KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) sedang mengambil tindakan segera untuk memastikan Projek Pakej D44 Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan (Pakej D44) bernilai RM393 juta yang sepatutnya siap pada Februari 2018, dapat disiapkan secepat mungkin.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata projek itu yang mula dibangunkan sejak 2014 mengalami kelewatan kerana syarikat kontraktor terlibat berdepan masalah.
"Namun, saya fikir pihak JPP dalam proses mengambil tindakan segera untuk memastikan bahagian-bahagian kritikal dapat disiapkan dengan segera dan saya juga akan tanya JPP bila ia dapat disiapkan," katanya selepas merasmikan pelancaran aplikasi ForestONE di pusat beli-belah 1 Utama di sini semalam.
Nik Nazmi berkata demikian sebagai mengulas perkembangan projek itu yang masih belum dapat disiapkan meskipun pihak kontraktor telah diberi pelanjutan masa hingga 22 Nov lepas untuk menyiapkan sepenuhnya kerja-kerja di tapak.
Projek Pakej D44 yang melibatkan JPP sebagai agensi pelaksana, adalah sebahagian daripada inisiatif River of Life Greater KL untuk meningkatkan kualiti air sungai dengan penumpuan kepada kawalan pencemaran kumbahan di kawasan tadahan pembetungan Bunus.
Skop projek itu termasuk mereka bentuk dan membina rangkaian paip pembetungan sepanjang 55 kilometer dan menaik taraf dua stesen pam utama di dua kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Mengenai cadangan beberapa pihak agar tarif air kembali disemak berikutan sudah lebih 20 tahun tiada kajian semula dibuat berhubung pelarasan tarif air, Nik Nazmi berkata perkara itu sudah dibawa ke Kabinet dan kini di bawah bidang kuasa Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.
Sementara itu, ditanya sama ada pembabitan syarikat lain yang menawarkan pembiayaan pakej pemasangan panel solar akan diperluaskan, Nik Nazmi berkata kementeriannya tiada halangan untuk mana-mana syarikat swasta berbuat demikian.
"Sekarang pasaran terbuka dan tiada yang boleh menghalang syarikat swasta ini untuk turut serta. Banyak sebenarnya syarikat swasta hari ini telah memberi fokus kepada peralihan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui selain soal kecekapan tenaga dan saya percaya ini akan berterusan," katanya.
Berhubung program ForestONE itu yang membolehkan orang ramai menanam pokok secara maya sebelum diterjemahkan kepada penanaman pokok sebenar, Nik Nazmi berkata ia pendekatan yang harus dicontohi terutama oleh pusat beli-belah baharu yang sedang dan bakal dibina.
"Ini mungkin boleh jadi satu standard untuk mereka yang lain sebab saya fikir ini juga antara perkara bukan sahaja diminta oleh pelabur tetapi juga pengguna yang mahukan pusat beli-belah lebih hijau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2023
![JPP sedang ambil langkah segera pastikan Projek Pakej D44 disiapkan JPP sedang ambil langkah segera pastikan Projek Pakej D44 disiapkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703302676_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Nik Nazmi berucap merasmikan pelancaran aplikasi ForestONE di pusat beli-belah 1 Utama di Petaling Jaya semalam.
--fotoBERNAMA
![Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737675403_TBTrumpPutin.jpg)
Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine
Ini merupakan perbualan rasmi pertama yang diakui secara terbuka antara pemimpin Rusia dan seorang presiden AS sejak awal 2022.
![Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739138214_Thaihostagesfreed.jpg)
Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan mereka disambut penuh emosi oleh ahli keluarga serta wakil kerajaan.
![HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739139377_tbStevenSimChee.jpg)
HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim
Beliau berkata jumlah kutipan levi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM2.1 bilion.
![Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739138601_HarithSamsuri.jpg)
Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi
Meskipun tewas kepada BG Pathum United dalam kelayakan ke separuh akhir ACC minggu lepas namun TFC bangkit menewaskan pasukan tuan rumah.
![MHO minta polis siasat skim pelaburan mesin layan diri sebabkan kerugian RM5.2 juta MHO minta polis siasat skim pelaburan mesin layan diri sebabkan kerugian RM5.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739114364_HishamuddinHashim.jpg)
MHO minta polis siasat skim pelaburan mesin layan diri sebabkan kerugian RM5.2 juta
Katanya, kebanyakan mangsa mengenali skim itu melalui laman sosial dan rakan, sebelum membuat pelaburan antara RM1,000 dan RM450,000 seorang.
![PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40 PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719606832_KPKT.jpg)
PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.
![Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739109227_HasbieMuda.jpg)
Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.
![Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739136954_kebakaranlimaruma.jpg)
Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru.
![Pakistan, OIC kecam Netanyahu atas cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi Pakistan, OIC kecam Netanyahu atas cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732972286_PakistansFinanceM.jpg)
Pakistan, OIC kecam Netanyahu atas cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi
Pakistan mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kerana mencadangkan agar sebuah negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi.
![Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia - Mohd Na'im Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739137046_peluangbelajardit.jpg)
Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia - Mohd Na'im
Permohonan dibuka sehingga 28 Feb, sekali gus memberikan peluang kepada pencinta ilmu di Malaysia untuk menyambung pengajian di Turkiye.
![JPP sedang ambil langkah segera pastikan Projek Pakej D44 disiapkan JPP sedang ambil langkah segera pastikan Projek Pakej D44 disiapkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703302676_NikNazmiNikAhmad.jpg)
JPP sedang ambil langkah segera pastikan Projek Pakej D44 disiapkan
Nik Nazmi berkata projek itu yang mula dibangunkan sejak 2014 mengalami kelewatan kerana syarikat kontraktor terlibat berdepan masalah.