KUALA LUMPUR: Kalangan institusi kewangan perlu kreatif bagi membangunkan kaedah penyelesaian baharu dan inovatif untuk membiayai projek-projek mampan berikutan cabaran semasa yang dihadapi oleh perniagaan serta individu.
Ketika menegaskan perkara itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata ini penting kerana adalah tidak memadai bagi institusi kewangan untuk hanya memanfaatkan instrumen tradisional dalam memenuhi keperluan pembiayaan berkaitan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama di Persidangan Utama Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) 2021 bertemakan 'Finance For Change' secara maya di sini, pada Rabu.
"Sebagai contoh, (pendekatan) gabungan pembiayaan adalah pilihan berdaya maju untuk perniagaan yang bergelut dengan impak perubahan iklim serta mengalami kerugian akibat pandemik ini.
"Tindakan menggabungkan pembiayaan konsesi dan komersial seperti gabungan dana sumbangan atau instrumen kewangan sosial dan pinjaman tradisional -- menggabungkan pendekatan kewangan dapat mengelak bebanan hutang yang boleh meningkatkan risiko masa depan," katanya.
Nor Shamsiah berkata sektor kewangan juga perlu lebih menumpukan dalam usaha membiayai inisiatif mampan serta insentif pelaburan bagi sektor berkarbon rendah.
Menurutnya, terdapat banyak peluang seperti projek-projek di bawah kerangka Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA); pelan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) untuk menjadikan negara ini sebagai hab ekonomi hijau, perkhidmatan dan teknologi serta Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.
"Institusi kewangan juga berpeluang besar untuk menyokong aspek pemulihan hijau susulan pandemik ini menerusi penyediaan pembiayaan peralihan yang berkaitan amalan mampan.
"Perubahan iklim tidak hanya sekadar isu saintifik. Ia merupakan isu perniagaan dan sosial yang tidak dapat dipisahkan daripada tanggung jawab asas insitusi kewangan menguruskan risiko secara berhemat, bertindak secara bertanggungjawab terhadap pelanggan selain mewujudkan nilai jangka panjang," katanya.
Nor Shamsiah berkata pembentukan JC3 pada 2019 oleh BNM dan Suruhanjaya Sekuriti dengan kerjasama pihak industri yang berperanan sebagai tumpuan utama tindakan iklim secara kolektif dalam sektor kewangan serta merentasi pelbagai pihak berkepentingan.
Malah, sejajar dengan tindakan konsisten membabitkan isu-isu perubahan iklim, BNM akan memberi tumpuan dengan mengutamakan pengawalseliaan dan penyeliaan dalam masa terdekat untuk menggalakkan sistem kewangan yang berdaya tahan terhadap iklim, kata beliau.
"BNM dalam proses meninjau pelbagai pilihan untuk menggalakkan pendekatan pengurusan risiko lebih baik oleh institusi luar - termasuk melalui keperluan modal Tonggak 2 dan penilaian penyeliaan," katanya.
Nor Shamsiah berkata dengan membangunkan pelaksanaan taksonomi berteraskan prinsip dan usaha JC3 bagi menangani jurang data, Jawatankuasa Kestabilan Kewangan BNM baru-baru ini telah menerima pelan empat tahun bagi persiapan ujian tekanan perubahan iklim peringkat industri di peringkat pihak terbabit.
"Ini turut disokong oleh usaha di peringkat BNM yang menggunakan model kesan makroekonomi membabitkan kejutan iklim mengikut takrifan senario iklim.
"Kita akan mengambil langkah-langkah konkrit selanjutnya untuk meningkatkan ketelusan terhadap pengurusan dan pendedahan risiko berkaitan iklim dalam sektor kewangan," katanya.
Sejajar usaha itu juga, katanya, BNM menerusi perbincangan dengan pihak industri kewangan, akan memuktamadkan rancangan mandatori pendedahan risiko iklim oleh institusi terbabit pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
![Institusi kewangan perlu kreatif bangunkan penyelesaian baharu, inovatif - Gabenor Institusi kewangan perlu kreatif bangunkan penyelesaian baharu, inovatif - Gabenor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620712686_TBNorShamsiahMohdYu.jpg)
NOR SHAMSIAH: BNM dalam proses meninjau pelbagai pilihan untuk menggalakkan pendekatan pengurusan risiko lebih baik oleh institusi luar - termasuk melalui keperluan modal Tonggak 2 dan penilaian penyeliaan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Gabenor BNM: Abdul Rasheed sinonim kepada pengalaman dan pengetahuan luas - Ahli Ekonomi Gabenor BNM: Abdul Rasheed sinonim kepada pengalaman dan pengetahuan luas - Ahli Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654689031_AbdulRasheedGhaffo.jpg)
Gabenor BNM: Abdul Rasheed sinonim kepada pengalaman dan pengetahuan luas - Ahli Ekonomi
Gabenor BNM yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, bukan orang baharu dalam badan berkanun itu.
![Abdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM - Bekas Gabenor Abdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM - Bekas Gabenor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631186297_ShaikAbdul.jpg)
Abdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM - Bekas Gabenor
Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour adalah calon yang tepat dan paling sesuai untuk menjadi peneraju bank pusat negara, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim.
![Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686309174_AbdulRasheedGhaffo.jpg)
Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu , Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkuatkuasa 1 Julai depan sehingga 30 Jun 2028.
![Gabenor BNM: Dasar Monetari adalah langkah berjaga-jaga, bukan terburu-buru Gabenor BNM: Dasar Monetari adalah langkah berjaga-jaga, bukan terburu-buru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668153596_GabenorBankNegara.jpg)
Gabenor BNM: Dasar Monetari adalah langkah berjaga-jaga, bukan terburu-buru
Nor Shamsiah berkata, mandat BNM adalah untuk mengekalkan kestabilan harga yang kondusif kepada pertumbuhan mampan ekonomi Malaysia.
![Pinjaman tahap 2 susut lima peratus pada suku pertama - Gabenor BNM Pinjaman tahap 2 susut lima peratus pada suku pertama - Gabenor BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61680247729_GabenorBankNegara.jpg)
Pinjaman tahap 2 susut lima peratus pada suku pertama - Gabenor BNM
Pinjaman tahap 2 di Malaysia telah bertambah baik pada suku pertama 2023, menyusut kepada 5.0 peratus apabila lebih ramai peminjam berjaya beralih daripada program bantuan pembayaran balik.
![Gabenor Bank Negara nafi kenaikan OPR sebabkan peningkatan kebankrapan Gabenor Bank Negara nafi kenaikan OPR sebabkan peningkatan kebankrapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668153596_GabenorBankNegara.jpg)
Gabenor Bank Negara nafi kenaikan OPR sebabkan peningkatan kebankrapan
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menafikan bahawa kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) telah menyebabkan peningkatan kebankrapan.
![Kontrak Gabenor BNM: 'Pengumuman rasmi akan dibuat' - Shamsiah Kontrak Gabenor BNM: 'Pengumuman rasmi akan dibuat' - Shamsiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676018470_GabenorBankNegara.jpg)
Kontrak Gabenor BNM: 'Pengumuman rasmi akan dibuat' - Shamsiah
Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Muhammad Ibrahim yang meletak jawatan pada 15 Jun 2018.
![Kenaikan OPR: Mana lagi kejam kalau inflasi naik mendadak? - Gabenor BNM Kenaikan OPR: Mana lagi kejam kalau inflasi naik mendadak? - Gabenor BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680076179_BankNegaraMalaysia.jpg)
Kenaikan OPR: Mana lagi kejam kalau inflasi naik mendadak? - Gabenor BNM
Nor Shamsiah menegaskan keputusan tersebut dibuat bagi mengawal inflasi daripada terus melonjak, yang sekali gus akan memberi kesan kepada kuasa beli pengguna.
![KDNK suku pertama 2023 berkembang sederhana pada 5.6% KDNK suku pertama 2023 berkembang sederhana pada 5.6%](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683864592_TBbnm.jpg)
KDNK suku pertama 2023 berkembang sederhana pada 5.6%
Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, risiko terhadap prospek pertumbuhan Malaysia secara relatif adalah seimbang.
![Kenaikan OPR: 'Tak terlalu cepat, tak terlalu lambat' - Gabenor BNM Kenaikan OPR: 'Tak terlalu cepat, tak terlalu lambat' - Gabenor BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680076179_BankNegaraMalaysia.jpg)
Kenaikan OPR: 'Tak terlalu cepat, tak terlalu lambat' - Gabenor BNM
Nor Shamsiah berkata perbincangan mengenai keputusan kadar terletak pada kesan kenaikan kumulatif OPR yang lalu.