KUALA LUMPUR: MIDF Research mengekalkan unjuran Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada kadar 3.0 peratus untuk 2023, walaupun data terkini bagi Julai menyatakan IHP menurun kepada 2.0 peratus.
Dalam nota penyelidikannya pada Jumaat, firma penyelidikan itu berkata, purata inflasi makanan ialah 6.0 peratus tahun ke tahun (yoy) bagi tempoh Januari-Julai 2023, lebih tinggi berbanding 5.7 peratus yang dicatatkan bagi tempoh yang sama setahun lalu.
"Kami menganggarkan inflasi makanan kekal pada julat di antara 5.5 peratus dan 6.0 peratus pada separuh kedua 2023 disebabkan persekitaran luaran yang mencabar, terutamanya untuk output pertanian global.
"Selain itu, susut nilai ringgit yang berpanjangan juga akan membawa kepada inflasi import yang lebih tinggi - terutamanya menerusi harga makanan memandangkan Malaysia adalah pengimport bersih kebanyakan produk makanan," katanya.
Inflasi bukan makanan dijangka berpurata pada kadar 1.5 peratus. Firma penyelidikan yakin bahawa kerajaan akan mengekalkan status quo harga bahan api runcit, sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun.
"Memandangkan keadaan kedua-dua komponen IHP itu, kami menjangkakan kadar inflasi utama Malaysia pada purata 3.0 peratus untuk 2023," katanya.
Sementara itu, AmBank Economic Research berkata, pada ketika ini, ia tidak menjangkakan sebarang perubahan signifikan pada harga petrol dengan RON95 kekal RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter untuk sepanjang tahun ini.
IHP utama telah meningkat sebanyak 0.1 - 0.2 peratus bulan ke bulan pada tahun ini, iaitu sederhana berbanding peningkatan 0.1 dan 0.6 peratus tahun lepas, kata firma penyelidikan itu.
"Inflasi utama akan berkadar di antara 2.7 peratus dan 3.2 peratus tahun ini. Kami menjangkakan inflasi teras sekitar 3.0 peratus," katanya.
Firma penyelidikan itu juga berkata ketidaktentuan yang berlarutan mengenai inflasi dan kadar dasar semalaman (OPR) dijangka berterusan sehingga 2024.
"Imbangan risiko terarah kepada menaik untuk inflasi. Peserta pasaran akan memerhati dengan teliti komunikasi mengenai rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan model gaji progresif," katanya.
Ekonomi Malaysia berkembang 4.3 peratus pada separuh pertama 2023, sebahagian besarnya disebabkan oleh penguncupan eksport dan jika pertumbuhan pada separuh kedua 2023 di bawah 3.7 peratus, ia membayangkan pertumbuhan KDNK setahun penuh kurang daripada 4.0 peratus.
"Dalam konteks ini, kami berpendapat dasar monetari akan kekal akomodatif untuk menyokong permintaan domestik memandangkan ketidaktentuan luaran. Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia dijangka bermesyuarat pada 6-7 Sept dan 1-2 Nov, 2023, dan kami menjangkakan OPR kekal pada 3.0 peratus pada mesyuarat ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Firma penyelidikan yakin bahawa kerajaan akan mengekalkan status quo harga bahan api runcit, sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun. - Gambar hiasan/BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.

MIDF Research jangka Nestle terus berdepan tekanan kesan kelemahan perbelanjaan pengguna, inflasi
Jualan domestik dijangka kekal lemah kerana pengguna mengutamakan pembelian penting.

Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas
Bursa Malaysia terus menerima suntikan dana oleh pelabur asing bagi minggu kedua berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM202.4 juta minggu lepas, berbanding aliran masuk bersih RM535.0 juta

Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.

Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.

Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.

Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.

Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.

Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global
Ketidakstabilan harga komoditi global seperti gula, koko dan biji kopi dijangka terus meningkatkan kos pengeluaran syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman (F&B).

Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi
Peratus kenaikan ini adalah dalam lingkungan unjuran oleh MIDF Research bagi 2024, iaitu 3.2 peratus.