Kesatuan Minyak Sawit Lestari Itali mengenal pasti lima cabaran dalam menggalakkan budaya kelestarian bagi komoditi itu di Itali, yang termasuk kurangnya pengiktirafan ke atas produk mengandungi minyak sawit lestari yang diperakui.
Kesatuan itu berkata industri tersebut juga berdepan dengan kritikan terhadap minyak sawit oleh media dan ahli politik serta penggunaan meluas dakwaan "palm oil free" (tiada penggunaan minyak sawit); kurang perbincangan berdasarkan bukti saintifik dan perbahasan umum yang hanya menumpukan kepada aspek kesihatan dan pemakanan.
Daripada aspek pengguna, mereka kurang terlibat dalam isu penebangan hutan dan tidak mendapat maklumat yang betul mengenai adanya pensijilan lestari, kata kesatuan itu yang juga dikenali sebagai Unione Italiana Olio Di Palma Sostenibile, dalam laporan tahunan 2019.
Justeru itu, kesatuan tersebut berkata industri Itali perlu lebih banyak terlibat dalam proses mengesahkan kelestarian rantaian bekalan, terutamanya daripada sektor runcit menerusi produk jenama mereka sendiri.
Pada 2018, laporan itu mendedahkan 1.25 juta tan metrik minyak sawit digunakan di Itali yang mana 78 peratus bagi kegunaan teknikal perindustrian, 14 peratus dalam sektor makanan dan baki lapan peratus dalam sektor kosmetik dan penjagaan rumah.
Dianggarkan 92 peratus daripada minyak sawit yang digunakan di Itali datang daripada sumber lestari, dengan kira-kira 78 peratus diperakui oleh International Sustainability and Carbon Certification. Selebihnya diperakui Roundtable Sustainable Palm Oil (RSPO) Segregated (tujuh peratus), No Peat and No Exploitation atau NDPE (lima peratus) dan RSPO Mass Balance (tiga peratus).
Minyak sawit yang dihasilkan di Malaysia dan Indonesia juga tertakluk kepada pensijilan mengikut skim negara mereka masing-masing iaitu Indonesian Sustainable Palm Oil (ISPO) dan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Bagi sektor makanan, 64 peratus daripada minyak sawit digunakan diperakui RSPO, yang mana 45 peratus diperakui RSPO Segregated dan 19 peratus RSPO Mass Balance.
Baki 36 peratus adalah daripada rantaian bekalan yang memenuhi kriteria NDPE.
Ditubuhkan pada Oktober 2015, kesatuan itu dianggotai syarikat dan persatuan dalam industri makanan yang menyasar menggunakan atau membekalkan secara eksklusif 100 peratus minyak sawit lestari pada akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 08 2020
Dianggarkan 92 peratus daripada minyak sawit yang digunakan di Itali datang daripada sumber lestari, dengan kira-kira 78 peratus diperakui oleh International Sustainability and Carbon Certification. - Gambar hiasan
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Itali perlu kesedaran lebih tinggi tentang produk dengan minyak sawit lestari - Laporan
Itali perlu lebih banyak terlibat dalam proses mengesahkan kelestarian rantaian bekalan, terutamanya daripada sektor runcit menerusi produk jenama mereka sendiri.