JOHOR BAHRU: Iskandar Investment Bhd (IIB) mencatatkan nilai pelaburan berjumlah AS$6.8 bilion sejak penubuhannya pada 2006 sehingga tahun lepas, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata, malahan sepanjang tempoh tersebut IIB, yang merupakan syarikat pegangan pelaburan untuk memangkinkan pembangunan strategik Iskandar Malaysia, telah berjaya mewujudkan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan.
"Kerajaan negeri amat teruja dengan pencapaian tersebut. Saya yakin IIB mampu mencapai visinya iaitu membina bandar metropolis yang inklusif dan mampan pada masa hadapan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Terdahulu, Onn Hafiz menghadiri Sesi Taklimat yang disampaikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB Datuk Idzham Hashim di Ibu Pejabat IIB di Medini 9, Iskandar Puteri, selain dibentangkan mengenai #IIBForward27 dan perancangan jitu daripada pihak pengurusan.
"Saya teruja dengan semangat pihak pengurusan IIB. Semoga segala strategi yang dirancang mampu membuahkan hasil, seterusnya memberi limpahan ekonomi kepada kawasan Iskandar Puteri, demi memastikan negeri Johor sebuah negeri maju menjelang 2030," tambah Onn Hafiz.
IIB yang ditubuhkan pada November 2006, berperanan memastikan Iskandar Malaysia meneruskan trajektori yang berjaya dengan menjadi destinasi pelaburan menarik dan wilayah dinamik selain boleh didiami melalui projek pemangkin serta berimpak tinggi.
Sementara itu, IIB dalam satu kenyataan berasingan berkata pihaknya telah menjalin kerjasama dengan Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) bagi menambah baik akses pembiayaan untuk syarikat teknologi dan syarikat pemula niaga di Johor sehingga RM650 juta.
Menurut Idzham pada masa sama, kedua-dua organisasi itu berharap dapat menarik dan mengekalkan tenaga kerja teknologi, selain meningkatkan pembangunan ekonomi.
Beliau berkata dengan memanfaatkan kepakaran MDV, ekosistem inovasi yang bertenaga akan dapat dipupuk sekali gus menyokong pertumbuhan syarikat baharu di Johor, khususnya di Medini, Iskandar Puteri.
"Kerjasama ini membuktikan komitmen kita untuk memacu pembangunan ekonomi dan meningkatkan kedudukan Medini sebagai hab digital serta inovasi Johor," katanya dalam kenyataan tersebut.
Memorandum persefahaman (MoU) antara IIB dan MDV ditandatangani pada Rabu oleh Idzham dan Ketua Pegawai Eksekutif MDV Nizam Mohamed Nadzri, dan disaksikan oleh Setiausaha Bahagian Pembiayaan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Imran Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
![Iskandar Investment catat nilai pelaburan AS$6.8 bilion sejak 2006 - Onn Hafiz Iskandar Investment catat nilai pelaburan AS$6.8 bilion sejak 2006 - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685628856_OnnHafizGhazi.jpg)
Iskandar Investment Bhd (IIB) mencatatkan nilai pelaburan berjumlah AS$6.8 bilion sejak penubuhannya pada 2006 sehingga tahun lepas, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Foto FB Onn Hafiz Ghazi
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![IIB jalin kerjasama dengan TM-NXERA bangunkan infrastruktur digital di Iskandar Puteri IIB jalin kerjasama dengan TM-NXERA bangunkan infrastruktur digital di Iskandar Puteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718775047_iskandarputeri.jpg)
IIB jalin kerjasama dengan TM-NXERA bangunkan infrastruktur digital di Iskandar Puteri
Projek itu melibatkan pelaburan sekitar RM9 bilion oleh pihak-pihak yang membangunkan infrastruktur di Iskandar Puteri.
![Iskandar Investment catat nilai pelaburan AS$6.8 bilion sejak 2006 - Onn Hafiz Iskandar Investment catat nilai pelaburan AS$6.8 bilion sejak 2006 - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685628856_OnnHafizGhazi.jpg)
Iskandar Investment catat nilai pelaburan AS$6.8 bilion sejak 2006 - Onn Hafiz
Iskandar Investment Bhd (IIB) mencatatkan nilai pelaburan berjumlah AS$6.8 bilion sejak penubuhannya pada 2006 sehingga tahun lepas, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
![Iskandar Capital umum projek Skim Perumahan Pelbagai Pendapatan bagi B40, M40 di Iskandar Puteri Iskandar Capital umum projek Skim Perumahan Pelbagai Pendapatan bagi B40, M40 di Iskandar Puteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644509328_IskandarInvestment.jpg)
Iskandar Capital umum projek Skim Perumahan Pelbagai Pendapatan bagi B40, M40 di Iskandar Puteri
Projek sulung MIH akan mula dibina pada tahun 2023 dan dijangka siap pada tahun 2026.