong oleh pertumbuhan eksport barangan E&E.
Import dari Thailand meningkat 32.3% atau RM11.1 bilion, disumbangkan oleh kenaikan import bagi kelengkapan pengangkutan.
Lonjakan peningkatan eksport pula diterajui oleh barangan E&E (RM69.7 bilion); keluaran petroleum (RM34.3 bilion); barangan perkilangan logam (RM24.7 bilion); minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (RM23.5 bilion) dan keluaran getah (RM20.3 bilion).
Ia disusuli oleh kimia dan bahan kimia (RM19.9 bilion); barangan perkilangan berasaskan minyak sawit (RM11.7 bilion) dan jentera, kelengkapan dan peralatan
(RM10.5 bilion).
Sementara itu, kenaikan ketara import dicatatkan oleh barangan E&E (RM61.5 bilion); keluaran petroleum (RM29.5 bilion); kimia dan bahan kimia (RM22.3 blilion); barangan besi dan keluli (RM8.8 bilion) serta jentera, kelengkapan dan peralatan (RM8.5 bilion).
Ini diikuti oleh import emas, bukan bentuk wang (RM8.1 bilion); barangan perkilangan logam (RM7.2 bilion); arang batu (RM7.0 bilion) dan keluaran getah (RM6.9 bilion). - DagangNews.com
Dagang News
Fri Jul 29 2022
Eksport negara meningkat 26.1% kepada RM1.2 trilion disumbangkan prestasi memberangsangkan bagi kedua-dua eksport domestik dan eksport semula. -Gambar fail/Dagang News
Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.
Malaysia persiapkan ASEAN untuk masa depan berdaya tahan dengan tema Pengerusian 2025
Tema Kepengerusian ASEAN 2025, "Keterangkuman dan Kelestarian" mencerminkan komitmen kolektif rantau ini untuk membentuk masa depan yang saksama dan berdaya tahan.
10 Berita Pilihan - (9 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.
Belia 4B tawar Mohd Ridhwan calon Presiden Majlis Belia Malaysia
Gerakan Belia 4B Malaysia mencalonkan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali untuk bertanding bagi jawatan Presiden dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia ke-73.
Tumpuan Jumaat – 10 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang maut, tiga parah dalam kemalangan di Gua Musang
Seorang maut manakala tiga parah selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Sungai Asap di Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.
Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa surat yang didakwa diterima Najib berhubung pemberian derma daripada Almarhum Raja Abdullah langsung tidak menyebut nama raja itu.
Bekas presiden MIC Subramaniam bakal terima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman
Bekas presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam bakal menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India esok.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Guna tenaga Bumiputera capai 9.8 juta pada 2023 - DOSM
Guna tenaga Bumiputera mencapai 9.8 juta pada 2023 dengan kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 67.2 peratus.
Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Malaysia mencatatkan 5.74 juta siswazah, meningkat 4.2 peratus dengan lebih dua pertiga bekerja dalam kategori Mahir pada 2023.
Ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Ekonomi Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh pada suku ketiga pertama 2024, berkembang 5.2 peratus dari Januari hingga September.
Inflasi November 2024 naik 1.8 peratus, harga ayam naik 50 sen
Purata harga Ayam standard di peringkat Semenanjung Malaysia pada November 2024 adalah RM9.69 sekilogram.
Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 - DOSM
NDKIP di Sabah merekodkan RM13.1 bilion pada 2023, disokong aktiviti perdagangan runcit serta perkhidmatan penginapan, makanan dan minuman.
Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.
Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM
Jurang purata gaji dan upah antara negeri masih melebar apabila Putrajaya merekodkan purata RM4,858 manakala Kedah mencatatkan purata RM2,859.
Kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak meningkat 21.1 peratus pada 2023
Kesalahan amang seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak pada 2023 mencatatkan peningkatan 21.1 peratus.
Pneumonia sebab kematian utama pada 2023 - DOSM
Pneumonia mengatasi penyakit jantung iskemik sebagai sebab kematian utama buat kali pertama dalam dua dekad, kecuali pada 2021 berikutan wabak COVID-19.
DOSM rai 75 tahun perkhidmatan statistik bersama rakyat
Sambutan ulang tahun ini melambangkan pencapaian penting sepanjang tiga suku abad DOSM berkhidmat kepada negara, menyajikan statistik yang mendalam mengenai ekonomi, sosial, dan budaya masyarakat.