KUALA LUMPUR: Industri farmaseutikal Malaysia mencatatkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM397.67 juta bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, mengatasi nilai tertinggi yang diluluskan bagi setahun penuh pada 2017.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menjelaskan sektor itu juga merekodkan angka eksport yang mengagumkan iaitu RM2.42 bilion bagi 2021, peningkatan 24 peratus daripada angka pada 2020.
Menurut kenyataan pada Jumaat, MIDA menjelaskan semasa lawatan ke Biocon Sdn Bhd di Johor pada 26 Jan lepas, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong berkata pihaknya sentiasa mementingkan pembangunan industri farmaseutikal, terutama ketika negara memasuki norma baharu susulan pandemik COVID-19.
"Permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan telah merancakkan perkembangan pesat industri farmaseutikal," katanya dipetik dalam kenyataan itu.
Beliau berkata MIDA juga terus menarik dan menyasarkan pelaburan teknologi berkualiti tinggi dalam industri farmaseutikal untuk usaha mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai global.
"Penubuhan Biocon dan operasinya yang semakin berkembang adalah bukti kelebihan daya saing negara kita. (Ia juga mewakili) satu komitmen untuk memberikan nilai kepada pelabur kita selaras dengan kerangka Aspirasi Pelaburan Nasional dan Rancangan Malaysia ke-12," katanya.
Pada 2010, Biocon, yang merupakan antara syarikat biofarmaseutikal Asia, memilih Malaysia untuk mewujudkan kemudahan pembuatan insulin bersepadu terbesar di Asia di Kluster Logistik Perindustrian Selatan Johor.
Projek itu, bernilai lebih US$350 juta (US$1=RM4.18), merupakan antara pelaburan farmaseutikal asing terbesar di Malaysia, serta kemudahan pembuatan insulin pertama dan satu-satunya di negara ini.
Ia juga adalah kemudahan pembuatan dan penyelidikan luar negara pertama syarikat tersebut dan mempunyai kira-kira 800 pekerja.
Selain itu, ia merupakan kemudahan biologi steril pertama di Malaysia yang diperakui oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat.
Biocon telah membekalkan produk insulin ke Malaysia dari kemudahan ini sejak lima tahun lepas.
Lim berkata kerjasama Biocon-Malaysia akan menawarkan keluaran sampingan daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk merangsangkan pertumbuhan dalam inovasi produk dan pilihan kerjaya baharu.
Dalam lawatan itu, Biocon menunjukkan rancangan peluasannya untuk menjadikan kemudahan tersebut sebagai hab pembuatan insulin yang memenuhi permintaan global.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 05 2022

MIDA berkata, pihaknya sentiasa mementingkan pembangunan industri farmaseutikal, terutama ketika negara memasuki norma baharu susulan pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu
MIDA sedang membina ekosistem di mana pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.

MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia
Syarikat itu berminat meneroka pelaburan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.

MITI, MIDA proaktif laksana reformasi polisi tarik pelaburan - PM Anwar
Kerajaan menerusi MITI dan MIDA akan terus proaktif dalam memperkenalkan reformasi polisi bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024
Pencapaian memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap potensi jangka panjang Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khususnya Pulau Pinang.

MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan sebanyak 5.0 peratus pada tahun ini walaupun dalam persekitaran pemulihan ekonomi domestik.

Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin
Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Perkeso bagi memastikan kebajikan bekas pekerja kilang pengeluar tayar global Goodyear terjamin susulan penutupan operasi syarikat itu di Shah Alam.

5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan
MOU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

DIO lulus pelaburan digital RM162 bilion sehingga Mac 2024 - MIDA
Pejabat Pelaburan Digital (DIO) meluluskan pelaburan digital bernilai RM161.97 bilion dari tempoh penubuhannya pada 2021 hingga Mac 2024.