KUALA LUMPUR:Indeks Pelopor (IP) pada Oktober 2020 merekodkan peningkatan selepas mencatatkan pertumbuhan 6.3 peratus untuk mencapai 108.7 mata daripada 102.3 mata pada Oktober 2019.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata momentum itu didorong terutamanya oleh Indeks Perusahaan Bursa Malaysia dengan Indeks Penjagaan Kesihatan sebagai pemacu kepada pertumbuhan.
IP bertindak sebagai indikator kepada pergerakan ekonomi ke hadapan secara keseluruhan.
"Meskipun tahun ke tahun IP meningkat, secara bulanan IP menurun sebanyak 0.7 peratus.
"Antara komponen utama yang mempengaruhi penurunan tersebut adalah Bilangan Syarikat Baru Didaftar (-0.8 peratus) dan Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus Lain (-0.4 peratus).
"Walaupun IP perlahan pada bulan rujukan, kadar pertumbuhan IP terlicin konsisten di atas trend," katanya dalam kenyataan mengenai Petunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan Oktober 2020, hari ini.
Justeru, Mohd Uzir berkata ekonomi Malaysia dijangka akan terus berada di landasan pemulihan pada bulan-bulan terawal tahun 2021.
Tambahan pula, harapan vaksin COVID-19 telah melonjakkan sentimen optimis di peringkat global dan mencetuskan kesan yang lebih baik kepada prospek ekonomi, jelas beliau.
Dalam masa yang sama, Mohd Uzir berkata Indeks Serentak (IS) menurun sebanyak 1.1 peratus bulan ke bulan untuk mencapai 112.0 mata pada bulan rujukan berbanding 113.3 mata pada September 2020.
Katanya lagi, prestasi IS yang menggambarkan aktiviti ekonomi semasa menurun kepada negatif 2.4 peratus pada Oktober 2020 daripada 114.8 mata pada tahun sebelumnya.
Sementara itu, Indeks Difusi bagi IP dan IS pada Oktober 2020 masing-masing mencatatkan 100.0 peratus.
"Ini menunjukkan bahawa semua komponen meningkat berbanding enam bulan sebelumnya," ujar beliau.
Hasimi Muhamad
Wed Dec 23 2020

IP bertindak sebagai indikator kepada pergerakan ekonomi ke hadapan secara keseluruhan. - Gambar hiasan

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Presiden Indonesia bertemu tokoh perniagaan terkemuka untuk bincang ekonomi negara
Perbincangan meliputi beberapa bidang kritikal, termasuk dasar utama kerajaan untuk sediakan makanan berkhasiat percuma dan pembangunan infrastruktur.

Hubungan AS-EU hadapi ujian kritikal susulan peningkatan ketegangan diplomatik
Walaupun perikatan AS-EU berdepan ketidaktentuan, Asia menunjukkan gambaran berbeza dengan aturan keselamatan yang stabil.

Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun
Pasaran hartanah Malaysia mencatat pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tertinggi dalam sedekad dan nilai keseluruhan melebihi RM200 bilion buat pertama kali.

China sasar pertumbuhan ekonomi sekitar 5 peratus pada 2025
Laporan turut menggariskan beberapa sasaran pembangunan utama lain tahun ini, termasuk kadar pengangguran di kawasan bandar sekitar 5.5 peratus.

Kerajaan promosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan selamat - MITI
Malaysia sebagai sebuah negara dagang secara konsisten berpegang pada prinsip tidak berpihak pada mana-mana blok ekonomi global.

Agenda Bumiputera perlu berterusan, dekat dengan PM - Noor Azlan
Noor Azlan tekankan agenda Bumiputera mesti berterusan dan dilaksana secara tersusun agar tidak jadi isu sementara yang dilupakan.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.