ISKANDAR PUTERI: Jumlah pelaburan diterima Johor pada 2022 adalah RM70.6 bilion, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu pada Selasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Lee Ting Han berkata daripada angka tersebut RM58.78 bilion atau 83.26 peratus adalah daripada pelaburan asing, manakala RM11.81 bilion atau 16.74 peratus daripada domestik.
"Jumlah tersebut menunjukkan Johor telah menerima peningkatan drastik dan jumlah pelaburan yang tertinggi untuk tempoh sedekad yang lalu.
"Sepanjang tahun lepas juga negeri ini menerima 570 projek pelaburan dengan 16,762 peluang pekerjaan ditawarkan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Benut) pada persidangan DUN Johor di Kota Iskandar, di sini.
Hasni ingin mengetahui jumlah dan jenis pelaburan yang telah diterima Johor setakat ini dengan pecahan mengikut sektor.
Menurut Lee (BN-Paloh) sektor pelaburan telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu primer, pembuatan dan perkhidmantan.
"Nilai pelaburan bagi sektor primer tahun lepas adalah RM38.91 juta atau 0.06 peratus, manakala sektor pembuatan menerima RM14.58 bilion atau 20.65 peratus dan sektor perkhidmatan pula berjaya menerima nilai pelaburan tertinggi iaitu RM55.98 bilion atau 79.29 peratus.
"Tiga sektor tersebut juga dibahagikan kepada pelbagai subsektor. Sektor primer dibahagikan kepada dua subsektor iaitu pertanian menerima RM33 juta nilai pelaburan diikuti perladangan dan komoditi menerima RM5.89 juta," katanya.
Beliau berkata sektor pembuatan telah dibahagikan kepada 18 subsektor, dengan lima subsektor telah menerima nilai pelaburan tertinggi iaitu bahan kimia dan produk kimia dengan nilai RM5.2 bilion, peralatan saintifik dan pengukuran (RM3.65 bilion), elektrik dan elektronik (RM1.96 bilion), produk mineral bukan logam (RM736 juta), manakala tekstil (RM432 juta).
Sektor perkhidmatan pula dibahagikan kepada 10 subsektor, dengan lima subsektor menerima nilai pelaburan tertinggi iaitu maklumat dan komunikasi (RM51 bilion), utiliti (RM2.8 bilion), hartanah (RM1.1 bilion), perdagangan pengedaran (RM521 juta) dan perkhidmatan sokongan (RM317 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han ketika sesi soal jawab pada Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Ketua Menteri Pulau Pinang ketuai misi penggalakan pelaburan ke Jepun
Chow Kon Yeow mengetuai misi penggalakan pelaburan Pulau Pinang ke Jepun dari 16-22 Feb untuk memperbaharui dan mengeratkan hubungan dengan ibu pejabat korporat pelabur Jepun di negeri itu.

Meta dilapor merancang pembangunan robot
Terkini, Meta dilaporkan sedang merancang untuk memasuki kategori baharu, iaitu pembangunan robot berbentuk manusia.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.

Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza
Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha "menghalau" rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).