Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited kumulatif keseluruhan RM172.51 bilion dari 2006 hingga Jun tahun ini, demikian kata Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) pada Khamis.
Daripada jumlah itu, 50 peratus atau kira-kira RM87.80 bilion adalah pelaburan yang telah direalisasi, katanya.
Ketua Eksekutif IRDA Datuk Ismail Ibrahim berkata pelabur tempatan menyumbang RM105.03 bilion (61 peratus) kepada pelaburan komited kumulatif keseluruhan itu manakala baki sebanyak RM67.48 bilion (39 peratus) datang daripada pelabur asing.
Beliau berkata untuk enam bulan pertama tahun ini, Iskandar Malaysia menerima pelaburan komited keseluruhan berjumlah RM14.38 bilion.
"Ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur terhadap Iskandar Malaysia ketika ia menuju ke arah objektif pembangunan jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu diedar pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara IRDA dan enam pihak berkepentingan lain dalam Iskandar Malaysia, selepas mesyuarat ke-17 IRDA yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di sini pada Khamis.
Ismail berkata Iskandar Malaysia terus memberi penekanan kepada pembangunan lestari merangkumi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar sambil memainkan peranan dalam menyumbang kepada matlamat negara maju dan berpendapatan tinggi, seiring objektif Rancangan Malaysia Ke-11.
IRDA ialah pihak berkuasa kawal selia yang diberi mandat merancang, mempromosi dan mempermudah pembangunan Iskandar Malaysia menjadi metropolis bertaraf antarabangsa yang kukuh dan mapan.
Meliputi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi, Iskandar Malaysia merupakan koridor pembangunan ekonomi di Johor selatan.
Bernama
Fri Jul 10 2015
Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited kumulatif keseluruhan RM172.51 bilion dari 2006 hingga Jun tahun ini. - Foto Facebook Iskandar Malaysia
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Iskandar Malaysia catat pelaburan direalisasi RM291.4 bilion sehingga kini
Kemajuan luar biasa itu menunjukkan Iskandar Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran pelaburan kumulatif RM636 bilion menjelang 2030.
Pulau Kukup akan dibuka semula kepada pengunjung selewat-lewatnya Mei ini - Exco
Pulau Kukup akan dibuka semula kepada orang ramai pada hujung bulan ini atau awal Mei depan setelah ditutup lebih empat tahun atas faktor keselamatan.
IRDA tetapkan sasaran pelaburan kumulatif baharu RM636 bilion menjelang 2030
Sejak penubuhan pada 2006 hingga Sept 2023, Iskandar Malaysia merekodkan jumlah pelaburan terkumpul RM409.5 bilion, melebihi sasaran awal.
SFZ, SEZ bakal jadi pemangkin ekonomi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata, SEZ Johor-Singapura mampu menjadikan Johor seperti bandar raya Shenzhen di China, yang berkembang maju selepas empat dekad menjadi SEZ.
Pelaburan di Iskandar Malaysia bukti pelabur asing semakin yakin
Menurut perdana menteri, lebih RM10 bilion bakal dijana oleh pelabur asing di Iskandar Malaysia untuk pembangunan pusat data.
BRT Iskandar Malaysia akan lalui ujian rintis selama tiga bulan - IRDA
Projek Bas Alihan Cepat Iskandar Malaysia (IMBRT) akan mencapai fasa seterusnya yang melibatkan program ujian rintis selama tiga bulan.
Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan
Projek-projek bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi akan diteruskan pada tahun 2021 dengan peruntukan bernilai RM780 juta.
Muhyiddin sokong lebih banyak inisiatif berpaksikan rakyat bagi Iskandar Malaysia
Sebagai sebuah wilayah ekonomi, Iskandar Malaysia mencatatkan pencapaian pelaburan yang cemerlang sejak ia dibuka sehingga sekarang.
myPASS cepatkan proses permohonan permit kemasukan dari Singapura ke Malaysia
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menerima kira-kira 30,000 permohonan menerusi e-mel, mendorong kepada perubahan sistem itu.
Aplikasi Jejak Johor bantu kesan kontak, cegah penularan COVID-19
Aplikasi Jejak Johor membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) memperoleh rekod kontak pengguna dan memaklumkan kepada mereka dengan kadar segera sekiranya terdapat risiko jangkitan COVID-19.