KUALA LUMPUR: Negara-negara Asean mencatat aliran keluar asing bersih bagi minggu berakhir 12 Mei, dengan Indonesia meraih aliran keluar asing bersih tertinggi berjumlah AS$139.6 juta, kata MIDF Research.
Firma penyelidikan itu dalam nota hari ini berkata, Thailand mencatat aliran keluar kedua tertinggi untuk minggu keempat berturut-turut iaitu AS$138.3 juta.
Malaysia pula mencatat aliran keluar ketiga tertinggi berikutan pelabur asing kekal sebagai penjual bersih di Bursa Malaysia dengan jumlah aliran keluar asing bersih RM46.4 juta untuk minggu keempat berturut-turut pada minggu dagangan berakhir 12 Mei.
"Filipina merekodkan aliran keluar asing bersih berjumlah AS$12.4 juta, manakala Vietnam AS$6.2 juta untuk minggu kedua-dua berturut-turut," katanya.
Bagi Malaysia, MIDF Research berkata minggu berkenaan bermula dengan positif apabila aliran masuk asing bersih mencatat RM9.5 juta pada Isnin dan RM81.8 juta pada Selasa.
"Warga asing mula melakukan jualan bersih bermula Rabu hingga Jumaat dengan aliran keluar berjumlah sehingga RM137.6 juta," katanya.
Menurutnya dana asing telah menjadi penjual bersih bagi ekuiti Malaysia untuk tempoh 13 daripada 19 minggu tahun ini dengan aliran keluar berjumlah sehingga RM2.18 bilion.
"Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk asing bersih adalah telekomunikasi dan media (RM62.9 juta), utiliti (RM26.4 juta) dan perladangan (RM12.1 juta).
"Tiga sektor teratas yang mencatat aliran keluar asing bersih terdiri daripada perkhidmatan kewangan (RM84.5 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM32.6 juta) dan pembinaan (RM17.6 juta)," katanya.
MIDF Research berkata institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih bagi minggu ketiga berturut-turut iaitu RM49.9 juta pada minggu lepas, dengan setiap hari dagangan adalah hari belian bersih oleh institusi-institusi tempatan melainkan pada Selasa yang menyaksikan aliran keluar sebanyak RM63.9 juta.
"Sebahagian besar aliran masuk diperoleh pada Jumaat iaitu RM72.3 juta apabila Bank Negara Malaysia mengumumkan pengembangan ekonomi domestik yang lebih baik daripada jangkaan iaitu 5.6 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023," katanya.
Firma penyelidikan itu berkata institusi tempatan telah menjadi pembeli bersih selama 14 daripada 19 minggu pada tahun ini dengan aliran masuk berjumlah RM2.09 bilion.
"Peruncit tempatan kekal sebagai penjual bersih bagi minggu kedua berturut-turut sebanyak RM3.6 juta dengan setiap hari dagangan adalah hari jualan bersih kecuali pada Rabu (RM15.3 juta) dan Khamis (RM25.4 juta)," katanya.
Bagaimanapun, peruncit tempatan telah menjadi pembeli bersih ekuiti domestik bagi tempoh sembilan daripada 19 minggu tahun ini dengan jumlah aliran masuk RM93.4 juta.
Dari segi penyertaan, wujud peningkatan purata jumlah dagangan harian dalam kalangan peruncit tempatan iaitu 5.3 peratus, institusi tempatan pada 16.2 peratus dan pelabur asing berjumlah 30.6 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Indonesia meraih aliran keluar asing bersih tertinggi minggu lalu berjumlah AS$139.6 juta. - Fail/ETX Studio
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan sebaliknya akan dibincangkan secara bilateral dan 'hati ke hati'.
Kerajaan Sabah, Sarawak tidak dipinggir dalam rundingan berkaitan Laut China Selatan
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menolak andaian kerajaan persektuan tidak mendapatkan pandangan kerajaan Sabah dan Sarawak dalam rundingan berkaitan isu Laut China Selatan.
Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.
Fasiliti daif jejas pengisian pegawai perubatan
Lukanisman berkata cabaran besar yang berlaku di Sabah adalah penempatan atau pengisian jawatan pegawai perubatan tidak mencapai jumlah yang optimum berikutan masih terbeban dengan fasiliti yang daif.
KKM laksana pelbagai strategi rapatkan jurang nisbah doktor di Sabah
Keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri itu, antara strategi dan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merapatkan jurang nisbah doktor khususnya di Sabah.
Enam isu rakyat diangkat ahli Parlimen Sipitang
Enam isu rakyat terutama masalah infrastruktur asas di kawasan Sipitang dibangkitkan Ahli Parlimen itu, Datuk Matbali Musah ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Trump - China: Pelabur mungkin cenderung kepada Jepun, India
Pemerhati pasaran melihat kemungkinan dana mengalir ke India dan Jepun ketika pelabur menilai pendirian anti-China Trump, termasuk ancaman untuk mengenakan tarif sebanyak 60 peratus ke atas barangan China.
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia seru komuniti perniagaan Perancis tingkatkan kerjasama demi kemakmuran ASEAN
Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera.
Setiausaha Agung ASEAN lawat Thailand untuk perkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang
Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN dalam lawatan kerja ke Thailand dari 5 hingga 6 Nov atas jemputan Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong.
Ukraine anggap Malaysia pintu masuk ASEAN bagi kerjasama UAV
Ukraine menganggap Malaysia sebagai pintu masuk bagi memperluas kerjasama dalam segmen pesawat kawalan jauh (UAV) dan dron di rantau ASEAN, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka.
Duta Besar baharu Sweden tekankan peranan pentingnya perkukuh hubungan EU-ASEAN
Duta Besar Sweden di Malaysia Niklas Wiberg menyifatkan peranan baharu yang disandang beliau adalah penting untuk memperkukuh hubungan Sweden dan Kesatuan Eropah (EU) dengan ASEAN.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
Malaysia hargai negara APT atas sokongan perkukuh rantaian bekalan makanan serantau
Malaysia menyampaikan ucapan penghargaan kepada negara ASEAN Campur Tiga (APT) atas komitmen dan sokongan diberikan dalam memperkukuh rantaian bekalan makanan serantau.
Setiausaha Agung ASEAN tekankan bidang utama untuk lonjakkan ASEAN-China
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menggariskan tiga bidang tumpuan utama untuk meningkatkan hubungan ASEAN-China.