Enam syarikat Singapura, yang dikumpulkan bersama oleh International Enterprise (IE) Singapore, mengumumkan hasrat mereka untuk saling bekerjasama dengan pemain antarabangsa bagi menyertai bersama dalam projek kereta api laju (HSR) bermula dengan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur Singapura (HSR KL-SG).
Syarikat yang terlibat ialah Clifford Capital Pte Ltd, DBS, Sembcorp Design & Construction, SMRT International Pte Ltd, Surbana Jurong Pte Ltd dan Singapore Technologies Electronics Ltd.
"Prasarana pengangkutan menyumbang 25 peratus daripada nilai US$4.3 trilion dalam perbelanjaan prasarana global pada 2016. Sub-segmen HSR adalah bidang pertumbuhan utama," kata Pengarah Kumpulan, Alam Sekitar dan Penyelesaian Prasarana, IE Singapore, Kow Juan Tiang dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Kow berkata syarikat Singapura boleh mengakses bidang ini menerusi projek strategik ini antara Malaysia dan Singapura.
"Perkongsian antara enam syarikat ini penting bagi membangunkan keupayaan dalam bidang prasarana baharu," katanya.
Kow berkata IE Singapore akan terus memacu minat syarikat Singapura dalam projek prasarana utama.
HSR KL-SG ialah projek strategik antara kerajaan Singapura dan Malaysia yang bertujuan untuk memudahkan perjalanan antara KL dan Singapura, meningkatkan hubungan perniagaan dan merapatkan lagi hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
Laluan kereta api sejauh 350 kilometer itu dijangka beroperasi pada akhir 2026.
Memandangkan kepentingan dan potensi besar projek itu, IE Singapore telah mengumpulkan bersama syarikat itu sejajar dengan peranannya dalam membantu syarikat Singapura meraih peluang global.
Perkongsian itu akan memanfaatkan kekuatan unik setiap syarikat, membolehkan mereka berkembang ke segmen HRS.
"Dengan saling bekerjasama, kita mempunyai nilai yang lebih kukuh, menggabungkan pengalaman bertahun-tahun rekod prestasi dalam seluruh rantaian nilai kereta api," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sembcorp Design & Construction, Yam Ah Mee.
"Kami merancang bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa yang mempunyai pengalaman dalam sektor kereta api yang relevan apabila kami menyertai dalam pelbagai aspek HSR KL-SG. Pengetahuan luas kami dalam operasi tempatan di Malaysia dan Singapura adalah pelengkap," kata Yam.
Sementara itu, Surbana Jurong melihat HSR KL-SG sebagai projek strategik tinggi yang membuka sektor pertumbuhan baharu bagi syarikat-syarikat dalam bidang prasarana.
"Justeru itu kami gembira menjadi sebahagian daripada perkongsian Singapore Inc ini," kata CEO Antarabangsanya (Singapura, Asia Tenggara, Asia Utara), Teo Eng Cheong.
Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat dan MyHSR Corporation Malaysia akan mengadakan satu taklimat industri pada 5 Julai untuk menggariskan parameter tender syarikat aset (AssetsCo) bagi HSR KL-SG.
AssetsCo akan bertanggungjawab bagi mereka bentuk, membiayai dan menyenggara gerabak dan mereka bentuk, membiayai, mengoperasi dan menyenggara semua aset kereta api (sebagai contoh kerja landasan, kuasa, isyarat dan telekomunikasi) termasuk operasi rangkaian.
Tender bagi projek itu dijangka ditawarkan pada akhir 2017. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2017

Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat dan MyHSR Corporation Malaysia akan mengadakan satu taklimat industri pada 5 Julai untuk menggariskan parameter tender syarikat aset (AssetsCo) bagi HSR KL-SG.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kerajaan sedang muktamad parameter utama projek HSR
Kerajaan sedang memuktamadkan parameter utama bagi cadangan pelaksanaan projek HSR KL-SG dengan diterajui sektor swasta.

Negeri Sembilan optimis HSR dapat dilaksanakan, tingkatkan pembangunan negeri - Aminuddin
Negeri Sembilan optimis projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura akan dapat dilaksanakan meskipun ia belum dimuktamadkan setakat ini.

Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.

7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura
Tujuh konsortium telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) hari ini.

Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB
Projek HSR KL-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.

Projek HSR tidak terjejas, walaupun firma Jepun tarik diri - Loke
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas, walaupun firma Jepun menarik diri daripada terbabit.

HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan
Penarikan diri firma Jepun adalah kerana projek HSR itu mempunyai risiko tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.

HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung pembatalan projek HSR.

Negeri Sembilan sambut baik projek HSR KL-Singapura diteruskan - Aminuddin
Cadangan meneruskan pembinaan HSR KL-Singapura, merupakan usaha yang baik terutama dalam meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan.

Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.