KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia pada 2021 meningkat 2.5 peratus yang didorong oleh kenaikan harga makanan dan bahan api, demikian Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata sebanyak 184 item makanan daripada keseluruhan 552 item dalam 'bakul' Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan kenaikan.
Beliau berkata peningkatan itu juga lebih tinggi berbanding 0.7 peratus yang direkodkan sebelum pandemik pada 2019.
"Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada kehidupan seharian masyarakat. Bagaimanapun, usaha kerajaan dalam melaksanakan pemberian vaksin percuma kepada rakyat telah membantu memulihkan keyakinan perniagaan dan seterusnya meningkatkan keyakinan pengguna untuk keluar berbelanja.
"Selain itu, kebenaran rentas negeri dan semua sektor ekonomi telah dibuka semula bermula 11 Oktober, 2021. Ini telah menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara terutamanya dalam sektor pengedaran dan peruncitan," katanya dalam kenyataan bersempena laporan Analisis IHP Tahunan 2021, merangkumi analisis terperinci terhadap data inflasi bagi siri masa 2010 hingga 2021 mengikut 12 kumpulan utama barang dan perkhidmatan.
Secara keseluruhannya, kenaikan inflasi 2.5 peratus adalah disumbangkan oleh indeks pengangkutan (11.0 peratus); makanan dan minuman (1.7 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (1.6 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.5 peratus) yang menyumbang 72.0 peratus kepada keseluruhan wajaran IHP.
Mohd Uzir berkata sebanyak 80.0 peratus komponen makanan dalam kumpulan makanan dan minuman mencatatkan peningkatan.
"Peningkatan harga komoditi global telah memberi kesan kepada inflasi makanan. Peningkatan harga ayam yang melebihi purata harga ayam pada 2020 adalah impak daripada kenaikan harga stok makanan haiwan," katanya.
Mohd Uzir berkata kekurangan bekalan import, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan 3.0 serta penutupan sempadan negara adalah antara faktor yang mempengaruhi turun naik harga di pasaran tempatan.
Mengenai inflasi pengangkutan, Mohd Uzir berkata peningkatan dua digit (11.0 peratus) adalah disebabkan kesan asas penetapan harga siling petrol RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter) sejak Mac 2021.
Selain itu, penamatan diskaun bil elektrik bulanan yang diberikan kepada pengguna domestik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) selama tiga bulan dan berakhir pada September 2021 turut memberi tekanan kepada kenaikan inflasi negara bagi 2021.
Mengikut negeri, tujuh negeri menunjukkan peningkatan melepasi paras inflasi nasional 2.5 peratus dengan peningkatan tertinggi oleh Terengganu (3.4 peratus).
Peningkatan ini terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga ayam, telur, minyak masak dan ikan, dan makanan laut pada 2021 berbanding tahun sebelumnya.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata inflasi bagi kumpulan pendapatan di bawah RM3,000 meningkat 2.2 peratus pada 2021 berbanding 2020 (-1.0 peratus) dengan kumpulan pengangkutan menyumbang peningkatan tertinggi 13.3 peratus berbanding negatif 12.0 peratus yang direkodkan pada 2020.
Pada 2021, inflasi teras meningkat lebih perlahan kepada 0.7 peratus berbanding 1.1 peratus pada tahun sebelumnya
Peningkatan tertinggi inflasi teras terutamanya disumbangkan oleh hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah sebanyak 1.6 peratus.
Mengenai inflasi negara-negara ASEAN, beliau berkata ia mencatatkan peningkatan antara 1.2 peratus kepada 3.9 peratus pada 2021.
Filipina mencatatkan kadar inflasi tertinggi iaitu 3.9 peratus, manakala Thailand mencatatkan inflasi terendah sebanyak 1.2 peratus.
Singapura, Vietnam, Indonesia dan Brunei masing-masing mencatatkan kenaikan 2.3 peratus, 1.9 peratus, 1.6 peratus dan 1.5 peratus.
Analisis IHP Tahunan, 2021 yang lebih terperinci boleh dimuat turun di www.dosm.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022
Sebanyak 80.0 peratus komponen makanan dalam kumpulan makanan dan minuman mencatatkan peningkatan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tinjauan udara banjir di Terengganu
Bagi melihat tinjauan banjir di Terengganu melalui udara pula.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Bencana banjir: Alah bisa tegal biasa, tapi sampai bila?
Situasi banjir yang kerap terjadi membuatkan penduduk di sekitar kawasan Kemasik, Kemaman, membuat persiapan awal menghadapi bencana tersebut.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
Inflasi Malaysia pada Julai meningkat 2.0 peratus, kekal sejak Mei 2024
Peningkatan inflasi pada Julai 2024 telah didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama restoran da perkhidmatan penginapan (3.4%); penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan & perkhidmat
Hala tuju polisi negara perlu jelas untuk kukuhkan nilai ringgit - Penganalisis
Firdausi berkata, kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan pelbagai faktor luaran dan situasi itu perlu difahami rakyat.
Amaran kemelesetan ekonomi global tahun 2023 - Bank Dunia
Ia bakal menjadi pertumbuhan tahunan ketiga paling lemah dalam tempoh 30 tahun.
Ringgit menyusut, sektor eksport terima manfaat
Ketua Penyelidikan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Shankaran Nambiar berkata, sektor berorientasi eksport jadi lebih berdaya saing.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.
Kemelesetan ekonomi dijangka lebih teruk dalam tempoh 12 bulan akan datang - IMF
Kenaikan harga komoditi akibat peperangan yang berlaku akan memberi impak kepada ratusan juta penduduk dunia.
Kenaikan kadar faedah: BNM dijangka ikut kuasa ekonomi besar - Penganalisis
Bagaimanapun sebarang dasar perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan tekanan kepada inflasi.
Pengeluaran KWSP RM10,000: Dikhuatiri berlaku inflasi dan kenaikan harga - Yusof Saari
Meskipun tindakan terbabit bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19, namun fasiliti itu tidak memberi manfaat kepada keseluruhan pencarum.
BNM dijangka kekal kadar faedah sehingga Julai
Undian pada 10 hingga 14 Januari oleh Reuters melibatkan 23 pakar ekonomi menunjukkan BNM akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus sehingga akhir Jun